MPW1143 Pemerintahan Dan Pentadbiran Menurut Islam

  Mukadepan Sumber Terbuka Artikel  Subjek MPW 1143 

OBJEKTIF

1. Memahami sitem pemerintahan Islam dari sudut konsep, teori dan sejarah.

2.  Membandingkan  antara sistem pemerintahan Islam dan bukan islam

3. Memahami sistem pemerintahan semasa seperti demokrasi dan republik yang dapat disesuaikan dengan sistem pemerintahan Islam


PENDAHULUAN

* Pemerintahan tidak dapat dipisahkan daripada agama Islam keran Islam bukan merupakan agama ritual atau ibadah semata-mata.

* Dalam Islam terkandung :

1. Muamalah - terdiri dari aspek interaksi, transaksi, perniagaan dan sebagainya.

2. Munakahat - perkahwinan dan sistem kekeluargaan Islam.

3. Ibadah - meliputi aspek ritual.

4. Jinayah - meliputi jenayah, kehakiman dan sebagainya yang berkait dengan pemerintahan Islam.

* Terdapat banyak acuan pemerinthaan dalam negara islam.

* Faktor wujudnya pelbagai sistem pemerintahan dalam negara islam :-

1. Faktor penjajahan barat ke atas dunia islam 

- seperti malaysia yang dipaksa menggunakan perlembagaan barat yang dikarang oleh Loar Reid untuk sistem pemerintahan demokrasi Malaysia.

2. Faktor sejarah.

- daripada pemilihan secara syura kepada sistem pemerintahan monarki seperti pemerintahan Umayyah dan Abbasiah.


Pemerintahan Dan Pentadiran Islam

* Pentadbiran Islam mula diasingkan daripada pemerintahan Islam pada zaman pemerintahan Kerajaan Umawi.

* Institusi pentadbiran kerajaan dinamakan dawawin atau jabatan-jabatan ditubuhkan untuk menjalankan pelbagai urusan.

* Diwan al-rasa'il : berkait dengan urusan kelulusan, surat-menyurat rasmi kerajaan dan sebagainya.

* Diwan atau jabatan yang menguruskan hal-ehwal rakyat berkaitan dengan aduan ketidakadilan dab sebagainya.

* Pengagihan kuasa kepada para menteri atau wazir dimulakan pada zaman kerajaan Umawi diikuti oleh kerajaan Abbasiyyah.

* Faktor Pengasingan Kuasa Pentadbiran daripada Kuasa Pemerintahan  :-

1.  Faktor jarak dan masa merupakan antara sebab penting mengapa pengasingan kuasa pentadbiran daripada kuasa pemerintahan berlaku dalam sejarah Islam.

2. Baiah tidak dapat dilakukan pada masa Umawi dan Abasi kerana populasi umat Islam yang meningkat dan proses baiah memakan masa yang lama.

 * Sistem demokrasi dan republik boleh disesuaikan dengan syariat Islam.

    - Perkara penting adalah pemimpin hendaklah adil dan berjiwa Islam. 

    - Manakala pengisian kepada kepimpinan dan pentadbiran adalah pensyariatan Islam.

*   Apabila syarat di atas dipenuhi umat Islam diharamkan memberontak atau berusaha menajatuhkan kerajaan tersebut.

* Bagi menjaga kesatuan Umat Islam, sebarang tindakan bertentangan dengan dasar pemerintah Islam dilarang walaupun pemerintah tersebut bersikap tidak adil.

* Setiap arahan pemerintah islam yang adil wajib dituruti sekiranya arahan tersebut tidak bertentangan dengan al-Quran dan al-hadis.

* Pengagihan kuasa pemerintahan atau pentadbiran :

    - perlu dilakukan dengan baik dan tidak bertentangan dengan ajaran Islam

    - Hanya individu Islam yang amanah dan berkemampuan untuk menjalankan tugas.

    - Perwakilan perlu bersifat menyeluruh atau mewakili seluruha kawasan perlantikan.

    - Indivdu yang layak dan berilmu pengetahuan serta mempunyai pelbagai kebolehan lain perlu diutamakan dalam pemilihan anggota pentadbiran.

 

Kepimpinan Sebagai Satu Amanah Agama

* Pemerintahan Islam meruapakan amanah Allah kepada umat manusia kerana ia merupakan perkara asas untuk memakmurkan dunia.

