BAHAGIAN A ( 30 markah )

Jawab semua soalan. Pilih jawapan yang betul.

             1. Islam didefinisikan dari segi syarak bermaksud .......

A. Patuh kepada Allah semata-mata, tidak kira apa keadaan dan situasi.

B. Patuh dan menyerah diri kpd Allah s.w.t dengan penuh kesedaran dan kerelaan tanpa            paksaan

C. Patuh pada Allah, malaikat, rasul dan hari akhirat serta qada dan qadar.

D. Patuh pada kandungan al-Quran dan al-Sunnah untuk kegunaan di dunia ini.


2. Apakah syarat-syarat penerimaan ibadah ?

I. Beriman kepada Allah

II. Ikhlas

III. Ittiba'

IV. Bersedekah

A. I dan II                                C. I, II dan III

B. I dan III                               D. I, II, III dan IV

  

3. Yang manakah di bawah berikut bukan ciri asas Tamadun ?

A. Wujud penempatan masyarakat di sesebuah kawasan.

B. Wujud peningkatan kualiti kehidupan masyarakat.

C.Wujud bahasa serumpun dgn sistem tulisan tersendiri .

D. Wujud pelbagai bangsa dan bahasa dalam masyarakat.

  

4. Apakah landasan utama Masyarakat islam ditegakkan  ?

I. Akidah

II. Syariah

III. Akhlak

IV. Tradisi

A. I dan II                                C. II, III dan IV

B. I, II, dan III                          D. I, II, III dan IV

 

 5. Alah menetapkan peraturan dan perundangan adalah untuk menjaga 5 keperluan asas manusia berikut KECUALI

A. Diri, agama, keturunan, harta dan keimanan.

B. Diri, agama, keturunan, harta dan kehormatan.

C. Diri, agama, keturunan, harta dan keinginan.

D. Diri, agama, keturunan, harta dan kepentingan.

  

6. Yang manakah di bawah berikut BUKAN sumber ilmu yang diiktiraf islam:

A. Wahyu                                 C. Khayalan

B. Ilham                                   D. Pancaindera

  

7. Hukum di bawah yang manakah BUKAN hukum perkahwinan  ?

A. Wajib                                  C. Berdosa

B. Makruh                                D. Sunat

 

8.  Mana satukah maksud pewarisan dalam Islam?

A. Sistem pemindahan hak milik org yg meninggal dunia kepada warisnya yang hidup.

B. Sistem turun temurun dari nenek moyang.

C. Sistem untuk orang yang meninggal dunia.

D. Sistem pemindahan hak milik dari seorang kepada orang lain.

  

9.  Manakah kenyataan di bawah berikut SALAH ?

A. Para Rasul & Nabi adalah lelaki merdeka yg dipilih Allah utk menerima wahyu dan   bertanggungjawab utk menyampaikan risalahNYA.

B. Awliya adalah golongan paling kurang ketakwaan kepada Allah berbanding orang ramai.

C. Hukama adalah golongan cendiakawan, cerdik pandai, sarjana.

D. awam adalah gologan majoriti yg terdapat dlm masyarakat.

 10. Manakah peranan mukri dan muallim di bawah :

A. Bertanggungjawab mengajar agama kepada saudara baru

B. Bertanggungjawab untuk melaungkan azan ketika masuk waktu solat.

C. Bersedia untuk dihantar berperang menentang musuh.

D. Bertanggungjawab mengeluarkan fatwa dan hukuman mengenai perkara yang berkaitan          dengan soal agama.

  

11. Manakah bukan tanggungjawab ibubapa terhadap anak ?

A. Memberi nama yg baik
B. Memberi pendidikan yg sempurna.

C. Berlaku adil terhadap anak-anak.

D. Menyediakan tempat tinggal bila kahwin.

  

                12. Kerajaan Uthmaniyah menggunakan matawang berbentuk

A. Dinar dan dirham

B. Dinar dan mata wang kertas

C. Dinar yang tidak mempunyai nilai emas

D. Kepingan besi dan dirham

  

13. Kenyataan di bawah berikut adalah benar tentang tujaun perkahwinan KECUALI

A. Mencari keredhaan Allah.
B.
Memelihara kesucian diri dan keturunan.
C.
Berdakwah.
D. Mengumpulkan harta kekayaan.

 

14. Yang manakah BUKAN aspek teras konsep pendidikan Islam.

A. Fahaman akidah kepada allah.

B. Fahaman syariat Islamiah

C. Didikan akhlak untuk masyarakat bertaqwa.

D. Didikan mencari kesenangan dunia dan akhirat.

  

15. Siapakah khulafak al-rashidin di bawah berikut :

I. Abu Bakar al-Siddiq

II. Umar al-Khattab

III. Uthman bin 'Affan

IV. Ali bin Abi Talib

A. I dan II                                C. II, III dan IV

B. I, II dan III                           D. I, II, III dan IV

  

16. Apakah fungsi kesenian Islam ?

A. Memancarkan daya intelek dengan melihat pada motif-motif kaligrafi.

B. Menenangkan jiwa seseorang yang mendengar dan melekakan.

C. Mengumpulkan sahabat handai sambil bertaaruf (berkenalan)

D. Meluahkan perasaan benci ataupun cinta antara insan.

 

