Mati Bunuh Diri

by yukitada »

:salam

benarkah mati bunuh diri termasuk dlm perkara yg mensyirikkan Allah swt ? dan benarkah ade hadis yg mengatakan bhw mereka adalah penghuni neraka selama2nye ?

minta panel dtgkan hadis klu ade. jadi klu betul bermakna mereka mmg langsung x berpeluang masuk syurga ke ?

syukran...


Jawapan:

by Abu_Umair »


benarkah mati bunuh diri termasuk dlm perkara yg mensyirikkan Allah swt ?

- Bunuh diri adalah satu DOSA BESAR. Banyak hadis sahih menyebut orang yg membunuh diri akan diazab Allah dengan cara dia membunuh diri.

Sabda Nabi SAW: "Dan sesiapa membunuh dirinya dengan suatu cara, maka dia akan diazab dengan cara itu pada hari qiamat". (HR Bkhari dan Muslim).

-Bunuh diri BUKAN satu perkara syirik. Dan orang yg melakukan dosa ini di bawah kehendak ALlah, sekiranya mahu diazab, akan diazab, sekiranya mahu diampun akan diampun. Hanya dosa syirik yg tidak diampuni Allah sebagaimana dalam al-quran: "Allah tidak mengampunkan dosa syirik, dan mengampunkan dosa2 lain kepada sesiapa yg dikehendaki".
dan benarkah ade hadis yg mengatakan bhw mereka adalah penghuni neraka selama2nye ?
-Ada hadis-hadis sahih mengatakan orang yang membunuh diri akan berada di dalam neraka, diazab dengan cara dia membunuh diri, selama-lamanya.sebagaimana hadis sahih:
"Sesiapa membunuh dirinya dengan senjata tajam, maka senjata tajam itu akan sentiasa di tangannya merobek perutnya, di dalam neraka, berkekalan selama-lamanya. Dan sesiapa yg meminum racun lalu membunuh dirinya, maka dia akan meminumnya di neraka jahannam selama-lamanya. Sesiapa yg terjun dari tempat tinggi lalu membunuh dirinya, maka dia akan terjun juga dalam neraka jahannam, berkekalan selama-lamanya". (HR Bukhari Muslim).

-Yang dimaksudkan dengan 'berkekalan di dalam neraka selama-lamanya' ialah mereka masuk neraka dalam tempoh yg sangat lama. Kerana banyak hadis menyebut bahawa mereka yg tidak syirik kepada ALlah, akhirnya akan masuk dalam syurga, dan mereka yg ada iman dalam hatinya walau seberat zarah akhirnya akan keluar daripada neraka.

-Antara dalil org yg bunuh diri di bawah kehendak ALlah, dan Dia boleh mengampunkannya, satu hadis sahih yg diriwayatkan oleh al-Tufail bin Amru al-Dausi bahawa beliau berhijrah ke Madinah bersama seorang sahabatnya. apabila sampai di madinah, sahabatnya itu tidak dapat menyesuaikan dengan cuaca di sana lalu sakit teruk. akhirnya dia membunuh dirinya dengan cara memotong tangannya shingga darah mengalir keluar. Selepas itu, al-Tufail bermimpi melihat sahabatnya itu dalam keadaan yg sangat cantik tetapi bahagian tangannya tertutup.
Tufail bertanya: "Apakah yg ALlah lakukan kepada kamu?".
sahabatnya jawab: Tuhanku berkata: "Aku ampunkan bagimu disebabkan hijrah kamu kepada NabiKu".
Tufail bertanya lagi: Kenapa tanganmu tertutup?
katanya: Dikatakan kepadaku: "Kami tidak membaiki apa yg kamu sendiri rosakkan".
Tufail kemudian menceritakan mimpinya kepada Rasulullah SAW. lalu baginda berdoa supaya diampunkan untuk tangannya.
(HR Muslim).

Imam Nawawi dalam syarah Muslim mengatakan:
-hadis Tufail ini menjadi hujah kepada satu kaedah besar bagi ahli sunnah bahawa sesiapa yg membunuh diri atau melakukan dosa besar, lalu mati tanpa bertaubat, dia berada di bawah kehendak Allah, dan tidak boleh diputuskan ia akan masuk neraka.
-hadis ini adalah penerangan kepada hadis-hadis lain yg pada zahirnya menunjukkan org yg bunuh diri, atau membuat dosa besar masuk neraka selama-lamanya.

wallahu a'lam


Comments