* Pemerintah Islam dianggap KHALIFAH iaitu wakil pemerintahan yang bertanggungjawab menunaikan tuntutan Islam dalam pemerintahan.

* Tanggungjawab bermula apabila seseorang itu diistiharkan sebagai pemimpin setelah dilantik atau memenangi pilihanraya. 

    Contoh Khalifah pertama Islam : Abu Bakar. Isi penting ucapan beliau pemimpin memikul amanah rakyat dan agama. Pemimpin mesti berjiwa rakyat dan boleh menerima pandangan rakyat erta perlu menyedari bahawa amanah yang dipikulnya tidak boleh disia-siakan.

* Pemimpin Islam :-

    - meletakkan diri sebagai hamba Allah & sebagai pembimbing kepada masyarakat.

    - bukan saja mengamalkan ibadat tetapi menjunjung perintah al- Quran dan Hadis Nabi.

    - bermaksud seorang yang abid iaitu kuat ibadat utk membina kekuatan dalaman, keaktifan mental dan fizikal.

    - perlu berjiwa rakyat dengan mengambil tahu hal ehwal rakyat.

    - Perlu mengetahui kedudukan kaum yang tidak terbela dalam masyarakat seperti golongan miskin, ditindas, tidak         berupaya dan seumpamanya.

    - Umar al-Khattab adalah contoh pemimpin yang baik kerana 

        :: beliau turun padang menyamar sebagai orang awam untuk mengetahui nasib rakyatnya. 

        :: Bersusah payah meredah kegelapan malam meninjau keadaan kesejahteraan rakyat jelatanya.

        :: Beliau sanggup memikul satu guni gandum untuk di bawa kepada sebuah keluarga miskin yang berada dalam keadaan kelaparan semata-mata kerana tidak mahu menaggung dosa kecuaiannya.


Ciri Pemimpin Dan Negarawan Islam

1. Mampu menunaikan tanggunjawab kepimpinannya dengan memiliki ilmu pengetahuan dan pengalaman yang baik.

2. Perlu sedia mendampingi ulama jika dia tidak mempunyai ilmu pengetahuan keagamaan kerana institusi ulama merupakan rujukan penting bagi umat Islam terhadap segala permasalahan.

3. Perlu mengetahui ilmu pengetahuan keduniaan kerana bila timbul isu keduniaan seperti kejadian kemarau, kebuluran atau wabak penyakit, dia perlu bertindak dengan cepat dan cekap.

4. perlu cekap dalam menghadapi isu globalisasi yang menyebabkan pengaliran modal dengan cepat dan boleh meruntuhkan ekonomi sesebuah negara.

5. Kebijaksanaan dalam menggerakkan jentera kerajaan perlu wujud dalam diri seseorang pemimpin.

6. Sifat warak dan ketakwan diutamakan sebagai khalifah.

7. Hubungan diplomatik dengan pelbagai negara jug merupakan tuntutan dalam Islam kerana boleh mendatangakan manfaat kepada negara Islam dari segi pembangunan teruatamanya dalam bidang sains dan teknologi yang merupakan tuntutan semasa.

8. Kesempurnaan fizikal juga diperlukan oleh seorang bakal pemimpin kerana ia merupakan sumber tarikan atau karisma di samping kepetahan bercakap dalam menyampaikan mesej.

 

 SISTEM PEMERINTAHAN REPUPLIK

*  Sistem pemerintahan moden yang dibentuk hasil perkembangan sejarah.

* Republik China : hasil dari revolusi kebudayaan oleh Mao Ze Thong menggulaing sistem beraja.

* Republik Perancis : hasil revolusi Perancis oleh Nepoleon Bonaparte mengguling sistem monarki Perancis.

* Republik Rusia : Czar Rusia diguling rakyat kerana ketidakadilan.

* Republik Iran : sekatan suara rakyat dan membelakangi ulama menyebabkan Shah Iran digulingkan.

* Republik Turki : Kerajaan Uthmaniyya digulingkan bukan disebabkan faktor feudalisme tapi disebabkan oleh ketidakcekapan pemerintah.

 * Republik Mesir, Libya, Syria, Lubnan, Palestin : semuanya wujud sebab ketidakcekapan pemerintah kerajaan Uthmaniyyah.

* Ketidakcekapan pemerintah Uthmaniyyah kerana tidak menghormati unstitusi ulama, sedangkan ulama merupakan tempat rujukan dan nadi masyarakat Islam. Ulama tidak boleh menegur pemerintah yang menyebabkan ketidakstabilan politik dan pemerintahan.

