Khatam Surah 52‎ > ‎

Al-Baqarah 1~286

                                                                 [Previous] [Next] [Home]

Al-Baqarah, dari Ayat 41~50

41. Dan hendaklah kamu beriman kepada barang yang aku telah turunkan, menyetujui apa yang  ada pada kamu dan janganlah kamu jadi orang-orang yang mula-mula kufur kepadanya, dan janganlan kamu jual perintah-perintah Ku dengan harga  yang sedikit, dan Aku lah semata-mata hendaknya kamu takuti.

42. Dan janganlah kamu samarkan yang benar dengan yang lencong, dan janganlah kamu sembunyikan kebenaran, pada hal kamu ketahui.

43. Dan dirikan lah sembaha yang, dan keluarkan lah  zakat, dan tunduklah berserta orang-orang yang tunduk.

44. Adakah patut kamu menyuruh manusia berbuat  kebaikan, pada hal kamu lupakan diri-diri kamu sedang  kamu membaca kitab agama kamu, kalau begitu apakah kamu tidak mengerti ?

45. Dan  mintalah pertolongan dengan sabar dan sembahayang, kerana sesungguhnya hal itu memang berat melainkan atas orang-orang yang merendah diri.

46. Yang percaya bahawa sesungguhnya mereka akan bertemu Tuhan mereka, dan (percaya) bahawa sesungguhnya kepada Nya lah mereka akan kembali.

47. Hai Bani Israel ingatlah nikmat Ku yang pernah Aku kurniakan atas kamu, dan ingatlah bahawa senya Aku pernah muliakan kamu atas bangsa-bangsa.

48. Dan takutlah pada satu hari yang satu jiwa tidak akan dapat melepaskan sesuatu apa pun daripada satu jiwa, dan tidak bakal diterima permohonan daripadanya dan tidak bakal diterima penebusan daripada nya, dan mereka tidak akan diberi pertolongan.

49. Dan ingatlah tetakala kami selamatkan kamu daripada kaum firaun yang kenakan kepada kamu seksaan yang pedih, iaitu mereka bunuh anak-anak lelaki kamu, dan mereka biarkan hidup anak-anak perempuan kamu, pada hal ditentang yang demikian, ada satu percubaan yang besar daripada Tuhan kamu.

50. Dan ingatlah tetakala kami belahkan laut untuk kamu, lalu kami selamatkan kamu, dan kami karamkan kaum firaun, sedang kamu melihat.

 

Sumber; 
[] http://www.facebook.com/groups/211032924140/doc/10150962286484141




Comments