MPW1143 Gejala Keruntuhan Moral

Mukadepan Sumber Terbuka Artikel  Subjek MPW 1143    

 Akhir pembelajaran anda dapat :-
    - Menilai persoalan gejala moral & sosial dari perspektif Islam.
    - Mengetahui langkah-langkah pencegahan yang disarankan oleh Islam dlm menangani permasalahan             keruntuhan moral.
    - Mengetahui tindakan susulan keruntuhan moral secara lebih berkesan & berasaskan nilai-nilai Islam.

 

Gejala Keruntuhan Moral

* Faktor utama nabi Muhammad saw diutuskan ke dunia adalah untuk membetulkan akhlak manusia dan menjadi contoh tauladan yang akhlak yang mulia bagi manusia yang runtuh akhlak atau moral.
* Sepatutnya tak berlaku ke atas umat Islam krn moral adalah digambarkan sbg sebahagian daripada iman dan ibadah.
* Keruntuhan moral berlaku ke atas masyarakat islam ke atas semua golongan miskin atau kaya, usia remaja atau dewasa, pelajar sekolah atau pengajian tinggi, intelek ataupun bukan intelak.

* Keruntuhan moral yang dikenalpasti berlaku ke atas pelajar ialah:

    - Vandalisme;
    - Merosakan harta benda awam

    - Tidak menghormati guru.
    - Ponteng kelas
    - Membuli
    - Merosakkan kemudahan sekolah
 

* Institusi kekeluargaan juga berlaku gejala tidak sihat spt :
    - Remaja membunuh ahli keluarga.
    - Sumbang mahram

* Keruntuhan juga melanda institusi sosial atau masyarakat  spt:
    - Penyalahgunaan dadah, pil-pil khayal
    - Kegiatan pelacuran
    - Kegiatan pecah rumah
* Kenapa semua ini berlaku ?
* Kemana perginya pertubuhan yang wujud dlm masyarakat? 

 

Kesedaran Moral Dalam Masyarakat

* Faktor kegagalan penerapan nilai moral :
    - Globalisasi : dipengaruhi media, pemikiran dan budaya barat.
    - Perubahan masa : penerapan perlu diubah.
    - Keadaan mobilisasi: kemudahan perpindah dari satu tempat ke tempat lain.
    - Faktor persekitaran remaja: mendesak remaja dlm penyesuaian diri dan gaya hidup
    - Sistem pendidikan : perlu dilakukan dengan penuh kesedaran dan kebertanggungjawaban.

* Keruntuhan moral ini kerana kegagalan mempraktikkan struktur pendidikan yang diperkenal islam iaitu :
    - Tadris
    - Tarbiyyah
    - Ta'dib

* Pendidikan berlaku di sekolah oleh guru dan rumah oleh ibubapa.

* Namun berlaku pengaruh selain guru & ibubapa iaitu :
    - Alam sekitar
    - Kawan karib
    - Budaya
    - Pemikiran masyarakat
    - Gejala negatif
    - Pusat hiburan
    - Pusat perjudian & seumpamanya

* Islam merupakan benteng terakhir yang boleh mengwasi moral pelajar.
* Ini kerana kesedaran naluri baik hanya boleh dibentuk oleh kesedaran agama.
* Langkah pencegahan awal utk membentuk naluri yang baik:
        - Pasangan yang dipilih mestilah berketurunan baik.
        - Memilih persekitaran jiran yang baik.
        - Pendidikan bermula sejak bayi dlm kandungan.
        - Ibubapa wajib membentuk tauhid, solat, pelajari al-quran pada anak2.
        - Berinteraksi dengan masyarakat dengan interaksi positif.

 

Moral : Kepentingan Asasi Islam

* Dlm Islam Moral di tempat ke 3 selapas akidah dan syariat.
* Ini tak bermakna moral tak penting, malah Islam menganggap ke 3-3 adalah penting dan saling berkait.
* Akidah di tempat pertam kerana membezakan antara muslim dan bukan muslim.
* Syariat pula membezakan antara org mukmin dan org Islam semata.
 

Kategori Interaksi

1. Ibubapa dengan anak
2. Anak dengan ibubapa
3. Suami dengan isteri
4. Isteri dengan suami
5. Sesama saudara
6. Golongan kaya dengan golongan miskin
7. Golongan berusia dengan remaja
8. Kejiranan
9. Pemimpin dengan rakyat atau majikan dengan pekerja

 

Ciri2 berinteraksi

*  ibubapa dengan Anak :-
    - Peringkat semenjak dilahirkan: memberikan belaian dan kasih sayang.
    - Peringkat kanak-kanak: memberikan kasih sayang, didikan, nasihat dan hukuman
    - Peringkat remaja : memberi kasih sayang, didikan, nasihat dan persahabatan
    - Peringkat dewasa : memberi kasih sayang, nasihat dan meneruskan tali persahabatan.

* Anak dengan ibubapa :
    - Semasa di bawah jagaan ibubapa : taat, hotmat,memberi pertolongan dan bersopan dlm komunikasi dan pergaulan.
    - Semasa tidak berada di bawah jagaan ibubapa : hormat, mendengar nasihat, memberi respon dengan baik, selalu menghubungi, membantu dan sbg.

* Suami dengan isteri :
    - Memberi belaian dan kasih sayang
    - Tidak membebankan isteri, suka membantu dan bertolak ansur.
    - Tidak mendera
    - Tidak menghukum kecuali nuzhuz(derhaka)
    - Memberi nasihat, tunjuk ajar dan lain.

* Isteri dengan suami :
    - Patuh, memberi belaian dan kasih sayang
    - Menegur dengan baik
    - Tidak berkasar bahasa
    - Menghormati suami
    - Reda dng kedudukan suami dari sudut kewangan dn sebagainya.

