Khatam Terjemahan

                                              [Previous] [Next] [Home]

YUSUF, dari ayat 51~60;

51. Ia berkata; “bagaimanakah keadaan kamu tetakala kamu mahukan Yusof ?” mereka jawab; “kami berlindung kepada Allah, kami tidak mengetahui kejahatan padanya”, berkata isteri pembesar itu; “sekarang telah ternyata;  kebenaran; “aku lah yang mahu dia, dan sesungguhnya ia adalah dari golongan orang-orang yang benar”.

52. “Yang demikian, supaya ia mengetahui, bahawa aku tidak khainat kepada nya diwaktu ia tidak ada, dan bahawa Allah tidak memimpin tipu daya orang-orang yang khainat”.

53. Dan tidak aku membersihkan diri ku, kerana sesungguhnya  nafsu menyuruh kepada kejahatan, melainkan orang yang dikasihini oleh Tuhan ku, (kerana)  sesungguhnya Tuhan ku itu pengampun, penyayang”.

54. Dan berkata raja; “bawalah dia kepada ku, aku akan jadikan dia orang yang rapat kepada  ku”.  Maka tetakala ia berkata dengan nya, ia berkata; “sesungguhnya engkau pada hari ini disisi kami  orang yang berpangkat, yang dipercayai”.

55. Ia berkata; “jadikan lah akan daku pengurus bagi harta benda negeri, kerana sesungguhnya  aku seorang penjaga yang mengerti”.

56. Dan demikianlah kami tetapkan Yusof dibumi,  ia boleh bertempat dimana ia suka. Kami kenakan rahmat kami kepada siapa yang kami kehendaki, dan kami tidak sia-siakan ganjaran orang-orang yang berbuat kebaikan.

57. Dan sesungguhnya ganjaran akhirat itu, lebih baik bagi orang-orang yang beriman serta adalah mereka berbakti.

58. Dan datanglah saudara-saudara Yusof, lalu mereka masuk padanya, maka ia kenal kepada mereka, tetapi mereka tidak kenal dia.

59. Dan tetakala ia sediakan bagi mereka akan bekalan mereka, ia berkata; “nanti bawalah kepada ku saudara kamu dari bapa kamu. Tidak kah kamu lihat, bahawa aku sempurnakan sukatan dan bawa aku sebaik-baik orang yang menerima tamu ?”.

60. “Maka sekiranya kamu tidak bawa dia kepada ku, tidaklah kamu akan dapat sukatan daripada ku, dan janganlah kamu dekat kepada ku”.


Sumber,
[] http://www.facebook.com/groups/441951002489130/doc/544001275617435

Following Twitter,
[] https://twitter.com/wasiyyahknajid5/status/689789954419855360




.
Comments