Al-Baqarah 1~286

                                                                    [Previous] [Next] [Home]

Al-Baqarah, dari Ayat 281~286 

281. Dan hendaklah kamu takut kepada satu hari yang padanya akan dikemblikan kamu kepada Allah, kemudian akan disempurnakan ganjaran tiap-tiap seorang menurut apa yang ia telah kerjakan, dan mereka itu tidak akan dianyanya.

282. Hai orang-orang yang beriman ! apabila kamu mengadakan satu imalak (jual beli/hutang piutang/sewa menyewa/dan sebagainya) buat dipenuhi disatu masa yang tertentu, hendaklah kamu tulis akan dia, dan hendaklah seorang penulis dari antara kamu menulis dengan adil, dan  janganlah seorang penulis enggan menulis sebagaimana Allah ajar akan dia, bahkan hendaklah ia tulis, dan hendaklah orang yang berkewajiban memenuhi  itu merencanakan dan hendaklah ia takut kepada Allah, Tuhan nya, dan janganlah ia mengurangi sedikit pun dia kesangupan itu, tetapi jika orang yang kewajipan memenuhi itu  lemah akalnya atau lemah fizikal, atau tak boleh ia sendiri merencanakan, maka hendaklah wali nya merencanakan dengan adil dan hendaklah kamu adakan dua saksi dari antara lelaki-lelaki kamu, tetapi kalau tidak ada dua saksi lelaki, maka adakan lah seorang lelaki dan dua orang perempuan dari antara saksi-saksi yang kamu redai kalau seorang saksi  perempuan keliru, dapat diingatkan oleh seorang lelaki, dan orang-orang yang panggil buat jadi saksi itu tidak boleh enggan, dan janganlah kamu jemu menulis dia, mahu pun kecil atau pun besar buat dipenuhi dimasanya,  yang demikian itu terlebih adil pada pandangan Allah, dan terlebih teguh buat persaksian, dan terlalu hampir kepada tidak kamu ragu-ragu, kecuali perdagangan tunai yang kamu jalankan diantara kamu, maka tidak pengapa kalau kamu tidak tulis akan dia, dan hendaklah kamu mengadakan saksi kalau kamu berjual beli, dan tidak boleh diberi kesusahan akan penulis dan tidak boleh pula akan saksi ! kerana jika kamu berbuat begitu, maka iaitu kederhakaan pada diri kamu sendiri, dan hendaklah kamu berbakti kepada Allah, kerana Allah mengajar kamu, dan Allah itu mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

283. Dan jika kamu didalam pelayaran, dan kamu tak dapat penulis, maka hendaklah kamu pegang barang-barang gadaian,  tetapi jika seorang daripada kamu percaya akan seorang, hendaklah orang yang diserahi amanat itu menunaikan amanat nya, dan hendaklah ia takut kepada Allah, Tuhan nya, dan janganlah kamu sembunyikan penyaksian, kerana barang siapa menyembunyikan penyaksian, kerana barang siapa menyembunyikan nya, maka berdosalah hatinya, dan Allah itu mengetahui apa yang kamu kerjakan.

284. Kepunyaan Allah lah apa yang dilangit-langit dan apa yang dibumi, dan jika kamu nyatakan apa yang ada dihati-hati kamu atau kamu sembunyikan nya. Allah akan memeriksa kamu tentang itu. 

Lalu ia akan ampun siapa yang ia kehendaki, dan ia akan menyeksa siapa yang ia kehendaki, dan Allah itu berkuasa diatas tiap-tiap sesuatu.

285. Rasul itu percaya kepada apa yang diturunkan kepadanya  dari Tuhan nya, dan bagitu juga mukminun, tiap-tiap seorang daripada mereka percaya kepada Allah, Melaikat nya, kitab-kitab nya dan Rasul-Rasul nya; “kami tidak membezakan antara seorang dengan lain daripada Rasul-Rasul nya” dan mereka berkata; “kami dengar dan kami taat, kami minta keampunan mu, hai Tuhan kami ! kerana kepada mu lah tempat kembali”.

286. Allah tidak memberatkan satu jiwa melainkan sekadar boleh terpikul olehnya, ialah yang akan mendapat pahala dari apa yang ia kerjakan, dan ialah yang akan mendapat seksa dari apa yang ia usahakan. “Hai Tuhan kami janganlah engkau seksa kami jika kami lupa atau kami keliru, hai Tuhan kami ! dan janganlah engkau pikulkan atas kami seksa sebagaimana engkau pikulkan nya atas orang-orang yang terdahulu daripada kami, Hai Tuhan Kami ! janganlah engkau pikulkan atas kami perintah-perintah yang tak kuat kamu mengerjakan nya, dan hapuskan lah dosa-dosa daripada kami, dan lindungi lah kami. Engkau penolong kami, oleh sebab itu,  tolong lah kami atas mengalahkan kaum yang kafir”.


Sumber dari;
[T] http://knajidymailcom1.tumblr.com

[FG] http://www.facebook.com/groups/398284120183848/doc/477414158937510
[GG]
https://groups.google.com/forum/?fromgroups#!topic/talentrayyan/9u7bsKvPGaU              

Following Twitter;
[Tw] https://twitter.com/laburinternet2/status/656116470380802049
      



Comments