Merokok Membahayakan Kesihatan

Selamat Datang

YouTube Video


YouTube Video


YouTube Video


Taknak rokok

Merokok Membahayakan Kesihatan



Jom berhenti merokok. Tidak ada faedahnya menghirup racun yang merosakkan diri. Hanya seorang perokok yang tahu betapa nikmatnya merokok dan hanya seorang yang tidak merokok yang tahu betapa nikmatnya hidup lebih lama.

Ada yang berkata..... tak merokok pun boleh kena penyakit juga, boleh mati juga!

Ya, ada terlalu banyak sebab untuk mati dan kita juga boleh mati tanpa sebarang sebab. Sememangnya apa jua yang wujud di dunia ini akan berakhir, hanya Allah yang kekal. Tetapi adakah kita dijadikan untuk mati? TENTUNYA TIDAK!

Kita hanya diberikan sedikit masa di dunia ini. Dalam perjalanan hidup yang singkat ini kita ingin melakukan banyak perkara. Adakah merosakkan diri sendiri salah satu darinya?

Barah dan sakit jantung boleh menyerang semua. Bukan saja akibat merokok tetapi juga berpunca dari pemakanan yang tidak seimbang. Walaubagaimanapun, seorang perokok lebih mudah diserang penyakit-penyakit tersebut. Ambil datuk saya sahaja sebagai contoh dimana datuk saya telah menghadapi masalah jantung pada usia 40 tahun, manakala seorang bapa saudara saya yang tidak merokok hanya mengalaminya pada usia 50 tahun.

Ini bermakna, seorang perokok seperti datuk saya telah mendapat penyakit jantung 10 tahun lebih awal dari yang tidak merokok. Kini telah lebih 2 tahun datuk saya berhenti merokok, masalah jantungnya tiada lagi dan beliau merasakan nikmat hidup tanpa rokok.

Kenapa perlu berhenti merokok?

Tembakau dari rokok mengandungi lebih 4,000 kimia, kebanyakannya beracun. Nikotin menambahkan tekanan darah, memaksa jantung bekerja lebih keras. Karbon Monoxide menjadikan jantung anda bergerak lebih cepat dan mengambilalih oksigen dalam darah. Tar di dalam rokok mengandungi berpuluh kimia yang mengakibatkan barah. Merokok boleh menyebabkan saluran jantung (artery) tersumbat yang boleh menyebabkan serangan sakit jantung. Perokok mempunyai 70% risiko kematian akibat sakit jantung berbanding dengan yang tidak merokok.

Di Malaysia, 4.6 juta rakyatnya adalah perokok. Perangkaan menunjukan kes sakit paru-paru di Malaysia bertambah 17% setahun dan setiap tahun 10,000 rakyat Malaysia mati akibat penyakit yang berpunca dari merokok setiap tahun. Adakah anda bakal seorang darinya?

Cubalah berhenti merokok sekarang juga kerana:

Risiko serangan sakit jantung hanya berkurangan selepas setahun anda berhenti merokok.

Setelah 2 hingga 6 tahun berhenti merokok, risiko diserang sakit jantung anda berkurangan sama seperti anda tidak merokok

Jika anda menghisap sekotak rokok 20 batang yang berharga RM8.00 sehari, setahun anda boleh menjimatkan RM2880.00

Apa yang anda sedut?


Senarai ini boleh mendorong anda untuk tidak merokok
  • Hidup lebih lama.
  • Mencegah penyakit.
  • Kulit lebih sihat.
  • Melindungi orang lain.
  • Anak-anak lebih sihat.
  • Menjadi teladan yang baik.
  • Melindungi alam sekitar.
  • Meningkatkan kecergasan.
  • Meningkatkan deria rasa dan bau.
  • Lebih cergas.
  • Gigi lebih putih.
  • Rambut dan pakaian tidak berbau.
  • Kesuburan meningkat.
  • Menjimatkan wang.

Penyakit berkaitan rokok

  • Pelbagai barah seperti paru-paru, rongga mulut, esofagus, pankreas, pundi kencing dan buah pinggang.

  • Penyakit saluran pernafasan kronik seperti bronkitis kronik, emfisima, asma bronkial dan bronkiektasis.

  • Tekanan darah tinggi, serangan sakit jantung dan angin ahmar.

  • Mudah terkena batuk kering, Hepatitis B, radang paru-paru.

  • Ulser peptik dan gastritis.

  • Penyakit kulit seperti ekszema.

  • Penyakit mata yang boleh menyebabkan buta seperti katarak dan degenerasi makular pada selaput retina.

  • Penyakit tulang.

  • Rambut cepat beruban.

  • Kulit cepat berkedut.

  • Luka lambat sembuh.

  • Tenaga kelamin berkurangan terutama lelaki.

  • Kesuburan berkurangan.

  • Menjejaskan perkembangan janin dalam kandungan ibu yang merokok atau terdedah kepada asap rokok.

  • Kanak-kanak yang terdedah kepada asap rokok boleh menjejaskan perkembangan intelektual.

  • Wanita yang terdedah dengan asap rokok cepat putus haid.

MEROKOK MEMBAWA PENYAKIT

Tembakau merupakan faktor risiko untuk sekurang-kurangnya 25 jenis penyakit

  • Kanser pundi kencing
  • Kanser perut
  • Kanser usus dan rahim
  • Kanser mulut
  • Kanser Esofagus
  • Kanser tekak
  • Kanser pankrias
  • Kanser payudara
  • Kanser paru-paru
  • Penyakit saluran pernafasan kronik
  • Strok
  • Kereputan tulang (osteoporosis)
  • Penyakit jantung
  • Kemandulan
  • Putus haid awal
  • Melahirkan bayi yang cacat
  • Keguguran bayi
  • Mati pucuk
  • Bronkitis
  • Batuk
  • Penyakit ulser peptik
  • Emfisima
  • Otot lemah
  • Penyakit gusi
  • Kerosakan mata
BERHENTILAH MEROKOK !
MULAKAN SEKARANG JUGA!








ą
Zulkurnain Mohamad,
Jun 1, 2009, 5:55 PM
Comments