17. Apakah konsep asas seni dalam Islam ?

A. Berasaskan tauhid

B. Berasaskan kecantikan dan keunikan

C. Berasaskan keagungan

D. Berasaskan kemegahan

 

18. Manakah struktur pendidikan yangg diperkenalkan Islam ?

I. Tadris

II. Tarbiyyah

III. Ta'dib

IV. Taawun

A. I dan II                                C. II dan III

B. I, II dan III                           D. I, II, III dan IV

  

19. Apakah cabaran ekonomi Islam ?

I. Pemimpin tak berkemampuan mengurus ekonomi.

II. Dunia bukan Islam menguasai sistem kewangan dan perdagangan dunia

III. Kemampuan teknologi.

IV. Sistem pengurusan maklumat.

A. I dan II                                C. II , III dan IV

B. I, II dan III                           D. I, II dan IV

  

20. Apakah ciri-ciri pemimpin Islam ?

I. Kuat beribadat.

II. Berjiwa rakyat

III. Keaktifan mental.

IV. Tabah

A . I dan II                               C. II dan III

B. I, II dan III                           D. I, II, III dan IV

 
Arahan : Bulatkan BETUL atau SALAH untuk soalan 21 sehingga 30.

                 

21. Kejayaan barat dalam sains dan teknologi kerana mereka menyanjung tinggi kod etika pekerjaan.                                                                                                          ( Betul/Salah)

 22. Sunnah Allah adalah sistem dan peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah keatas segala sesuatu yang berlaku di               dunia ini seperti cakerawala mengikut orbit.

                                                                                                                                    ( Betul/Salah) 

23. Teori mudawalah (teori al-Quran) adalah teori kitaran kehidupan atau kebudayaan sesebuah bangsa akan melalui    proses turun dan naik.

                                                                                                                                    ( Betul/Salah)

24. Budaya bukan faktor yang boleh mempengaruhi tingkah laku generasi akan datang.

                                                                                                                                    ( Betul/Salah)

 25. Ibubapa berkewjipan menyediakan peluang pendidikan untuk anak-anak supaya mereka boleh belajar diperingkat yang lebih tinggi.

                                                                                                                                    ( Betul/Salah)


26. Mushat (infantri) tentera berkuda zaman pemerintahan Islam.                 ( Betul/Salah)   

 27. Masjid Sehzade dibina oleh Sinan pada Zaman Kerajaan Uthmaniyah di Istanbul

                                                                                                                                    ( Betul/Salah)

 28. Solat berjemaah adalah tanggungjawab bersama suami dan isteri dalam keluarga Islam.

                                                                                                                                    ( Betul/Salah)

 29. Kewajipan zakat untuk semua urusan ekonomi dan aset beku seperti emas dan perak adalah bagi mengurangkan jurang sosio-ekonomi dalam masyarakat.

                                                                                                                                    ( Betul/salah) 

30. Berpakaian sopan bila bersama ahli keluarga di ruang tamu atau di mana saja di dalam rumah tidak dituntut dalam adab Islam sebab semuanya adalah mahram.

                                                                                                                                    ( Betul/Salah)

BAHAGIAN B ( 50 markah )

 

Jawab SEMUA soalan di kertas jawapan yang disediakan.

  

1. Jelaskan syarat-syarat penerimaan ibadah dalam Islam.                         ( 6 markah )

 2. Senarai dan jelaskan 4 implikasi terhadap konsep tauhid dalam kegiatan umat Islam.                                                                                                                              ( 8 markah )

 3. Senaraikan 3 hubungan manusia dengan alam.                                       ( 6 markah )

 4. Huraikan 4 sumber ilmu yang diiktiraf Islam beserta contohnya ?                        ( 8 markah )

 5. Terangkan 2 nilai mungkar dalam sumber nilai dalam Islam ?                  ( 4 markah )

 6. Bawakan 3 kategori waris beserta contoh.                                                        ( 6 markah )

 7. Nyatakan 4 peranan khulafak al-Rashidin selepas kewafatan Rasulallah ?           (4 markah )

 8. Jelaskan 4  bidang kesenian Islam dan contohnya.                                             ( 8 markah )

 

BAHAGIAN C ( 20 markah )

Jawab DUA soalan sahaja. Jawab di kertas jawapan yang disediakan.

 

Soalan 1

 

( a ) Selepas pemerintahan Kerajaan Islam Othmaniah kemerosotan kegemilangan kerajaan Islam.         Ceritakan sejarah pertembungan peradaban Barat dan Islam yang berlaku.            ( 5 markah )

 

( b )  Apabila seseorang ingin mendirikan rumah tangga dalam Islam, apakah langkah-langkah    persiapan perkahwinan yang perlu diambil ?                                                  ( 5 markah )

 

 

Soalan 2

 

( a ) Bincangkan faktor-fator kegagalan penerapan nilai moral.                           ( 5 markah )

 

( b )  Terangkan faktor-faktor keraguan umat islam dalam melaksana ekonomi Islam. ( 5 markah )

 

Soalan 3

 

( a ) Huraikan peranan Nabi Muhammad s.a.w dalam pentadbiran kerajaan Islam pada zaman   baginda.                                                                                                           ( 6 markah )

                                                                                                                                   

( b ) Terangkan pendekatan psikologi dalam menangani permasalah moral         ( 4 markah )