Produk

Rangkaian Produk Jamu Mak Dara

Jamu Mak Dara Gold membariskan produk kesihatan dan kecantikan untuk semua, tidak kira perempuan malah untuk lelaki. Antara produk-produk kami :

HARGA JUALAN RM49.90 + RM5.00 POS

Produk Jamu Mak Dara Gold dapat membantu mengurangkan masalah-masalah seperti yang selalu dialami oleh wanita dari pelbagai peringkat umur. Ia merupakan satu produk herba yang menggabungkan warisan sezaman, teknologi sains dan nutrisi hasil dari rahsia hutan hujan yang semulajadi. Khasiat produk Jamu Mak Dara Gold dapat membantu menyeimbangkan hormon wanita dan menyelaraskan mengikut keperluan sistem
tubuh.


Selain itu Jamu Mak Dara Gold juga dapat mengurangkan ketegangan sendi dan otot, sengal-sengal badan malah ia baik untuk mereka yang menghidap Arthritis.

Produk Jamu Mak Dara Gold merupakan pemakanan tambahan yang dapat mengatasi masalah dalaman wanita. Kecantikan dalaman wanita adalah amat penting untuk mengekalkan kesihatan yang berpanjangan dan kesihatan dalaman itu dapat dilihat sehingga terpancar menampakkan kecantikan tubuh. Jamu Mak Dara Gold bukanlah ubatan bersifat segera, ia direka khas untuk merangsang gaya hidup sihat dan aktif apabila digunakan secara berkala dan konsisten berserta pemakanan seimbang dan senaman ringan

Boleh didapati di dalam bentuk serbuk dan juga kapsul.

Antara khasiat produk Jamu Mak Dara Gold ialah:-

1. Menyuburkan rahim
Tubuh setiap wanita berbeza mengikut individu. Perbezaan ini memerlukan setiap wanita memiliki sistem peranakan yang sihat dan subur, agar kitaran hormon berfungsi dengan lebih lancar. Ia juga memerlukan formulasi khas untuk mengekalkan keseimbangan nya.

2. Mengatasi masalah keputihan
Setiap 1 dari 3 wanita pasti mengalami masalah keputihan tidak kira status bujang atau yang sudah berkahwin. Masalah ini terjadi kesan dari pemakanan dan juga persekitaran wanita itu. Faraj yang sihat memerlukan penjagaan sempurna luar dan dalam.

3. Merapatkan faraj
Wanita sudah berkahwin dan melahirkan, akan mendapati fenomena otot faraj yang longgar sebagai suatu masalah. Bahan-bahan seperti akar serapat dapat membantu mengembalikan ketegangan otot faraj agar dapat merapatkan kembali faraj bermasalah.

4. Menambah nafsu syahwat
Libido rendah atau kurang syahwat merupakan penghalang terbesar bagi mereka yang sudah melahirkan untuk menjalin hubungan intim bersama pasangan. Rangsangan diperlukan dari dalam minda dan luar bagi mengatasi masalah ini.

5. Memberi Tenaga
Kecergasan tubuh wanita menggalakkan kecerdasan minda. Wanita yang menggalas tanggungjawab sebagai seorang ibu, isteri dan bagi mereka yang berkerjaya amat memerlukan tenaga untuk melakukan tugas harian.

6. Membuang toksik dalam badan
Pemakanan seharian, pencemaran alam sekitar dan ketegangan dapat meningkatkan kuantiti toksik dalam sistem tubuh. Proses menyingkirkan toksik amat penting bagi mengelakkan keracunan organ dalaman tubuh, mengurangkan masalah bau badan dan faraj serta melancarkan perjalanan darah.

7. Memperbaiki sistem kitaran haid
Kitaran haid yang teratur adalah penting untuk memastikan keseimbangan hormon Estrogen. Pelbagai kesan akan timbul sekiranya kitaran haid tidak teratur seperti pertambahan berat badan, sukar mendapat kan cahaya mata dan lain-lain.

