Politeknik Ungku Omar

SELAMAT DATANG ke laman web Kejuruteraan Awam. Laman ini adalah direka khas bagi membantu pelajar-pelajar lulusan Sijil dan Diploma Kejuruteraan Awam khususnya di Politeknik Ungku Omar, serta politeknik-politeknik yang lain di Malaysia, bagi tujuan memantapkan lagi pembelajaran di dalam kelas. Laman web ini boleh diguna secara efektif tanpa sebarang bayaran yang dikenakan. Justeru, adalah diharapkan pelajar dapat memanfaatkan lagi sumber-sumber yang terkandung dalam laman web ini dengan sebaiknya. Perkhidmatan yang terdapat dalam laman ini adalah seperti koleksi soalan-soalan peperiksaan, panduan pembelajaran, modul / kursus, nota-nota, contoh laporan makmal dan juga skrip jawapan.

Koleksi yang boleh dimuaturun secara terus melalui laman web ini adalah seperti yang berikut:

1. Koleksi soalan-soalan peperiksaan;

2. Contoh laporan-laporan makmal;

3. Nota-nota ilmu dan kemahiran pengiraan kejuruteraan.

PENGENALAN KEPADA KEJURUTERAAN AWAM

KEJURUTERAAN AWAM merupakan salah satu bidang kejuruteraan yang melibatkan kerja-kerja merekabentuk, membina, memantau serta memastikan suatu bangunan ataupun struktur dapat dilaksanakan secara berkesan peranannya. Kejuruteraan awam juga mencatatkan dalam sejarah sebagai salah satu bidang yang paling lama yang melibatkan kisah tamadun manusia.

Kerja-kerja awam adalah terdiri daripada beberapa proses seperti berikut. Semua kerja perlu dimulakan dengan kerja mengukur tapak dan pancang tanda. Seterusnya ujian tanah akan dijalankan oleh pakar-pakar geoteknik. Pada masa yang sama, pelan arkitek dan struktur akan disediakan. Setelah selesai semua kerja awalan, kerja yang disusuli adalah menghantar pelan-pelan dan ujian tanah kepada Pejabat Kerajaan Tempatan, unit One Stop Centre (OSC) bagi tujuan lulusan. Di OSC terdapat sembilan jabatan kerajaan dan berkanun akan menjalankan pernilaian terhadap pelan-pelan dan ujian-ujian yang dianggap perlu. Jika semua penghantaran diluluskan ataupun lulus bersyarat, maka kerja menender projek boleh dilakukan. Maka kerja awalan boleh dijalankan ke atas tapak berkenaan.

KURSUS YANG DITAWARKAN DI POLITEKNIK UNGKU OMAR:

KEJURUTERAAN AWAM
DKA: Diploma Kejuruteraan Awam (3 tahun, 6 semester)
Diploma Kejuruteraan Awam - Integrasi (1 tahun)
SKA: Sijil Kejuruteraan Awam (2 tahun, 4 semester)
KKA: Sijil Kemahiran Kej. Awam (2 tahun, 4 semester)

UKUR TANAH
DUT: Diploma Ukur Tanah - Integrasi (1 tahun)
SUT: Sijil Ukur Tanah (2 tahun, 4 semester)

SENI BINA
DSB: Diploma Seni Bina - Integrasi (1 tahun)
SSB: Sijil Seni Bina (2 tahun, 4 semester)
Bridging Seni Bina (1/2 tahun, 1 semester)

KURSUS SECARA SAMBILAN (KSS)
Diploma Kejuruteraan Awam (2 tahun)
Diploma Ukur Tanah (2 tahun)


PEJABAT PENTADBIRAN UTAMA JABATAN KEJURUTERAAN AWAM POLITEKNIK UNGKU OMAR

SEJARAH PENUBUHAN
POLITEKNIK UNGKU OMAR


Politeknik Ungku Omar ataupun lebih dikenali dahulu sebagai Politeknik Ipoh. Diasaskan pada tahun 1969 di bawah bantuan penuh daripada United Nations Development Plan dengan usahasama daripada Kementerian Pelajaran Malaysia.

Terletak di tapak seluas 22.6 hektar di Jalan Dairy, Ipoh, ia merupakan politeknik yang pertama ditubuhkan di Malaysia dan merupakan satu-satunya politeknik di Malaysia yang diasaskan oleh United Nations. Dalam perlaksanaan projek ini, peruntukan sebanyak RM24.5 juta telah disalurkan oleh United Nations Development Programme (UNDP) manakala, United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO) pula dipertanggungjawabkan untuk merancang dan menjalankan pembinaan politeknik tersebut.

