KRT Bandar Sultan Suleiman Fasa 4 No. 43, Jalan Sultan Abdul Samad 45, Bandar Sultan Suleiman, 42000 Pelabuhan Klang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia Tel : 016-6046554 Fax : 03-31767731 Email : krtf4@ymail.com | LATAR BELAKANG KRT Bandar Sultan Suleiman Fasa 4 telah diluluskan penubuhannya oleh Jabatan Perpaduan & Integrasi Nasional pada 20 Jun 2004. Penubuham Kawasan Rukun tetangga di Bandar Sultan Suleiman bertujuan untuk menyatukan masyarakat setempat melalui program dan aktiviti kejiranan, perpaduan serta khidmat masyarakat. Di samping itu, sebagai suatu medium untuk menjaga keselamatan serta keamanan kepada orang ramai khasnya di kawasan ini. Selaras dengan penubuhannya, Skim Rondaan Sukarela KRT Bandar Sultan Suleiman Fasa 4 telah di pohon dan diluluskan oleh JPNIN pada bulan berikutnya dengan penyertaan awal sebanyak 150 orang ahli sukarela. Kini SRS di KRT Fasa 4 telah melangkah jauh dengan rondaan harian pada setiap malam dari jam 11.00 malam hingga jam 6.00 pagi. Dari segi keberkesanan SRS di kawasan ini telah banyak mengurangi gejala-gejala yang tidak sihat samada dari segi jenayah, sosial dan sebagainya. Pihak Jawatankuasa KRT Bandar Sultan Suleiman senantiasa berusaha mempelbagaikan aktiviti dan program khas untuk para penduduk setempat melalui kerjasama dengan agensi-agensi kerajaan, pihak swasta serta NGO. Selaras dengan perkembangan semasa yang memerlukan komitmen jangka panjang, KRT Fasa 4 telah menubuhkan beberapa biro yang diharap dapat memperkasakan perpaduan serta khidmat masyarakat kepada penduduk setempat. Antara biro-biro yang ditubuhkan adalah seperti berikut :-
| Khidmat Masyarakat yang disediakan :
|