Khatam Terjemahan

                                                              [Previous] [Next] [Home] 

[10] YUNUS, dari surah 71~80; 

71. Dan bacakan lah kepada mereka khabar Nuh, tetakala ia berkata kepada kaum nya; “ hai kaum ku ! jika adalah kedudukan ku dan peringatan ku dengan ayat-ayat Allah, berat atas kamu, maka kepada Allah lah aku berserah diri, lantaran itu, tetapkan lah urusan kamu dan sekutu-sekutu kamu, kemudian janganlah hendaknya urusan kamu itu jadi ragu-ragu buat kamu, kemudian sempurnakan lah maksud kamu itu kepada  ku, dan janganlah kamu beri tempoh kepada ku”.

72. “Maka kalau kamu berpaling, tidaklah aku akan minta upah dari kamu, kerana tidak ada upah ku melainkan terserah kepada Allah, kerana aku diperintah supaya aku jadikan seorang dari orang-orang yang menyerah diri”.

73. Tetapi mereka dustakan dia, lalu kami selamatkan dia dan orang-orang yang bersama nya dalam kapal itu, dan kami jadikan mereka khalifah-khalifah, serta kami tenggelamkan  orang-orang yang mendustakan ayat-ayat  kami, lantaran itu, lihatlah bagaimana akibat orang-orang yang diancam. 

74. Kemudian kami utuskan sesudahnya, beberapa Rasul kepada kaum masing-masing,  maka mereka datang kepada mereka itu dengan membawa  keterangan-keterangan, tetapi tidak juga mereka mahu beriman kepada apa yang orang-orang tua mereka dustakan dahulu, demikianlah kami tutup hati-hati mereka yang melewati batas.

75. Kemudian kami utus sesudah mereka, Musa dan Harun kepada Firaun dan kaumnya dengan membawa ayat-ayat kami, tetapi mereka sombong, kerana adalah mereka itu kaum yang berdusta.

76. Iaitu tetakala datang kepada mereka kebenaran dari kami, mereka berkata; “sesungguhnya ini satu sihir yang nyata”.

 77. Musa berkata; “adakah patut kamu berkata tentang hak yang datang kepada kamu itu sihir ? Apakah ini sihir ?  pada hal tidak lah akan menang ahli-ahli sihir”.

78. Mereka bertanya; “apakah engkau datang kepada kami untuk memalingkan kami dari agama yang kami dapati bapa-bapa kami  memeluknya, dan supaya ada bagi kamu berdua kebesaran dibumi ? dan tidaklah kami akan percaya kepada kamu berdua”.

79. Dan berkata Firaun; “bawalah kepada ku tiap-tiap ahli sihir yang pintar”.

80. Maka tetakala datang ahli-ahli sihir, Musa berkata kepada mereka; “mulai lah apa yang kamu mahu mulai”.


Sumber,
[] http://www.facebook.com/groups/114608795355229/doc/119728268176615

Following Twitter,
[] https://twitter.com/cengalknajid2/status/688558012139610112

.
Comments