MPW1143 Epistemologi dan Aksiologi Islam

Mukadepan Sumber Terbuka Artikel  Subjek MPW 1143  

EPISTEMOLOGI DAN AKSIOLOGI ISLAM

 

 Objektif :-

1. Memahami persoalan ilmu dalam Islam
2. memahami persoalan aksiologi dalam Islam
3. Memahami peranan ilmu dan aksiologi dalam Tamadun Islam

 

Makna Epistemologi

* Bahasa : teori tentang ilmu pengetahuan. Asal perkataan dari Yunani Episteme makna pengetahuan dan logos bermakna teori.
* 3 persoalan utama dalam epistemologi:-
i) Apakah sumber-sumber pengetahuan?
ii) Manakah pengetahuan yang benar ?
iii) Bagaimanakah kita mengetahuinya?

 

HIERARKI ALAT CAPAIAN EPISTEMILOGI

* Epistemologi barat bersifat kognitif yang hanya mengiktiraf kemampuan akal sematat-mata.
    - iaitu merujuk kepada pengenalan jelas dengan fakta2 yang boleh dicapai dengan pancaindera zahir.
* Epistemologi Islam berkait juga dengan perkara yang berkaitan dengan emosi, hati, jiwa dan tindakan.
 

Sumber2 Ilmu Diiktiraf Islam

1. Wahyu
    - Merangkumi al-quran, hadis qudsi, sunnah rasul.
2. Ilham
    - Atau intuisi – berasal dari penghayatan secara langsung.
    - Ilham baik dari Allah. Ilham tak baik dari bisikan syaitan.
3. Naluri
     - Ilmu yang didapti melalui warisan genetik. Seperti anak penyu menetas akan berenang ke laut.

4. Kepitaran Akal
Kepintaran bebeza antara manusia sebab dipengaruhi alam sekitar, budaya, pendedahan, pemakanan dan niat.
5. Pancaindera
Ilmu boleh didapati melalui pengalaman, pengamatan, pembacaan, penglihatan dan peranan pancaindera yg lain.

 

Hierarki & Jenis Penerimaan Ilmu

 1. Jenis penerimaan ilmu berdasarkan tahap ketakwaan dan kemampuan mereka menerima ilmu daripada Allah swt :-
     i. Para Rasul & Nabi
        - Lelaki merdeka yang dipilih Allah untuk menerima wahyu dan bertanggungjawab untuk menyampaikan risalahNYA.
     ii. Awliya'
        - Golongan yang istimewa darjah ketakwaan tetapi lebih rendah dari Rasul dan nabi. 

     iii. Hukama'
         - Adalah golongan cendiakawan, cerdik pandai, sarjana.
         - Mereka sewajarnya mampu mewujudkan integrasi & kesepaduan antara ilmu wahyu dan ilmu 'aqliah.
      iv. awam
       - Gologan majoriti yang terdapat dalam masyarakat.
       - Tempat curahan ilmu bagi gologan rasul, awliya' dan hukama'

Aspek Hierarki Ilmu

1. Sumber
     - Naqliyah : yang berteraskan wahyu
     - 'Aqliyah : bersumberkan ilham, kebijaksanaan & kekuatan pancaindera.
2. Hukum
     - Fardu 'ain : ilmu kewajipan individu seperti memahami agama dari segi akidah, ibadah atau akhlak.
     - Fardu Kifayah :wajib dituntut oleh sebahagian dari masyarakat seperti ilmu kedoktoran dan lain-lain.

 

Heirarki Jenis2 Ilmu

1. Ilmu Wahyu
      - Ilmu yang berteraskan wahyu Allah
     - Dikenali juga sebagai ilmu naqli, ilmu syariah, ilmu agama.

2. Ilmu lain yang berkaitan dengan ilmu wahyu:
    - Ilmu tafsir, mustalah al-hadis,  fiqh dan usul fiqh.
3. Ilmu Ilham ( intuisi )
    - Atau intuisi – berasal dari penghayatan secara langsung.
    - Ilham baik dari Allah. Ilham tak baik dari bisikan syaitan.

4. Ilmu Rasional
   - Berteraskan kekuatan fikiran
   - Amat berperanan dalam keterangan tentang fenomena alam.
5. Ilmu Empirikal
   - Mengakui bahawa pengalaman pancaindera atau deria sebagai saranan untuk mendapat ilmu pengetahuan.

 

AKSIOLOGI

* Makna Aksiologi
   - Ilmu pengetahuan tentang kajian teori dan hakikat nilai.

* Berasal dari perkataan greek axios bermakna bernilai.

* Terbahagi 2 ;
   - Estetika : teori tentang seni dan keindahan.
   - Etika :  nilai moral berdasarkan tindakan manusia.
* Keseluruhannya aksiologi adalah sains berhubung dengan nilai kemanusiaan yang membolehkan kita menilai sistem penilaian dalaman yang mempengaruhi persepsi, keputusan dan tindakan. 

 

Sumber2 Nilai 

* Al-Quran dan al-sunnah rujukan nilai yang paling utama dalam Islam.
 

Heirarki Nilai

- Tahap-tahap nilai yang ditetapkan dalam Islam
 

- Nilai2 Makruf ( Baik )
1. Harus (mubah): harus melakukan sesuatu. Jika dilakukan tidak mendapat pahala. Sekiranya tidak dilakukan tidak mendapat sebarang dosa.
2. Sunat (matlub): Sekiranya dilakukan dapat pahala. Sekiranya ditinggalkan tiada balasan
3. Wajib (fardu) : mesti dilakukan. Sekiranya melakukan diberi pahala. Sekiranya meniggalkan dikenakna dosa.

- Nilai2 Mungkar (buruk)
Makruh : merupakan sesuatu yang dibenci. Sekiranya dilakukan tidak diberi pahala. Sekiranya ditinggalkan diberi pahala.
Haram : sesuatu yang dilarang oleh Allah . Sekiranya melakukan dikenakan dosa. Sekiranya meninggalkan diberi pahala. 

 

Pelaksanaan Nilai Dalam Hidup

Al-Quran meletakkan garis panduan mengenai nilai untuk manusia seperti Firman Allah dalam surah al-ma'idah ayat 48 yang mafhumnya
“ Dan kami turunkan kepadamu (wahai muhammad) kitab al-quran dengan membawa kebenaran untuk mengesahkannya kitab2 suci yang telah diturunkan sebelumnya dan untuk memelihara serta mengawasinya. Maka janganlah hukum antara mereka (ahli kitab) itu dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah swt (kepadamu), dan janganlah engkau mengikut kehendak hawa nafsu mereka (dengan menyeleweng) daripada apa yang telah datang kepadamu daripada kebenaran. Bagi tiap2 umat yang ada antara kamu, Kami jadikan satu syariat dan jalan agama ( yang wajib diikuti masing2). Dan kalau Allah s.w.t menghendaki nescaya Ia menjadikan kamu (dlm menjalankan) apa yang telah disampaikan kepada kamu. Oleh itu, berlumba-limba kamu membuat kebiakan ( beriman dan beramal soleh). Kepada Allah s.w.t jugalah tempat kembali kamu semuanya, maka Ia akan memberitahu kamu apa yang kamu berselisih padanya”. 

 

Kesimpulan

Epistemologi Islam : amat menekankan hakikat ilmu dan kebenaran.
Gabungan antara naqliyah dan 'aqilyyah secara seimbang akan membentuk keharmonian dalam kehidupan.
Akidah dan syariat yang disulami nilai2 akhlak berjaya melahirkan sebuah tamadun yang utuh.