Free Web Counter Pelawat




PENGENALAN


ICAN (Industry, Community, Alumni Network)  adalah salah sebuah unit di bawah Bahagian Penyelidikan Jaringan Industri & Alumni. Fungsi utama unit ini ialah mewujudkan usahasama, perkongsian serta jaringan antara pihak UiTM dengan Industri, Komuniti dan Alumni. Selain dari itu unit ini juga memberi fokus dalam pelbagai aktiviti membangunkan modal insan, menyalurkan kepakaran, mewujudkan peluang keusahawanan dan membantu masyarakat yang memerlukan.   

VISI

Menjadikan UiTM sebuah universiti unggul yang berteraskan kesarjanaan dan kecemerlangan akademik bagi menerajui dinamisme bumiputera dalam semua bidang profesional bertaraf dunia supaya terlahir graduan yang berdaya saing, global dan beretika.

OBJEKTIF

Bagi merealisasikan visi dan misi ini, ICAN telah merangka beberapa objektif, iaitu :

  • Mempertingkatkan hubungan kerjasama dengan industri dalam pembangunan pelajar, penyelidikan, perundingan dan pengkomersilan.
  • Menyelaraskan khidmat kepakaran dan kemahiran dengan ahli-ahli industri bagi meningkatkan pembangunan program-program akademik di UiTM
  • Mempertingkatkan program sangkutan dan latihan industri pelajar, staf dan pekerjaan dengan industri dalam dan luar negara
  • Menyediakan perkhidmatan Pusat Setempat (One Stop Centre – OSC) untuk rujukan industri dan aktiviti masyarakat
  • Meningkatkan program bersama masyarakat dalam memastikan UiTM kepada masyarkaat setempat khususnya dan keseluruhan amnya.