Perlaksanaan Hukum Hudud

by mukminin »

:salam

Q1. Apakah hukum melaksanakan hudud dan Qisas atau lain-lain hukum Allah? Siapakah yang bertanggungjawab melaksanakannya?

Q2. Apakah kategori dosa (eg. besar/kecil) tidak melaksanakan hukuman hudud dan menggantikannya pula dengan hukum ciptaan manusia?

Q3. Jika sebuah negara yang demokrasi tidak melaksanakan hudud dan qisas, siapakah yang mendapat habuan dosanya?

Q4. Apakah hukumnya seorang Muslim yang cuba menghalang perlaksanaan syariat Islam?

Q5. Jika dibandingkan antara tidak melaksanakan hudud dan meninggalkan solat (atau mungkin ada bandingan lain?), manakah yang lebih berdosa?

TQ.


JAWAPAN:

by thtl »

:wassalam

Jawab


Soalan in termasuk soalan yg melebihi usia sebulan dan kami dahulukan dgn berbanyak kema'afan.

J1.

a) Hukum melaksanakan hudud dan qisas atau syari’at ialah wajib. Dalilnya banyak: antaranya,” dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dgn apa yg diturunkan Allah dan janganlah kamu menurut kehendak hawa nafsu mereka” AQ 5:49

b) siapakah yg bertanggungjawab melaksanakannya?
Yang pertama dan utama ialah Penguasa kerana kuasa yg mereka miliki. Kedua ialah rakyat yg beriman melaksanakan syari’at dalam bentuk yg tidak memerlukan penguatkuasaan spt syari’at dalam rumahtangganya. (Dr Qardhawi, Malameh alMujma’ alMuslim allazi nansyuduhuu, ms 287-288)

J2. kategori dosanya ialah kafir (AQ 5: 44), zalim (AQ 5:45), fasiq (AQ 5: 49)

J3: Oleh kerana hudud dan qisas melibatkan kuasa politik, maka sudah tentu dosa dipikul oleh yg berkuasa. Juga terhadap rakyat yg mengangkat kuasa politik tersebut. Dalil: “hai orang2 beriman, hendaklah kamu menjadi orang yg selalu menegakkan keadilan.” AQ5:8

J4: Allah mengatakan suatu perbuatan yg tidak patut, penderhaka dan orang yg sesat, dalilnya AQ: 33:36

J5. Meninggalkan hudud menjadikan kerajaan itu kafir, zalim dan fasiq (AQ 5: 44,45 &49); manakala meninggalkan solat dgn sengaja menjadikan seseorang itu kafir (Muslim,alIman/82, Termidzi, alIman/2622) dari Jabir ra,”pemisah antara seseorang dgn kekafiran ialah meninggalkan solat.”

Peringatan: Hukum2 yg kita sebutkan itu dinamakan hukum yg langsung dan direct sesuai dgn SJ Fiqh Online yg ringkas dan padat. Ia tidak sesuai disebarkan dalam masyarakat kerana topik spt Hudud, qisas dan hukum meninggalkan solat ini sebenarnya merupakan tajuk2 besar yg dijadikan kitab2 yg tebal, sedangkan kami menyimpulkan dalam dua tiga baris ayat sahaja. Penjelasan terperinci diperlukan pada setiap soalan yg anda kemukakan. Buku2 yg mampu menjawab soalan di atas dgn lengkap ialah Fatawa Mu’asirat dan Malameh alMujtama’ alIslami oleh Dr alQardhawi. Kita bimbang dgn penjelasan ringkas ini akan menjadikan umat Islam menjadi militan/keras dan mudah berhukum spt melepas panah dari busur2nya tanpa mengambil kira realiti semasa yg melanda umat islam hari ini. Spt kata Dr Qardhawi (Malameh) hudud dan Qisas bukanlah satu2nya ciri utama Islam atau Islam bukanlah semata-mata persyari’atan dan perundangan. WA


Comments