PULAU LANGKAWI‎ > ‎Teks‎ > ‎

Karangan bercuti ke Pulau Langkawi

Percutian Ke Pulau Langkawi

 

Pada cuti sekolah yang lalu, kami sekeluarga berpeluang bercuti ke sebuah tempat peranginan iaitu Pulau Langkawi.  Aku berasa sangat seronok kerana itu kali pertama aku ke sana.  Sebelum bertolak kami mengemas barang-barang keperluan.  Aku sekeluarga menaiki kereta.  Setelah sampai di jeti, kami perlu menaiki feri untuk sampai ke Pulau Langkawi.  Masa yan diambil untuk sampai ke Pulau Langkawi selama satu jam dari jeti.

 

Setelah sampai di hotel yang telah ditempah oleh ayah seminggu yang lalu, aku terus merehatkan diri dahulu.  Tempat pertama yang kami lawati ialah Makam Mahsuri yang mempunyai banyak sejarah.  Pelbagai maklumat yang aku perolehi sepanjang berada di sana.  Aku berasa sangat gembira kerana dapat mengetahui dengan lebih mendalam lagi tentang sejarah Mahsuri yang sebelum ini aku hanya mendengar namanya sahaja tetapi tidak mengetahui sejarah tentang Mahsuri.

 

Pada hari kedua, kami berkesempatan untuk menaiki kereta kabel.  Aku sangat seronok sekali kerana pertama kali menaiki kereta kabel tersebut.  Aku dapat melihat pemandangan di seluruh Pulau Langkawi.  Aku dapat menghirup udara yang segar dan nyaman di sini.  Pada waktu petang, kami pergi ke Dataran Helang. Terdapat ramai pelancong yang mengunjungi Dataran Helang.  Kebanyakan mereka datang ke Dataran Helang untuk mengambil gambar.

 

Pada hari terakhir disana, kami sempat melawat Beras Terbakar.  Di sana ramai pelancong dari luar Negara yang datang dan mencampakkan duit syiling, yang dikatakan sebagai tempat untuk meminta sesuatu.  Selepas melawat Beras Terbakar, kami sekeluarga pergi membeli-belah.  Banyak cenderamata yang cantik-cantik terdapat disitu.  Saya membeli dua helai baju sebagai tanda kenang-kenangan sewaktu berada di Pulau Langkawi. 

 

Saya sangat gembira dan seronok ketika berada di Pulau Langkawi.  Saya berharap saya akan dapat bercuti lagi disini pada masa yang akan datang bersama keluarga tercinta.    

 

 

Comments