Ilmu Gharib Hadis

Definasi : Iaitu satu ilmu yang menerangkan makna perkataan-perkataan pelik kurang difahami di dalam hadis.

Faedah mempelajari ilmu ini :

  1. Memahami apa yang diriwayatkan.
  2. Menjauhkan daripada menafsirkan perkara yang bukan Rasulullah s.a.w. maksudkan tanpa ilmu.

Karya-karya Dalam Ilmu Gharib Hadis :

  1. 'Gharib al-Hadis' oleh Abu al-Hasan an-Nadhar bin Syumail (w203h).
  2. 'Gharib al-Athar' oleh Mohammad bin al-Mustanir (w206h).
  3. 'Gharib al-Hadis' oleh Abu 'Ubaidah Ma'mar bin al-Muthanna at-Taymi (w210h).
  4. 'Gharib al-Hadis' oleh Abu 'Ubaid al-Qasim bin Sallam (w224h).
  5. 'al-Mushtabah Min al-Hadis wa al-Quran' oleh Ibnu Qotaibah ad-Dainuri (w276h).
  6. 'Gharib al-Hadis' oleh Qasim bin Thabit bin Hazm as-Saraqasti (w302h).
  7. 'Gharib al-Hadis' oleh Ibnu al-Qasim al-Anbari (w328h).
  8. 'Gharib al-Quran wa al-Hadis' oleh Abu 'Ubaid al-Harawi (w401h).
  9. 'Samt at-Thurayya Fi Ma'ani Gharib al-Hadis' oleh al-Bayhaqi (w402h).
  10. 'Majma' al-Gharaib Fi Gharib al-Hadis' oleh Abu al-Hasan 'Abd al-Ghafir al-Farisi (w529h).
  11. 'al-Faiq Fi Gharib al-Hadis' oleh Az-Zamakhsyari (w538h).
  12. 'al-Mughith Fi Gharib al-Quran wa al-Hadis' oleh Abu Musa al-Madini al-Assfahani (w581h).
  13. 'an-Nihayat Fi Gharib al-Hadis wa al-Athar' oleh Ibnu al-Athir (w606h).
  14. 'at-Tadzyil 'Ala an-Nihayah' oleh Safi ad-Din Mahmud bin Abi Bakr al-Armawi (w723h).
  15. 'al-Mukhtasar 'Ala an-Nihayah' oleh al-Muttaqa (w975h).
  16. 'ad-Durr an-Nathir Talkhis Nihayat Ibn Athir' oleh Jalal ad-Din as-Sayuti (w911h).
  17. 'at-Tadzyil 'Ala Nihayat al-Gharib' oleh Jalal ad-Din as-Sayuti (w911h).
  18. 'al-Kifayat fi Nazm an-Nihayah' oleh Abu al-Fidaa al-Ba'labaki al-Hanbali (w785h).
Comments