UJI MINDA‎ > ‎

Latihan Simpulan Bahasa

SIMPULAN BAHASA

 

Bulatkan jawapan yang betul.

 

1.    Walaupun telah berunding selama lima jam, mereka masih belum mendapat ___________bagi menyelesaikan masalah yang rumit itu.

A jalan keluar

B jalan belakang

C jalan pintas

D jalan tengah

 

2.    Oleh kerana Siti seorang yang sangat teliti, dia ____________ untuk menyiapkan kerja sekolahnya agar tidak melakukan kesilapan.

A mengambil peluang

B mengambil langkah

C mengambil berkat

D mengambil masa

 

3.    Kecantikan corak kain-kain batik itu menyebabkan pelancong Jepun itu _______sehingga dia tidak tahu yang mana satu hendak dibelinya.

A gelap mata

B putih mata

C rambang mata

D Rabun mata

 

4.    Budak yang ....................... itu tidak mengambil masa yang lama untuk memahami pelajaran yang sedang diajar.

A terang hati

B sampai hati

C cekal hati

D ada hati

 

5.    Rahman merupakan............pasukan Harimau. Tidak hairanlah segala kemahuannya dituruti

 

A tulang belakang

B keras tulang

C ringan tulang

D tulang empat kerat

 

6.    Sahabat yang baik tidak patut ................. kawan di hadapan rakan-rakan yang lain.

A membuka tembelang

B membuka langkah

C membuka mulut

D membuka mata

 

7.    Kita janganlah lekas marah dan terlalu mengikut............ , nanti kita juga yang akan menyesal.

A darah gemuruh

B darah daging

C darah muda

D darah dingin

 

8.    Amran berkata, "Inilah............ saya. Saya tidak akan pergi lagi ke situ."

A kata sepakat

B kata hikmat

C kata dua

D kata putus

 

9.    Mat Deris begitu ............. menanam pokok buah-buahan di sawah yang telah lama terbiar.

A ada hati

B cekal hati

C kecil hati

D rendah hati

 

10. Sejak peristiwa itu Puan Salwa ..................... untuk membenarkan anaknya menyertai perlawanan bola sepak.

A. jauh hati

B. berat hati

C. kecil hati

D. patah hati

 

http://tatabahasabm.tripod.com

JAWAPAN:

1.D

2.D

3.C

4.A

5.A

6.A

7.C

8.D

9.B

10.B

 

Comments