Khatam Surah 53‎ > ‎

Al-Baqarah 1~286

                                                                    [Previous] [Next] [Home]

Al-Baqarah, dari Ayat 51~60

51.  Dan (ingatlah) tetakala kami janjikan kepada Musa empat puluh malam. Kemudian sudah ia pergi, kamu sembah anak sapi itu, kerana kamu orang-orang yang menganyanyi.

52. Kemudian sesudah itu, kami telah ampunkan kamu, supaya kamu menerima kasih.

53. Dan ingatlah tetakala kami beri kepada Musa kitab itu dan hari ketentuan supaya kamu terpimpin.

54. Dan ingatlah tetakala Musa berkata kepada kaumnya; “hai kaum ku ! sesungguhnya kamu telah menganyanyi diri-diri kamu. Dengan sebab menyembah anak sapi. Lantaran itu, mintalah  ampun kepada Tuhan kamu dan bunuhlah diri-diri kamu : yang demikian itu, baik buat kamu pada sisi Tuhan  kamu”  lantas ia ampunkan kamu, kerana sesungguhnya ialah pengampun, penyayang.

55. Dan ingatlah tetakala kamu berkata; “hai Musa ! tidak akan kami beriman kepada mu hingga kami lihat Allah dengan terang” lantaran itu, kamu ditimpa gempa, pada hal kamu melihat.

56. Kemudian, kami bangkitkan kamu daripada maut kamu, supaya kamu menerima kasih.

57. Dan kami telah teduhkan diatas kamu dengan mega, dan  kami telah turunkan atas kamu MAN dan SALWA; “makanlah sebahagian dari makanan-makanan baik yang kami telah kurniakan kepada kamu”. Dan mereka itu tidak menganyanyi diri-diri mereka sendiri.

58. Dan ingatlah tetakala kami berkata; “masuklah kenegeri  ini, lalu makanlah daripadanya sebahagian kamu kehendaki sepuas-puasnya, dan masuklah kepintu (nya) dengan merendah diri, dan mintalah keampunan dosa, nescaya kami ampunkan bagi kamu dosa-dosa kamu, dan nanti kami tambah ganjaran bagi orang-orang yang berbuat kebaikan.

59. Lantas orang-orang yang durhaka itu gantikan perintah dengan perbuatan yang tidak diperintahkan kepada mereka, lalu kami turunkan atas orang-orang yang derhaka itu seksaan dari langit dengan sebab mereka melanggar perintah.

60. Dan ingatlah tetakala Musa mintakan air bagi kaumnya, maka kami berkata; “pukul lah batu itu dengan tongkat mu” lantas terpancar daripadanya dua belas mata air yang sesungguhnya tiap-tiap satu golongan itu tahu tempat minum nya;  “makan dan minumlah daripada pemberian Allah, dan janganlah kamu melewati batas, membikin rusuh dibumi”.

 

Sumber;
[] http://www.facebook.com/groups/376991235647435/doc/468493983163826


Comments