* Faktor peralihan kuasa feudalisme kepada republik kerana :

    - faktor ketidakadilan dan ketidakcekapan pemerintah.

* Sistem pemerintahan republik mempunyai kesan perubahan besar kepada umat Islam:

    - Jika resolusi dipimpin oleh ulama atau individu yang mempunyai kepimpinan Islam, rakyat negara Islam tersebut dapat hidup dan menghayati Islam sepenuhnya seperti di Iran.

    - Sekiranya dicorak oleh anasir yang tidak senang dengan Islam ia bermakna umat Islam tersebut tidak akan hidup dengan aman dan ditindasseperti yang berlaku di Andalus. (Sepanyol sekarang)

* Sistem pemerintahan republik Islam perlu :-

    -  Presiden : di kalangan orang Islam yang layak menjadi pemimpin.

    - Perdana Menteri (ketua kerajaan ) : di kalangan orang Islam yang layak menjadi pemimpin

    - Orang bukan Islam tidak boleh menjadi presiden atau ketua kerajaan kerana:

           ~ bukan sebab perbezaan agama

            ~ sebab umat Islam perlu dikuasai dan ditentukan oleh orang Islam.

            ~ Pemerintah Islam saja yang memahami roh keislaman.

            ~ Timbalan menteri boleh dipilih dikalangan bukan Islam sebab tidak mempengaruhi kepentingan umat islam.

            ~ orang bukan islam boleh dilantik jawatan yang tidak boleh menentukan dasar pemerintahan.

* Sistem pemerintahan republik yang mojoriti rakyatnya bukan umat Islam seperti Amerika Syarikat :-

    - Umat Islam perlu mengambil sikap sederhana dan berhati-hati dalam memilih calon dgn memilih calon yang tidak berat sebelah kepada rakyat bukan Islam semata.

    - Umat Islam perlu terlibat secara langsung dalam proses pemilihan kerajaan dengan memilih calon yang tidak menunjukkan penentangan terhadap Islam.

    - Umat Islam perlu mencar ruang untuk mengetengahkan perwakilan mereka dalam dalam sistem pemerintahan.

    - Umat Islam juga tidak boleh hidup terlalu bebas sehingga menjejaskan niali-nilai murni Islam.

    - Institusi Ulam perlu diwujudkan dan dipilih oleh umat Islam untuk menjaga kepentingan dan menyuarakan pendapat mereka.


 

SISTEM PEMERINTAHAN DEMOKRASI

* Bertentangan dengan sisten autokrasi.

* Demokrasi melambangkan kebebasan bersuara.

* Sistem ini sesuai dengan sistem pemerintahan Islam kerana ia melambangkan pemilihan pemimpin oleh mejoriti rakyat seperti berlaku dalam sejarah awal Islam.

* Pemimpin bebas dipilih oleh rakyat melalui pilhan raya seperti berlaku pilihanraya di Malaysia dan negara-negara lain.

* Pilihanraya boleh disamakan dengan konsep baiah yang menuntut pemimpin mendapat sokongan semua masyarakat bukan melalui paksaan.

* Islam merupakan agama demokrasi sebabnya :

    - Islam menjamin kebebasan rakyat daripada pelbagai latar belakang agama untuk menganut dan mengamalkan agama masing-masing.

    - Islam memperuntukkan undang-undang terhadap pesalah beragama Islam yang menceroboh hak-hak bukan Islam

    - Bukan muslim boleh melakukan aktiviti harian, perniagaan dan sebagainya tanpa sekatan kecuali ia menyebabkan kepentingan umat Islam.

    - Tidak ada perbezaan layanan yang diberikan kepada rakyat yang terdiri daripada pelbagai latar belakang.

    -  Orang yang dipandang mulia di sisi Islam adalah orang yang memiliki ilmu pengetahuan dan mengajar ilmu pengetahuan tersebut kepada masyarakat.

* Sistem khalifah Islam sudah ditinggalkan oleh dunia Islam bukan sebab kebencian umat terhadap sistem khlifah tetapi kerana perbezaan era klasik dan moden hasil penjajahan Barat keatas umat Islam.

* Tambahan terdapat kelemahan dalam sistem khalifah seperti zaman akhir Umawi, Abbasiyyah dan uthmaniyyah.

* Apabila demokrasi dikaitkan dengan Islam bermakna kebebasan memilih pemerintahan yang adil untuk menerajui sesebuah negara.

