Utama





BIL HARI KE TAHUN BARU



PENGENALAN

Selamat datang ke website Sekolah Rendah Integrasi Hira' Rawang ( KLIK DI SINI UNTUK LAMAN ALTERNATIF TERBARU )

Sekolah Rendah Integrasi Hira' Rawang adalah sebuah sekolah yang di uruskan oleh SRI HIRA EDUCATION SDN BHD ( 1193212P ) dan ditubuhkan oleh organisasi bukan kerajaan Pertubuhan Ikram Malaysia kawasan Hulu Selangor.

Sekolah ini bernaung di bawah Institusi Pendidikan Hira' ( IPH ) yang terdiri dari 3 buah sekolah yang lain yang telah wujud bertahun yang lalu iaitu bermula dengan Sekolah Rendah Islam Hira', Batu Belah , Klang pada tahun 1985, diikuti Sekolah Menengah Islam Hira', Jeram, Kuala Selangor dan seterusnya Maahad Tahfiz Al Quran Hira', Jeram, Kuala Selangor.

Selaras dengan ini Sekolah Rendah Integrasi Hira' Rawang akan terus komited membawa Falsafah, Visi dan Misi yang dibawa oleh IPH dengan mengintegrasikan kurikulum standard sekolah rendah (KSSR) terkini yang dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), kurikulum deeniyah (agama) Jabatan Agama Islam Selangor ( JAIS ) serta kurikulum Ikram-Musleh.

(Sekolah-sekolah rangkaian Ikram-Musleh)

Sistem Musleh menekankan pendidikan holistik dengan memberi penekanan kepada aqidah melalui penerapan konsep Aqidah Merentas Kurikulum (AMK) dalam pengajaran mata pelajaran akademik selain melaksanakan Sukatan Pelajaran Ilmu Syariah (SPIS) secara khusus melalui buku-buku teks dan latihannya sendiri. Lebih istimewa sistem Musleh memberi penekanan kepada pentaksiran dan pembinaan murid secara menyeluruh (Total Assessment). Murid-murid ditaksir dan dibina tidak hanya dari sudut ilmu bahkan dalam pelbagai sudut seperti akhlaq, ibadah, jasmani dan kepimpinan melalui pentaksiran khusus yang dikenali sebagai Pentaksiran Konstruk Pelajar Ikram Musleh (PKPIM). Sekolah Rendah Hira' Rawang akan mula beroperasi dengan izin Allah mulai Januari 2017 dengan membuka pendaftaran kepada pelajar tahun 1, 2 dan 3 sahaja.























HEBAHAN

  • MAKLUMAN PEJABAT TUTUP Pejabat akan ditutup pada hari Sbtu 15 Oktober 2016. Harap maklum
    Posted 14 Oct 2016, 00:48 by SMY SHR
  • Untitled
    Posted 14 Oct 2016, 00:47 by SMY SHR
  • Sabtu 1 Oktober 2016 Tutup Pejabat ditutup pada Sabtu 1hb Oktober 2016 atas sebab-sebab tertentu. Harap maaf.
    Posted 28 Sep 2016, 18:03 by SMY SHR
  • YURAN Ibubapa boleh mula membuat bayaran yuran murid permulaan 2017 (yuran pendaftaran+yuran tahunan+yuran bulan januari)  sebelum 15 November 2016.Klik disini untuk lihat Jumlah keseluruhan yang perlu dibayar dan ...
    Posted 22 Sep 2016, 10:04 by SMY SHR
  • Check Status Permohonan Murid Pihak sekolah telahpun update status permohonan murid bagi tahun 1.  Untuk tahun 2 dan 3 masih dalam proses. Sekiranya ada sebarang pembetulan didalam profail murid ingin dibuat, boleh klik pada ...
    Posted 21 Sep 2016, 21:01 by Nur Hanan
Showing posts 1 - 5 of 11. View more »
Sek.Ren.Integrasi Hira Rawang
34-1 Jalan Desa 9/5
48000 Bandar Country Homes
Rawang, Selangor DE
011-1421 7276 (Pejabat)
018-230 4955 ( GB)
011-3995 7589 (Pembantu Tadbir)

Waktu Operasi : 
Isnin - Jumaat : 8.00 pagi - 5.00 petang