MPW1143 Masyarakat Malaysia dan Cabaran Masakini

Mukadepan Sumber Terbuka Artikel  Subjek MPW 1143

OBJEKTIF

1. mendekatkan pelajar dengan menghayati konsep masyarakat Malaysia yang bersifat majmuk.

2. Memberi kesedaran pelajar untuk melengkapkan diri bagi menghadapi dan menangani pelbagai cabaran kehidupan dalam masyarakat majmuk.


PENDAHULUAN

* Malaysia mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.

* Manifestasi kematangan ini dapat di lihat pada pertumbuhan infrastruktur, peningkatan kualiti sistem pendidikan, kebebasan berpolitik dan sebagainya.

* DEB diperkenalkan pada zaman Tun Abdul Razak untuk mengurangkan jurang perbezaan ekonomi antara kaum yang terbesar di Malaysia iaitu Melayu dan Cina.

*  Kesan DEB ramai orang melayu yang tinggal di kampung berhijrah ke bandar.

* Infrasturktur dan kemudahan awam meningkat seperti pengenalan pengangkutan ERL dan LRT.

* Bilanga IPT dan IPTS juga bertambah yang menghasilkan tenaga kerja yang akan membangunkan negara.

* Bilangan rakyat malaysia yang belajar di luar negeri juga ramai termasuk yang belajar di US, Britain dan Jepun.

* Walau bagaimana pun kemajuan fizikal sahaja belum mencukupo untuk menjamin realisasi satu konsep bangsa Malaysia yang terdiri daripada pelbagai etnik.


CABARAN JURANG KEBUDAYAAN

 - Polarisasi kaum iaitu pemisahan kaum mengikut budaya dan kerjaya wujud di Malaysia.

- Penjajah telah menetapkan setiap kaum di malaysia tinggal di sektor masing-masing seperti Orang Melayu dengan kehidupan tradisi , kaum cina dengan perlombongan dan perniagaan dan kaum india di ladang-ladang kelapa sawit dan getah

- Keadaan ini menyebabkan setiap kaum tak pernah kenal dan mengetahui antara satu sama lain. Ini wujudnya ketiadaan interaksi positif di antara kaum di Malaysia.

- Kesan berlaku peristiwa 13 Mei 1969.

- Program untuk menyatukan atau mengintegrasikan kaum di Malaysia sering dilaksanakan tetapi sering tak berjaya seperti :

1. penubuhan sekolah melayu :

  - tak berjaya pada permulaannya kerana lulusan sekolah melayu tidak boleh melanjutkan pelajaran di peringkat tinggi.

- Tambahan pula sekolah aliran inggeris lebih banyak berbanding aliran melayu.

- Setelah  tertubuhnya Universiti Kebangsaan malaysia 1970an, baru terbuka sikit peluang pelanjutkan pelajaran bagi sekolah aliran melayu.

2. dasar pendidikan dan dasar ekonomi .

- dasar ini tidak membantu meningkatkan ke arah integrasi nasional untuk masyarakat malaysia.

3. DEB dilancarkan untuk mengintegrasikan sosial di malaysia pada zaman Tun Abd Razak.

 

Kebudayaan Malaysia Sebagai Teras 

*  kebudayaan malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama mesti mempunyai teras penyatuan dengan menggunakan nilai agama sebagai penghubung dan penyatuan antara kaum.

* Kepercayaan digunakan disebabkan agama mempunyai nilai pritual yang universal.

* Tidak boleh sekali-kali memisahkan pembangunan material dan agama dipisahkan ini akan memburukkan lagi perhubungan dan penyatuan kaum di Malaysia.

* Tidak mustahil nak meletakkan masyarakat Malaysia yang majmuk yang terdiri daripada Islam, hindu dan budha di bawah satu masyarakat umrani seperti yang terdapat di zaman Rasulallah.