* Demokrasi merupakan mekanisme pembentukan sistem pemerintahan Islam yang praktikal dan adil.

* Kesan demokrasi ke atas pemerintahan Islam :-

    1. Boleh mengelakkan uamt Islam daripada penindasan yang wujud apabila seseorang pemerintah terlalu lama berkuasa tanpa makenisme yang mencabar kedudukannya.

    2. Boleh meningkatkan tahap ekonomi.

    3. Boleh meningkatkan taraf pendidikan 

    4. Boleh meningkatkan taraf kemajuan sains umat Islam.

* Demokrasi diasaskan oleh ideologi Barat dan ia perlu disesuaikan dengan Islam dari sudut amalan demokrasi seperti :-

    i. Pemilihan pucuk pimpinan mestilah terdiri daripada orang Islam yang berkelayakan.

    ii. Jawatan dalam kepimpinan tidak mempengaruhi atau mengubah perubahan dasar Islam .

    iii.  Perundangan perlu berasaskan pensyariatan Islam.

 

FUNGSI PARLIMEN DALAM PEMERINTAHAN ISLAM

*  Parlimen merupakan simbol utama pemerintahan sitem demokasi dan ia tak bertentangan dengan konxep syura.

* Rasulallah s.a.w mengamalkan syura dengan para sahabat menganai kepentingan umat Islam.

* Dalam perundangan syura seperti bentuk ijmak ulama menjadi asas penting untuk mencapai persetujuan umat Islam keseluruhannya.

* Parlimen mengandungi dewan rakyat yang dianggotai oleh ahli politik yang dipilih melalui pilihanraya dan dewan senat yang dianggotai oleh bukan ahli politik yang dilantik pemerintah.

* Kedudukan dewan samalah dengan konsep yang diamalkan oleh rasulallah s.a.w dan para sahabat:

    - ketua2 kabilah yang dilantik sama peranan dengan dewan rakyat. ia diadakan untuk membincangkan pelbagai masalah berkaitan dengan umat Islam.

    - Dewan senat adalah rasulallah sendiri yang mendapat wahyu daripada Allah s.w.t.

 * Kedudukan dewan semasa pemerintahan para sahabat : 

    - Dewan senat boleh disamakan dengan institusi ulama dalam sejarah pemerintahan Islam kerana institusi ulama diletakkan sebgai rujukan perundangan Islam.

    - Dewan rakyat : boleh dibandingkan dengan institusi yang memerintah iaitu khalifah dan para wazir atau menteri yang ditugaskan untuk mentadbir sesuatu kawasan.

* Perbandingan ini adala dalam bentuk konsep bukan dalam bentuk praktis.

* Parlimen yang merupakan simbol demokrasi dalam sistem pemerintahan islam boleh berperanan sebagai majlis syura, merangka rang undang2 dan meluluskannya walaupun perundangan Islam diletakkan sebagai perundangan negara.

* Keanggotaan dewan rakyat perlu terdiri lebih daripada:-

     - Kalangan orang islam yang ramai berbanding bukan Islam. 

    - Jawatan yang boleh mempengaruhi dasar hendaklah milik orang Islam untuk menjaga kepentingan umat Islam.

* Keanggotaan dean senat pula terdiri daripada orang Islam yang mempunyai ciri berikut:

    -  memiliki ilmu pengatahuan bersifat keduaniaan dan keakhiratan.

    - Ahli dewan perlu mahir dalam bidang masing2 seperti ekonomi, kejuruteraan,perancangan bandar, pentadbiran, sosial, pendidikan dan sebagainya.

    - mempunyai keperbadian yang tinggi di sisi Islam.

    - Mengetahui selok belok hukum hakam Islam

    - Mengingati sumber al-quran dan hadis.


SISTEM PEMERINTAHAN AUTOKRASI

* Sistem autokrasi : seseorang pemerintah mempunyai kuasa mutlak terhadap rakyat dan perlembagaan yang dirangkanya bercanggah dengan sistem demokrasi dan juga sistem pemerintahan Islam.

* Sistem ini bercanggah dengan nilai kemanusiaan seperti kebebasan bersuara dan menganut agama.

* Contoh dalam al-quran sistem autokrasi :

1. Maharaja Zu nawas yang dikaitkan dengan ashab al-ukhdud.

    - Menghukum rakyatnya yang menyembah Alla s.w.t dengan mencampakkan mereka ke dalam sebuah parit yang dinyalakan dengan unggun api.

