Projek Akademik

Projek Akademik adalah salah satu modul yang memerlukan pelajar Semester 6 membuat kajian yang berkaitan dengan bidang kursusnya. Bagi kursus Kejuruteraan Awam, cabangnya adalah luas dan pelajar biasanya perlu memilih tajuk berkaitan dengan apa yang diminatinya serta mempunyai akses kepada kajian yang akan dibuat.

Sebelum memulakan projek, pelajar Semeseter 5 yang akan melanjutkan ke Semester 6, dihendaki menyediakan satu proposal / cadangan usul bagi menerangkan kajian yang akan dibuat.

Isi kandungan yang diperlukan dalam satu proposal adalah seperti berikut:

1. Kulit hadapan
  • Logo Politeknik
  • Tajuk kajian
  • Nama-nama ahli kumpulan
2. Pengenalan
  • Pengenalan kajian
  • Objektif kajian
  • Penyataan masalah
  • Skop kajian
3. Metodologi

4. Jadual perancangan kerja (Gantt Chart)

5. Peralatan, bahan & kos (jika ada)

6. Lampiran (jika ada)


Apabila suatu proposal telah siap, ia perlu dihantar kepada empat orang pensyarah untuk menilai kebolehlaksanaan suatu projek itu, serta mungkin ada pengubahsuaian tajuk atau objektif kajian tersebut.

Setelah, keempat-empat pensyarah itu berpuas hati terhadap proposal yang dibuat, pelajar perlu menghantar proposal berkenaan kepada Ketua / Penolong Penyelaras Projek Akademik mengikut jabatan masing-masing.


KOLEKSI LAPORAN-LAPORAN PROJEK AKADEMIK

Pelajar yang ingin mendapatkan rujukan laporan-laporan kajian akademik yang telah dibuat oleh pelajar-pelajar lepas boleh dipinjam dengan kebenaran KETUA PENYELARAS PROJEK AKADEMIK.



Ċ
Tomo Yamada,
19 Feb 2010, 19:09
Comments