* Keadaan pemerintahan Zaman Rasulallah di Madinah :

 - Rasulallah memang mencintai kedamaian, peperangan yang berlaku adalah untuk mempertahankan masyarakat Madinah dan mempertahankan pegangan suci Islam.

-  Rasulallah tak memaksa orang memeluk Islam. Kaum yahudi kekal dengan agama yahudi.

- Golongan yang pura-pura peluk Islam tidak diperangi sebaliknya diawasi ancaman mereka terhadap perpaduan masyarakat.

- Piagam Madinah yang diperkenalkan Rasulallah adalah untuk :

1. Membina satu masyarakat majmuk dengan mengiktiraf kepentingan bangsa, kaum, etnik dan sebagainya.

2. Semanagat kekitaan dan perpaduan nasional diutamakan.

3. Memperunutkan ruang hubungan umat islam dan bukan islam dalam fasal 16, 25, 40 dan 46 yang menutamakan bangsa madinah dan membuang sentimen kaum dan taksub.

4. Kerjasama antara kaum ditekankan bukan sahaja dari sudut fizikal dan moral, malah daripada semnagat atau kerohanian iaitu kesabaran dan ketahanan dalam mempertahankan Negara.

5. Semua bangsa tidak kira agama diwajibkan menyumbangkan bakti dan kewangan untuk mempertahankan Negara.

 

* Himpunan asas  atau nilai umrani yang berbentuk universal dan sesuai untuk masyarakat majmuk dinyatakan dalam al-Quran dengan jelas :

- al-quran mensyaratkan umat islam menjadi nukleus atau penggerak kepada masyarakat berkenaan.

- Umat islam perlu menjadi model kecemerlangan, kemajuan dan keamanan kepada bangsa atau etnik yang berdekatan atau berjiran.

- al-quran mensyaratkan keamanan dan rahmat merupakan landasan hubungan antara kaum dengan mengaitkan rislah kenabianMuahammad s.q.w sebagai rahmat kepada sekelian alam.

* Manifestasi kebudayaan sendiri yang diperkenalkan dalam al-Quran bukan sahaja tertumpu kepada aspek lahiriah seperti pakaian yang melambangkan kesopanan bahkan aspek lahiriah tersebut perlu mampu menggerakkan masyarakat ke arah menghayati nilai murni dan kesopanan dalam semua urusan kehidupan.

 

Cabaran Pembentukan generasi Baru

* Cabaran - caaran dalam pembentukan generasi baru :-

1. Penyalahgunaan dadah dikalangan remaja.

- dah banyak langkah-langkah di ambil seperti wujudnya PEMADA, Pusat serenti dan Biro Nakotik.

- perlu wujud nilai dalaman atau keagamaan yang ditanamkan dalam diri remaja supaya mereka tidak terjebak dengan penagihan dadah.

2. Masalah gengsterisme.

- Masalah ini wujud di sekolah-sekolah dan di kalangan remaja.

 - 

3. Masalah pengangguran .

- Ramai lepasan universiti dan pusat pengajian tinggi menghadapi masalah mendapatkan pekerjaan.

- Berpunca daripada graduan tidak dapat bersaing dengan graduan lepasan luar negara, kerana pasaran kerja lebih tertumpu kepada lepasan luar negara keran kemampuan bahasa inggerisnya.

- Taburan lulusan universiti juga tak seimbanga di antra wanita dan lelaki. Lebih ramai graduan wanita berbanding lelaki.

4. Masalah lelaki lembut.

- Masalah ini menyerang golongan pelajar IPTA dan IPTS.

- Ini akan memusnahkan kepimpinan negara pada masa hadapan.

5. Masalah modenisasi.

- Perkembangan era IT yang menyebabkan remaja mudah mendapatkan bahan yang tak sepatutnya dilihat dan didedahkan kepada mereka.

- pendedahan ini menyebabkan persoalan agama, moral dan tradisi dikesampingkan.

- Era IT ini mewujudkan batas antara golongan dewasa dan remaja. Sedangkan perhubungan ini penting untuk golongan dewasa mendidikan golongan remaja.