2. Firaun yang dikaitkan dengan zaman perutusan Nabi Musa.

* Dalam Islam sistem  pemerintahan yang bercanggah dengan konsep keadilan dianggap satu kezaliman :-

i. Sistem komunis dianggap satu kezaliman disebabkan kuasa pemerintah Islam diberikan secara mutlak kepada pemerintah, rakyat dianggap pekerja atau hamba.

ii. Sistem autokrasi dianggap zalim kerana rakyat tidak mempunyai kebebasan untuk hidup dan melakukan pelbagai aktiviti yang tidak bertetangan dengan nilai kemanusiaan.

iii. Sistem kapitalis dianggap zalim kerana hanya menjaga kepentingan pelabur atau peniaga, berbanding kepetingan rakyat.

iv. Fahaman liberalisme dianggap zalim kerana kebebasan mutlak tanpa sekatan nilai agama. Ini kerana nilai liberalisasi yang diamalkan akan mengganggu hak individu lain. Seperti hak kebebasan seks seperti yang berlaku di barat boleh mengganggu kesejahteraan masyarakat.

* Islam melihat kezaliman berlaku apabila sesuatu perkara atau benda tidak diuruskan mengikut tabii atau keadaan semulajadi seperti meletak kasut di atas meja dianggap zalim kerana tempat kasut adalah di atas lantai.


Perbezaan Antara Sistem Pemerintahan Autokrasi dengan Khalifah

1. Sistem khalifah meletakkan agama sebagai perlembagaan Islam, manakala sistem autokrasi tidak diasaskan pada nilai-nilai agama. Autokrasi diasaskan atas nilai sosial yang boleh berubah dari semasa ke semasa.

2. Penindasan dalam sistem khalifah adalah disebabkan faktor sikap peribadi dan perbezaan politik bukan pada nilai yang dianuti, berbanding autokrasi penindasan berlaku berpanjangan dan diwarisi dari satu generasi ke generasi seperti yang berlaku ke atas penduduk balkan.

3. Dalam sistem khalifah peralihan kuasa adalah kerana perbezaan fahaman politik bukan perbezaan nilai sosial yang dianuti. Penganut agama lain boleh hidup secara aman dan kehidupan mereka tidak diganggu. Berbeza dengan autokrasi yang melarang dan menekan kehidupan rakyat yang berlainan fahaman kehidupan dengan pemerintah. 

4. Peperangan yang berlaku anrata negara Islam dan bukan Islam bukan sebab sikap kuku besi pemerintah sistem khalifah tetapi sebab pertahanan dan kawalan sempadan wilayah Islam.

5. Kerajaan Islam bergantung kepada hasil pungutan cukai dari bukan Islam dan zakat dari orang Islam. Berbancing sistem feudalisme yang memeliki segala hasil pertanian dan perniagaan dalam negara tersebut. Rakyat sebagai pekerja atau buruh kepada pemerintah.

* Kesimpulannya kejatuhan kerajaan sistem khalifah jatuh bukan sebab rakyat tidak puas hati dengan sistem tersebut tetapi kerana ketidakcekapan pemerintah yang menguruskan negara.


Kesimpulan

* Sistem pemerintahan Islam universal dan sesuai untuk diselaraskan dengan keperluan zaman yang mempunyai perbezaan dari segi tuntutan atau keperluan zaman.

* zaman moden ini demokrasi merupakan sistem perintahan semasa dan sistem ini boleh disesuaikan dengan tuntutan dan pemerintahan Islam.

* Sistem pemerintahan republik dan monarki juga boleh disesuaikan dengan pemerintahan Islam apabila negara yang disifatkan Islam tersebut mempunyai majoriti ahli kabinetnya yang beragama Islam di samping perlembagaannya diasaskan pensyariatan Islam.

* Mojoriti keanggotaan ahli kabinet Islam diperlukan supaya dasar pemerintahan Islam atau apa2 dasar yang berkaitan dengan kepentingan umat Islam tidak terancam.

* Jawatan pemerintahan dan pentadbiran yang boleh mempengaruhi dasar pemerintahan Islam perlu dijaga.

* Keanggotaan dewan senat perlu diberikan kepada orang Islam yang berkebolehan dan berkelayakan yang memahami selok-belok agama Islam, urusan kenegaraan dan pentadbiran.