Search this site

RPH

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

TAHUN 3

Tarikh                         :  23 Mac 2011

Masa                          :  7:45 – 8:45 pagi (1 jam)

Tahun                                    :  3 Alif

Mata Pelajaran         :  Bahasa Melayu

Tema                         :  Pelancongan

Tajuk                         :  Pulau Langkawi

Hasil Pembelajaran:

Fokus utama:   

             2.1      Bercerita menggunakan kata, frasa, ayat serta sebutan dan intonasi yang baik dan jelas. 


Aras 2:

(i)            Mengenal pasti isi penting daripada cerita yang didengar atau ditonton.

Fokus sampingan:

                        8.2       Membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk dalam sesuatu penulisan teks tentang sesuatu tajuk.

 

Aras 2:

(i)         Membina ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan tajuk untuk membentuk perenggan.

 

Objektif Pembelajaran:

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:

1.    mengetahui tempat-tempat menarik yang terdapat di Pulau Langkawi berdasarkan video ‘ Percutian ke Pulau Langkawi’

2.    membina ayat tunggal berdasarkan gambar ‘Pelancongan di Malaysia’

3.    mengenali kata adjektif melalui gambar tempat-tempat menarik di Pulau Langkawi


Sistem bahasa:      

·         Tatabahasa :  ayat tunggal, kata adjektif

·         Kosa kata    :

                   melawat

                   negeri

                   tempat

                   helang

Pengisian kurikulum

·         Ilmu    :  Kajian Tempatan

·         Nilai    :  semangat patriotik, kerjasama

 

Kemahiran bernilai tambah(KBT)

Kemahiran Berfikir  : membuatkaitan dan perhubungan, menjana idea

Kemahiran Belajar   : 

     menulis

     mengimbas kembali dan menghubungkait

Belajar Cara Belajar

     Pembelajaran kumpulan

Kecerdasan Pelbagai  : Verbal linguistik, kecerdasan muzik

 

Bahan Bantu Mengajar:

     Video ‘Percutian Pulau Langkawi’

     Video ‘Percutian Di Malaysia’

     Lembaran kerja

     Kad gambar tempat menari di Malaysia

     Teks “Bercuti Ke Langkawi”

     Video ‘Cuti-Cuti Malaysia’

     Gambar ‘Pelancongan di Malaysia’

     Gambar ‘Pantai Cenang’

 

Pengetahuan Sedia Ada:

-       murid boleh menyatakan tempat menarik yang terdapat di Langkawi

-       murid boleh mendengar dan memahami arahan dengan teliti

-       murid boleh bertanya dan menjawap soalan dengan baik

-       murid boleh membina ayat tunggal

 

Langkah

/Masa

ISI PELAJARAN

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

CATATAN

Set Induksi

(5 minit)

 

Video tempat-tempat menarik di Malaysia

Soalan:

1.Nyatakan tempat-tempat menarik yang terdapat di Malaysia?

 

      I.        murid menyatakan tempat-tempat  menarik yang terdapat di Malaysia

    II.        murid melihat video tempat-tempat menarik di Malaysia

   III.        murid bersoal jawab berdasarkan video yang ditunjukkan tersebut.

KB

     Membuatkaitan dan perhubungan

     Menjana idea

BBM

     Video ‘Percutian Di Malaysia’

ILMU

     Kajian Tempatan

NILAI

     Semangat patriotik

 

 

 

Langkah 1

(15 minit)

Video ‘Percutian ke Pulau Langkawi’

Soalan:

1.Nyatakan tempat-tampat menarik yang terdapat di Langkawi?

2. Siapakah yang pernah bercuti ke Langkawi?

  1. murid ditayangkan dengan video yang berkaitan dengan ‘Percutian ke Pulau Langkawi’
  2. murid perlu melihat Video ‘Percutian ke Pulau Langkawi’ dan meneliti tentang tempat-tempat menarik yang terdapat di Pulau Langkawi
  3. murid perlu membuat pengurusan grafik tentang nama tempat-tempat menarik yang terdapat di Pulau Langkawi selepas menonton video ‘Percutian ke Pulau Langkawi’ dalam bentuk peta minda.
  4. murid perlu membentangkan pengurusan grafik mereka di hadapan kelas.

KB

     mengimbas kembali dan menghubungkait

BBM

     Video ‘Percutian ke Pulau Langkawi’

NILAI

     Semangat patriotik

 

Langkah 2

(15 minit)

 

Gambar ‘Pelancongan di Malaysia’

      I.        murid perlu meneliti gambar ‘Pelancongan di Malaysia’ yang ditunjukkan oleh guru.

    II.        murid perlu membina lima ayat tunggal berdasarkan gambar ‘Pelancongan di Malaysia’ yang ditunjukkan oleh guru tersebut. 

BBM

     gambar ‘Pelancongan di Malaysia’

BCB

     Menulis

KB :

Menjana idea

 

Langkah 3

(15 minit)

 

Gambar ‘Pantai Cenang’

Kata adjektif

·         Cantik

·         Indah

·         Bersih

·         Nyaman

·         Tinggi

·         Tenang

 

 

 

 

Aktiviti 1:

      I.        murid mendengar penerangan daripada guru tentang kata adjektif

    II.        murid ditunjukkan gambar ‘Pantai Cenang’

   III.        murid perlu mencari lima kata adjektif berdasarkan gambar tersebut.

  IV.        murid menyebut kata adjektif yang terdapat di dalam gambar

   V.        murid dikehendaki menulis semula kata adjektif tersebut di dalam buku latihan

BBM

     Gambar ‘Pantai Cenang’

 

KP:

                            Verbal linguistik

Langkah 4

(10 minit)

 

Lembaran kerja yang mengandungi gambar tempat-tempat menarik di Malaysia


 I.        murid perlu membuat lima kumpulan

II.        murid diberi lembaran kerja yang mengandungi gambar tempat-tempat menarik yang terdapat di Malaysia yang telah dilabelkan di dalam kumpulan masing-masing

  III.    murid perlu melihat gambar tempat-tempat menarik yang dilabelkan itu

 IV.    murid perlu menghafal dan kenali tempat-tempat menarik yang terdapat di dalam lembaran kerja

  V.    murid perlu menghantar wakil kumpulan untuk melabelkan gambar yang terdapat di papan hitam seperti di dalam lembaran kerja.

BBM

     Lembaran kerja

     Kad gambar tempat menarik

     Papan hitam

BCB

     Mengimbas kembali dan menghubungkait

     Pembelajaran kumpulan

NILAI

     Kerjasama

 

 

Penutup

(5min)

 

Penutup kognitif

·         Membuat rumusan isi

pelajaran

 

Penutup sosial

·         Memberi pujian

dan motivasi.

Lagu:

Cuti-cuti Malaysia
Cuti rakan sekerja
Murid-murid ikut semua
Cuti dalam negara


Cuti-cuti Malaysia
Cuti sihatkan diri
Meningkat produktiviti
Semua ada di sini


Marilah bergembira
Cuti rehatkan minda
Semuanya kita ada
Malaysia mempesona

Cuti-cuti Malaysia…

      I.        murid  mendengar kesimpulan yang disampaikan oleh guru tentang tajuk yang dipelajari.

    II.        murid mendengar dan menyanyikan lagu ‘Cuti-Cuti Malaysia’  dan murid bernyanyi secara beramai-ramai.

   III.        murid bertepuk tangan setelah selesai menyanyikan lagu tersebut.

 

BBM

     Video “Cuti-Cuti Malaysia”

KP

     Kecerdasan muzik

 

 

Subpages (1): Bahan Bantu Mengajar
Comments