- Di tambah dengan penjualan VCD lucah berleluasa.


Menangani Cabaran Pembentukan generasi Baru

Membentuk generasi muda hari ini memerlukan beberapa cara yang baru. Tidak boleh digunakan cara tradisional untuk menangani masalah ini.

Antara Cara mengatasi :

1. Program Khidmat negara.

- langkah berkesan untuk mengawal tingkah laku generasi muda supaya lebih terarah atau digunakan secara positif.

- Program ini dapat memupuk sikap cintakan negara.

- Menanamkan pegangan agama yang kuat.

2. Memberi kebebasan bersuara kepada generasi muda.

- Seperti bicara siswa TV1, memberi peluang kepada siswa menyarakan pandangan mengenai sesuatu isu.

3. Program meningkatkan kemahiran di kalangan graduan dalam bahasa inggeris, IT dan kursus keusahawanan.

4. IPT perlu mngubah dalam penwaran kursus yanga sesuai dengan perubahan semasa.


Cabaran Pembangunan Fizikal Dan mental

*  Pembangunan fizikal lebih mudah dilakukan berbanding pembangunan mental.

* Pembangunan fizikal :

1. pembangunan drastik boleh memberikan kesan negetif kepada masyarakat setempat yang belum bersedia dari sudut untuk menerima pembangunan fizikal.

- Seperti golongan FELDA di negeri sembilan yang menempuh pembangunan di sebabkan tekan sekitar dari projek mega seperti KLIA, Putra Jaya, Cyberjaya dan Koridor Raya Multimedia.

- Hakikat ini dapat dilihat dengan pengurusan yang hasil dari pampasan tanah yang diambil bernilai juataan ringgit. Kekayaan tersebut ditikar dengan kemewahan hiudp seperti kereta mewah, hanya segelintir penduduk yang menyimpan wang tersebut.

2. Boleh mengancam kepentingan masa depan penduduk tempatan.

- Tanah pembangaunan libatakan tanah rezab melayu.

- Pembangunan Tanah Felda juga melibatkan tanah yang diusahakan oleh orang melayu.

- Contohnya FELDA sungai Buaya, Selangor. FELDA LB Johnson dan FELDA sendayan di Negeri Sembilan.

- Tanah rezab melayu dibangunkan menyebabkan aset melayu hilang.

- Kepimpinan Melayu belum cukup untuk menjamin kedudukan Malayu sebagai nukleus atau pemacu kepada masyarakat Malaysia.

3. Perbandaran di Malaysia begitu pesat secra relatifnya.

- Ini mnyebabkan berlaku penghijrahan penduduk kampung ke bandar dengan ramai.

- penghijrahan ini menyebabkan penduduk melayu lebih ramai berbanding penduduka cina setelah berlaku penghijrahan.

- Namun kualiti hidup di bandar meningkat dan ada yang tak mampu untuk menangani nya.

- Menyebabkan peratusan kemiskinan meningkat.

- Di samping penyakit sosial lain kerana tak dapat menampung hidup dan tekanan hiudp lain.

 

Cabaran Wawasan 2020

* Cabaran untuk menjadikan negara Malaysia negara maju.

* Rakyat Malaysia perlu meningkatkan daya intelektual dan kemahiran yang tinggi.

* Wawasan 2020 merupakan matlamat murni negara yang juga bertepatan denga Islam keran antara matlamat pentng Islam ialah memakmurkan kehidupan duniawi.

* Pengetahuan kedunian pada kaca mata Islam merupakan perantaraan untuk menjalani kehidupan, manakala pnegetahuan akhirat merupakan petunujuk dalam menjalankan urusan keduniaan.

* Rakyat perlu melengkapkan diri dengan aspe kerohanian aatau keagamaan dalam menuju era wawasan 2020 keran ia menjadi benteng pentng untuk menjaga nilai kemanusiaan.