8. Membakar lemak berlebihan
Lemak berlebihan menyebabkan pertambahan berat badan. Pembakaran lemak berlebihan menggalakkan penurunan berat badan, dapat mengekalkan barat badan yang ideal dan memperkemaskan penampilan.

9. Membuang angin
Angin terhasil daripada pemakanan yang ti- dak seimbang dan pendedahan pada persekitaran yang kurang sihat. Pembuangan angin berlebihan dapat mengurangkan masalah ketidakselesaan badan.

10. Mengurangkan masalah bau badan
Masalah bau badan adalah normal bagi mereka yang berbadan besar dan sudah melahirkan. Pengamalan pemakanan tambahan dan diet seimbang dapat membantu mengurangkan masalah bau badan.

11. Mengatasi masalah kemaluan berbau
Pengurangan toksik dalam badan sekaligus dapat mengurangkan masalah bau badan dan masalah kemaluan berbau.

12. Mengurangkan kesakitan di bahagian pinggang
Kesakitan di bahagian pinggang merupakan kesan langsung dari gaya hidup aktif dan penggunaan otot pinggang secara eksesif.

13. Mengurangkan masalah lemah tubuh badan terutamanya bagi ibu-ibu selepas bersalin
Ibu-ibu selepas melahirkan selalunya mengalami masalah lemah tubuh badan. Pemakanan tambahan yang serasi dapat membantu mengurangkan masalah lemah tubuh badan.

HARGA JUALAN RM22.90 + RM5.00

Bedak sejuk di gunakan untuk menghilangan ruam pada muka dan membersihkan liang-liang kulit serta menghilangkan kesan-kesan hitam pada leher, supaya kulit sentiasa segar dan berseri

Cara Menggunakan

1.Ambil 3 hingga 5 butir bedak dan tambahkan dengan beberapa titis air. Pupukkan di bahagian pipi, dagu, leher dan bahagian lain untuk menghilangkan kesan hitam

2. Biarkan kering dan cuci bila perlu. Seelok-eloknya di biarkan selama mungkin agar kebaikan bedak sejuk dapat diserap oleh kulit

3. Agar muka tampakm lebih bersih, oleskan sedikit air pada bedak yang telah kering di kulit dan gosokkkan perlahan-lahan seperti menggosok lulur. Cuci muka dan bahagian yang berkenaan sehinga bersih.


HARGA JUALAN RM22.90 + RM5.00 POS

Kelebihan :

Kulit rambai amalan tradisi yang digosok pada badan agar kulit segar, anjal dan cerah.

Kulit rambai mempunyai kandungan anti-oksida yang melembutkan kulit, menghilangkan daki-daki, parut dan tompok hitam pada badan.

Kulit rambai memberikan nutrisi yang sihat untuk kulit kelihatan lembab dan bersih berseri.

Cara penggunaan:

Campurkan lulur kulit rambai dengan bedak sejuk dan dicampurkan dengan air.

Usapkan dan gosokkan lulur kulit rambai pada seluruh tubuh dan rasai aromanya sehingga kulit terasa halus.

Biarkan lulur kulit rambai pada tubuh seketik agar aromanya menyerap ke seluruh tubuh.

Bilas lulur kulit rambai tersebut dengan air yang bersih.

Generated image

HARGA JUALAN RM45.90 + RM5.00 POS

Jamu Almira adalah satu produk herba yang digabungkan melalui warisan sezaman dan teknologi sains nutrisi hasil dari rahsia hutan hujan yang semulajadi. Ramuan perubatan herba yang inovatif ini memberikan kebaikan untuk tubuh luar dan dalam malah meningkatkan daya sistem tahan untuk tubuh.

Kami percaya pemakanan tambahan adalah perlu untuk kesihatan dan kenikmatan hidup sempurna yang berkekalan. Jamu Almira bukanlah ubatan bersifat segera, ia direka khas untuk memberi kesan yang terbaik apabila digunakan secara berkala dan konsisten seperti yang dicadangkan.

