Khatam Terjemahan

                                               [Previous] [Next] [Home]

Bani Israil, dari ayat 41~50;

41. Dan sesungguhnya telah kami ulang-ulang kan dalam Quran ini beberapa keterangan supaya mereka ingat , tetapi tidak menambahkan mereka, melainkan perpalingan.

42. Katakan lah; “jika ada bersama nya beberapa tuhan”, sebagai kata mereka; “nescaya tuhan-tuhan itu akan mencari jalan pergi kepada zat yang mempunyai aras”.

43. Maha suci ia ! dan maha tinggi, tinggi yang sangat ! dari apa yang mereka katakan !.

44. Langit yang tujuh dan bumi dan apa-apa yang ada padanya, mencucikan dia dan tidak ada satu pun, melainkan berbakti dengan memuji dia, tetapi kamu tidak mengerti cara mereka mencucikan, sesungguhnya adalah ia penyabar, pengampun.

45. Dan apabila engkau membaca Quran, kami adakan antara mu dan antara orang-orang yang tidak percaya kepada akhirat, satu hijab yang tertutup.

46. Dan kami adakan atas hati-hati mereka tutupan-tutupan, supaya mereka mengerti dia, dan ditelinga-telinga mereka bebanan, sehingga apabila engkau sebut dalam Quran nama Tuhan mu sahaja mereka berpaling belakang dengan terburu-buru.

47. Kami lebih pengetahui apa  yang mereka dengarkan tetakala mereka mendengar cerita mu, dan tetakala mreka  bercerita dengan rahsia, tetakala orang-orang zalim itu berkata; “kamu tidak turut, melainkan kepada seorang yang kena sihir”.

48. Lihatlah bagaimana mereka adakan bagi mu perbandingan-perbandingan lantaran itu mereka sesat, iaitu  mereka tidak mendapat pertunjuk jalan. 

49. Dan mereka berkata; “apakah apabila kita sudah jadi tulang dan barang yang reput, maka kita akan dibangkitkan sebagai satu kejadian yang baru ?”.

50. Katakanlah; “jadilah batu atau besi”.

 

Sumber,
[] http://knajidpeduli.blogspot.my/2016/02/surah17.html

Following Twitter,
[] https://twitter.com/aprilknajid/status/697271639273156608





.
Comments