KRT Bandar Sultan Suleiman Fasa 4  Pelabuhan Klang, Selangor Darul Ehsan


"Bersatu, Sepakat, Sekata" 

KRT Bandar Sultan Suleiman Fasa 4

No. 43, Jalan Sultan Abdul Samad 45, Bandar Sultan Suleiman, 42000 Pelabuhan Klang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia

Tel : 016-6046554

Fax : 03-31767731

Email : krtf4@ymail.com

LATAR BELAKANG

KRT Bandar Sultan Suleiman Fasa 4 telah diluluskan penubuhannya oleh Jabatan Perpaduan & Integrasi Nasional pada 20 Jun 2004. Penubuham Kawasan Rukun tetangga di Bandar Sultan Suleiman bertujuan untuk menyatukan masyarakat setempat melalui program dan aktiviti kejiranan, perpaduan serta khidmat masyarakat.

Di samping itu, sebagai suatu medium untuk menjaga keselamatan serta keamanan kepada orang ramai khasnya di kawasan ini. Selaras dengan penubuhannya, Skim Rondaan Sukarela KRT Bandar Sultan Suleiman Fasa 4 telah di pohon dan diluluskan oleh JPNIN pada bulan berikutnya dengan penyertaan awal sebanyak 150 orang ahli sukarela.

Kini SRS di KRT Fasa 4 telah melangkah jauh dengan rondaan harian pada setiap malam dari jam 11.00 malam hingga jam 6.00 pagi. Dari segi keberkesanan SRS di kawasan ini telah banyak mengurangi gejala-gejala yang tidak sihat samada dari segi jenayah, sosial dan sebagainya.

Pihak Jawatankuasa KRT Bandar Sultan Suleiman senantiasa berusaha mempelbagaikan aktiviti dan program khas untuk para penduduk setempat melalui kerjasama dengan agensi-agensi kerajaan, pihak swasta serta NGO.

Selaras dengan perkembangan semasa yang memerlukan komitmen jangka panjang, KRT Fasa 4 telah menubuhkan beberapa biro yang diharap dapat memperkasakan perpaduan serta khidmat masyarakat kepada penduduk setempat.

Antara biro-biro yang ditubuhkan adalah seperti berikut :-

  • BIRO JIRAN MUDA - Menyelaras aktiviti dan program remaja
  • BIRO JIRAN WANITA - Menyelaras aktiviti dan program kewanitaan
  • BIRO JIRAN USIA EMAS - Menyelaras aktiviti dan program warga emas
  • BIRO PROTOKOL DAN PERHUBUNGAN AWAM - Mengkordinasi dan menyelaras hubungan KRT dengan agensi dan NGO di dalam melaksanakan sebarang program kemasyarakatan
  • BIRO ICT & MULTIMEDIA -  Menyelaras segala penerangan, hebahan, cetakan dan maklumat aktiviti dan program KRT Fasa 4 kepada orangramai.
  • BIRO AGAMA DAN KEBAJIKAN - Menyelaras aktiviti dan program keagamaan dan kebajikan samada untuk pelbagai bangsa.
  • BIRO PENDIDIKAN - Menyelaras aktiviti dan program untuk anak-anak kecil, remaja, ibubapa serta masyarakat
  • BIRO SUKAN DAN KEBUDAYAAN - Menyelaras aktiviti dan program sukan dan kebudayaan untuk masyarakat
  • BIRO TEKNIKAL DAN PENYELENGGARAAN - Menyelaras segala keperluan untuk sebarang aktiviti dan program KRT Fasa 4 di samping menjaga keselamatan harta hakmilik KRT Fasa 4
  • BIRO KESELAMATAN - Menyelaras segala hal berhubung dengan keselamatan ketika perlaksanaan aktiviti dan program KRT Fasa 4 

Khidmat Masyarakat yang disediakan :

  • Rondaan SRS
  • Takaful Khairat Kematian KRT
  • Pembersihan Kawasan
  •  Aduan Awam
  • Gotong-Royong Majlis Perkahwinan
  • Futsal KRT 
  • Kelas Tuisyen
  • Pusat ICT
  • Tabika Perpaduan