Khatam Terjemahan

                                                        [Previous] [Next] [Home]

Al-Kahf, dari ayat 41~50;

41. “Atau airnya jadi surut kering, lalu engkau tidak boleh mendapati dia”.

42. Dan dibinasakan  hartanya, lalu jadilah ia orang yang membolok-balik kan, dua tapak tangan nya, lantaran apa yang  ia telah belanjakan padanya, pada hal ia gugur dengan bumbung nya, dan ia akan berkata; “alangkah baik nya kalau aku tidak sekutukan seorang dengan Tuhan mu”.

43. Dan tidak ada baginya satu pun golongan yang akan menolong dia, selain dari Allah, dan tidaklah dapat ia membela dirinya.

44. Disana kekuasaan itu hanya bagi Allah yang benar, ia sebaik-baik pemberi ganjaran dan sebaik-baik pemberi balasan.

45. Dan adakan lah bagi mereka bidalan bagi penghidupan yang rendah ini, iaitu seperti air yang kami turunkan dia dari langit, lalu bercampur dengan dia tumbuh-tumbuhan dibumi, lalu ia jadi kering yang ditiup oleh angin-angin dan adalah Allah, atas tiap-tiap sesuatu berkuasa.

46. Harta dan anak-anak itu, perhiasan penghidupan dunia, tetapi amal-amal soleh yang tinggal buahnya itu, lebih baik pada sisi Tuhan mu tentang ganjaran nya, dan lebih baik tentang harapan.

47. Dan  ingatlah hari yang kami akan jadikan gunung-gunung, dan engkau akan lihat bumi itu dzahir, dan kami kumpulkan mereka, hingga kami tidak akan tinggalkan seorang pun dari antara mereka.

48. Dan mereka  akan dibawa kehidupan Tuhan mereka dengan berbaris. “Sesungguhnya kamu telah datang kepada kami, sebagai mana kami telah jadikan kamu pada mula-mula nya, tapi kamu sangka, bahawa kami tidak akan adakan perjanjian bagi kamu”.

49. Dan akan dibentangkan kitab itu, maka engkau akan lihat orang-orang yang berdusta itu takut kepada apa yang ada padanya. Dan mereka akan berkata; “celakalah  kami ! kitab apakah ini ? ia tidak tinggalkan yang kecil dan tidak yang besar, melainkan ia hitungnya”, dan mereka dapati apa yang mereka telah kerjakan itu sedia ditulis, dan Tuhan mu tidak menganiayai seorang pun.

50. Dan ingatlah, tetakala kami berkata kepada melaikat-melaikat “sujudlah kepada adam”,  lalu mereka sujud, melainkan iblis, adalah ia dari golongan jin, maka ia derhaka kepada perintah Tuhan nya, lantaran itu, apakah patut kamu mahu jadikan dia dan keturunan nya sebagai ikutan selain daripada Ku. Pada hal ia itu, bagi kamu, satu musuh ? Jelek tukaran itu, bagi orang-orang yang zalim.

 

Sumber,
[] http://najidrosmah.blogspot.my/2016/02/surah018.html

Following G+,
[] https://plus.google.com/116872662866307859796/posts/bxnxT8w3D57






.
Comments