* Sesama Saudara :
    - Bertimbang rasa, saling membantu dan sebagainya
 

* Golongan Kaya dengan golongan miskin:
    - Tidak ego, riak dan takbur. 

     -Menghormati

    - Suka menderma
    - Membantu
 

* Golongan Berusia dengan remaja:
    - Belas kasihan, menghormati, memberi nasihat, tunjuk ajar dan sebagainya.

* Kejiranan:
    - Mengambil tahu hal2 kabajikan
    - Membantu
    - Tidak menimbulkan kekeruhan dlm hubungan
 

* Pemimpin dengan rakyat atau majikandengan pekerja
    - Bertangungjawab
    - Saling menghormati.


Penjagaan Kerohanian dan Moral

* Islam menggariskan beberapa perkarauntuk menjaga kerohanian dan moral :-
    - Penjagaan pancaindera :

             menghala pancaindera ke arah perkara yang baik spt mendengar ttg pujian  dan kebesaran                         Allah, krn perkara ini akan menyuburkan hati dan tak mati dari menerima kebenaran.
    - Penjagaan pemakanan :
            makanan yang halal dan sederhana utk mengawal nafsu dan menyuburkan sifat kamalaikatan.
            Cara pemakanan juga ditekankan spt makan utk penuhkan 1/3 dengan makanan, 1/3 air & 1/3 udara dlm perut.
    - Percakapan juga hendaklah dijaga :
            Percakapan tidak boleh berlebihan terutama tentang hal keduniaa.
            Digalakkan selalu berzikir dan beristighfar kepada Allah.
            Dilarang percakapan berupa fitnah,mengumpat dan menghina.

Pendekatan Psikologi Terhadap Permasalah Moral

* Islam membentuk psikologi yang sempurna dengan:
     - Konsep hubungan Hamba dan Pencipta.
            ~ Meradai qada’ dan qadar
            ~ Dilarang berputusa asa
      - Konsep Hubungan manusia dengan manusia lain.
            ~Bersifat persaudaraan.
            ~Saling bantu menbantu.
            ~Tidak mempunyai prasangka yang buruk
        - Pembentukan psikologi individu semenjak kecil.
            ~Disarankan kepada ibubapa memberi kasih sayang

            ~Mendidik anak2.

         - Berasaskan prinsip2 Islam:
                ~Melakukan solat : apabila baik solat, keseluruhan agama seseorang itu baik. Ibubapa                                 disyorkan menyuruh anak2 solat pada usia 7 tahun dan merotan jika meninggalkan solat pada usia 10 tahun.
                ~Mengasingkan tempat tidur antara ibubapa dan anak serta tempat tidur anak lelaki dan                             perempuan.
        - Mengajar kemahiran hidup pada anak2:
                ~Spt menunggang kuda dan berenang dapat mengajar ttg cabaran dan cara menangani dengan                     bijak.

 

Rasulallah saw Sebagai Model Pengamal Moral Terbaik

* Krn perutusan baginda adalah utk meyempurnakan akhlak.
* Sebelum menjadi rasul baginda dikenali dengan al-Amin.

* Disebabkan kejujuran, Khadijah melantik mengetuai kafilah ke Syam.
* Diawal penyebaran Islam baginda bersabar walaupun terdapat tentangan hebat dari kaum quraish.
* Sifat pemaaf baginda melembut bangsa quraish semasa pembukaan mekah.
* Baginda menonjolkan sifat keceriaan, peramah dan sentiasa melempar senyuman serta layanan baik kepada sesiapa sahaja mengadap baginda.
* Baginda bersikap penyayang kepada kanak-kanak dan menghormati org yang lebih tua.


Peranan Industri Pendidikan Terhadap Perkembangan Moral

* Wujud institusi pendidikan sejak zaman kegemilangan islam iaitu Zaman Umaiyah dan Abbasiyyah.
* Zaman Umaiyah:-
    - Mula berubah dari pendidikan di masjid
    - Kanak2 didedahkan kepada pelbagai matapelajaran bukan shj agama.
    - Bermula apabila pembesar mengambil guru yang mengetahui pelbagai bidang pelajaran mengajar anak         mereka.
* Zaman Abbasiyyah:
    - Ulama diberi galakan metarial dan mental utk mendalami ilmu pengetahuan.
    - Hasilnya lahir pelbagai buku ilmu pengetahuan.
    - Wujud sekolah pertama dikenali al-Madrasah al-Nizamiyyah.
    - Mengandungi matapelajaran akidah, fiqh dan akhlak.
    - Guru yang mengajar diberikan upah atau gaji dari semasa ke semasa.
* Wujud pelbagai institusi pengajian spt:
        - Universiti al-Azhar,
        - Pusat pengajian baitul hikmah
        - Universiti qurtubah di cordova.
* Zaman kegemilangan islam, konsep pendidikan merangkumi aspek;
         - Tadris (pengajaran)
        - Tarbiyyah (pendidikan)
        - Ta’dib (tunjuk ajar)
* Hasil dari penekanan moral disamping ilmu lain lahirnya cendikiawan spt:
        - Ibnu Sina
        - Al-Farabi
        -Imam al-Shafie
        - Imam Hanbali
        - Abu Hanifah.
 

 

Sistem Kekeluargaan Dan Persoalan Moral

* Sistem kekaluargaan islam suci dari segi nasab dan keturunan serta berasaskan ketakwaan dan kepatuhan kepada tuntutan agama.
* Islam mengambil berat ttg persoalan nasab dlm perkahwinan demi membendung sifat negatif yang mungkin diwarisi daripada pasangan islam tersebut.
* Rasulallah menyarankan pemuda mengutamakan agama sesorang wanita berbanding kecantikan, kedudukan dan harta untuk dikahwini.