Khatam Terjemahan

                                                   [Previous] [Next] [Home]

[11] HUD, dari surah 31~40;

31. “Dan aku tidak berkata kepada kamu; “sisi ku ada perbendaharaan Allah” dan aku tidak mengaku mengetahui barang yang ghaib, dan aku tidak berkata; “aku ini Malaikat”, dan tidak aku berkata tentang orang-orang yang dihinakan oleh pemandangan-pemandangan kamu, bahawa Allah tidak akan memberi kebaikan kepada mereka, Allah lebih mengetahui apa yang ada di diri-diri mereka , sesungguhnya aku, kalau bagitu, adalah dari orang-orang yang zalim”.

32. Mereka berkata ; “hai Nuh ! sesunguhnya  engkau telah membantah kami dan engkau telah banyak kan perbantahan kepada kami, lantaran itu, datangkan lah kepada kami apa yang engkau janjikan kepada kami,  jika memang engkau daripada orang-orang yang benar”.

33. Ia berkata; “hanya Allah lah yang akan datangkan dia  kepada kamu, jika ia kehendaki, dan tidaklah kamu boleh terlepas”.

34. “Dan tidak akan memberi menafaat kepada kamu nasihat ku, jika aku mahu menasihati kamu, apabila Allah mahu sesatkan kamu, kerana ia Tuhan kamu, dan kepadanya lah kamu akan dikembalikan”.

35. Ataukah mereka akan berkata; “ia telah ada-ada kan dia ?” katakan lah; “jika aku ada-ada kan dia, maka atas ku lah dosanya, tetapi aku berlepas diri dari dosa yang kamu  kerjakan”.

36. Dan diwahyukan kepada Nuh, bahawa; “tidak akan beriman dari antara kaum mu, melainkan  siapa yang sudah beriman, oleh kerana itu, janganlah engkau berduka cita tentang apa yang mereka kerjakan”.

37. “Dan  buatlah kapal itu dihadapan kami dan dengan pimpinan wahyu kami, dan janganlah  engkau hadapkan cerita kepada ku tentang orang-orang yang zalim itu, kerana sesungguhnya mereka akan ditenggelamkan”.

38. Dan ia buat kapal itu, dan tiap-tiap kali segolongan dari kaum nya melewati dia, mereka perolok-olok kan dia. Ia berkata; “jika kamu perolok-olok kan kami, maka sesungguhnya kami akan perolok-olok kamu sebagaimana kamu perolok-olok kan.

39. “Maka kamu akan mengetahui siapa yang akan didatangi oleh azab yang merendah kan dia dan siapa yang akan turun atasnya azab yang tetap”.

40. Hingga apabila datang perintah kami dan mendidih bumi, kami berkata; “bawalah padanya dua sepasang dari tiap-tiap jenis, dan ahli mu, kecuali orang yang telah ditentukan lebih dahulu atas nya seksaan, dan orang yang beriman”,  pada hal tidak ada yang beriman kepada nya melainkan sedikit.

 

Sumber dari,
[] http://stokiskl.blogspot.my/2016/01/hud.html

Following Twitter,
[] https://twitter.com/detikcemas/status/688927570981568512




.
Comments