Setelah siap pembinaan politeknik ini ia diberi nama Ungku Omar Polytechnic, sempena tokoh perubatan Malaysia yang terunggul iaitu Dr. Ungku Omar Ahmad. Pada permulaan, politeknik ini terpaksa menumpang di premis Pusat Latihan Harian (DTC) Ipoh yang kemudiannya menjadi Maktab Perguruan Kinta. Kumpulan pelajar yang pertama adalah seramai 262 orang yang terdiri daripada pelbagai kaum dan bangsa. Dan kelas yang pertamanya diadakan pada 2 Jun 1969 di mana tenaga pengajarnya pada ketika itu, terdiri daripada 28 pensyarah tempatan dan 14 orang sukarelawan daripada Amerika Syarikat, Jerman, Kanada dan Jepun.

Pada asalnya politeknik ini menawarkan kursus Kejuruteraan Awam Binaan, Kejuruteraan Elektrikal, Kejuruteraan Mekanikal dan Perniagaan & Perdagangan. Pada penghujung tahun 1973, politeknik ini diberi premis yang baru dan terletak berhampiran dengan DTC. Ia dirasmikan pada 10 Mei 1974 oleh Menteri Pelajaran pada ketika itu, En Abdul Razak. Pada tahun 1979, institusi politeknik ini dikemaskinikan dalam satu resolusi oleh Jawatankuasa Kabinet dalam Pelajaran dan dimasukkan dalam Rancangan Industri Kebangsaan yang pertama (1985 - 1995).

Pada 1 September 1999, Maktab Perguruan Kinta menyerahkan premisnya kepada politeknik dan dikenali sebagai Kampus B. Dengan permulaan yang ringkas dengan pelajar sebanyak 262, kini Politeknik Ungku Omar mencatat rekod sebagai politeknik yang paling padat berbanding dengan politeknik yang lain, dengan bilangan pelajar melebihi 7000 orang dan tenaga kerja yang menghampiri 700 orang. Sehingga kini, politeknik ini telah berjaya menjana lebih daripada 50000 graduan separa profesional yang berkualiti.


SENARAI MODUL / KURSUS BAGI PELAJAR KEJURUTERAAN AWAM POLITEKNIK:

Semester Satu
  1. Pendidikan Islam 1 (untuk pelajar Islam)
  2. Pendidikan Moral 1 (untuk pelajar bukan Islam)
  3. English for Technical Purposes 1
  4. Matematik Kejuruteraan 1
  5. Aplikasi Komputer
  6. Sains Untuk Juruteknik
  7. Bahan & Binaan Kejuruteraan 1
  8. Lukisan Kejuruteraan
  9. Teknologi Konkrit
  10. Ukur Kejuruteraan 1
  11. Kokurikulum 1

Semester Dua
  1. Pendidikan Islam 2 (untuk pelajar Islam)
  2. Pendidikan Moral 2 (untuk pelajar bukan Islam)
  3. English for Technical Purposes 2
  4. Matematik Kejuruteraan 2
  5. Bahan & Binaan Kejuruteraan 2
  6. Makmal Kejuruteraan Awam 1
  7. Ukur Kejuruteraan 2
  8. Aturcara Kontrak & Ukur Binaan 1
  9. Mekanik Struktur 1
  10. Auto Cadd
  11. Kokurikulum 2

Semester Tiga
  1. English for Technical Purposes 3
  2. Tamadun Islam (untuk pelajar Islam & bukan Islam)
  3. Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan
  4. Bahan & Binaan Kejuruteraan 3
  5. Makmal Kejuruteraan Awam 2
  6. Mekanik Struktur 2
  7. Geoteknik 1
  8. Hidraulik 1
  9. Kejuruteraan Jalanraya
  10. Softskills

Semester Empat
  1. Latihan Industri (LI)

Semester Lima
  1. English for Technical Purposes 4
  2. Matematik Kejuruteraan 3
  3. Makmal Kejuruteraan Awam 3
  4. Aturcara Kontrak & Ukur Binaan 2
  5. Geoteknik 2
  6. Hidraulik 2
  7. Kejuruteraan Jalanraya & Pengangkutan
  8. Teori Struktur 1
  9. Rekabentuk Struktur Konkrit Bertetulang
  10. Malaysian University English Test (MUET)

Semester Enam
  1. English for Technical Purposes 5
  2. Pengurusan Pembinaan
  3. Teori Struktur 2
  4. Hidrologi
  5. Kejuruteraan Bekalan Air & Air Sisa
  6. Kejuruteraan Tapak
  7. Rekabentuk Struktur Berkeluli
  8. Projek Akademik
Comments