Almira dapat :

Mengatasi masalah keputihan

Memberi tenaga

Membuang toksik dalam badan

Memperbaiki sistem kitaran haid

Membakar lemak berlebihan

Membuang angin

Mengurangkan masalah bau badan

Mengatasi masalah kemaluan berbau

Mengurangkan senggugut

Rahsia untuk kekal Awet Muda

Selain itu Jamu Almira juga amat bagus untuk kebaikan dan kesihatan luar dan dalam anak gadis remaja.


HARGA JUALAN RM45.90 + RM5.00 POS

Jamu Vigor For Men, telah diamalkan dari satu generasi ke satu generasi. Dihasilkan dari ramuan terbaik herba hutan hujan Malaysia untuk mengekalkan kesihatan yang sempurna dan kecergasan yang maksima sepanjang hari. Sesuai bagi lelaki yang mementingkan kesihatan yang sempuna luar dan dalam, malah mementingkan kesejahteraan dan kebahagian suami isteri. Amalkan pengambilan Jamu Vigor for Men untuk kekal muda dan kesihatan yang sejahtera.

Di antara kebaikan Jamu Vigor For Men :

Lemah Syahwat
Jamu Vigor for Men membantu meningkat libido lelaki dan membantu peningkatan hormone testosteronelelaki yang meningkatkan tahap seksual kaum lelaki.

Stamina
Jamu Vigor for Men membantu memulihkan tenaga yang hilang untuk kecergasan sepanjang hari.

Ketagihan Rokok
Selain itu, Jamu Vigor for Men juga membantu kaum Adam untuk mengurangkan ketagihan merokok kerana bahan-bahan herba yang aktif dapat menyingkirkan kesan nikotin, juga membantu perokok yang ingin berhenti serta mempercepatkan proses pemulihan.


Bentuk Tubuh
Jamu Vigor for Men juga dapat membuang toksik dalam badan sekaligus menyingkirkan lemak-lemak berlebihan dalam sistem tubuh. Ia secara tidak langsung dapat membantu mengawal dan menurunkan berat badan serta memperkemaskan bentuk tubuh

HARGA JUALAN RM22.90 + RM5.00 POS

Pilis digunakan untuk melegakan sakit sakit di bahagian ubun dan pening kepala akibat berpantang. Ia dapat mengurangkan kesan gelap mata yang biasanya di alami ibu yang lepas bersalin.

Juga terdapat di dalam Set Bersalin Ibu Halimah

HARGA JUALAN RM27.90 + RM5.00 POS

Kekal selesa dan bentuk badan yang diingini, terutamanya selepas kelahiran bayi

Rahsia kecantikan Ibu Halimah diabadikan di dalam pati losyen urutan. Sesuai digunakan apabila melakukan urutan ringan.

Dapat membantu mengekalkan bentuk badan yang diingini, disamping mengurangkan selulit. Juga berkesan untuk menghangatkan badan menghaluskan dan melembabkan kulit.

Persediaan Selepas Bersalin

Losyen Ibu Halimah adalah persediaan selepas bersalin yang bertindak seperti param ini adalah untuk menstabilkan suhu badan yang di dalam pantang dan memastikan tubuh sentiasa hangat.

Ia juga baik untuk mengurangkan rasa kesejukan, kebas pada badan dan menghilangkan kesan-kesan kulit pecah pada badan. Sapu ke seluruh badan untuk urutan atau sapu ditempat yang bermasalah dengan urutan ringan. Untuk kegunaan luaran sahaja. Boleh digunakan pada bila-bila masa sahaja.


HARGA JUALAN RM22.90 + RM5.00

Kelebihan:

Aroma lulur kopi Arabica memberikan ketenangan, kesegaran kepada tubuh dan melancarkan peredaran darah.

Lulur kopi menganjalkan kulit dan membantu mencegah dan mengurangkan masalah selulit.

Lulur kopi mencerah dan mencantikkan tekstur kulit serta menghaluskan kulit.

Sifat antioksida yang terdapat dalam kopi dapat mencegah penuaan pada kulit dan membuang sel-sel kulit mati.

Lulur kopi menghilangkan bau badan yang kurang menyenangkan.

Ramuan kacang soya dan kacang hijau menolong warna kulit lebih sekata.

Cara Penggunaan

Campurkan lulur kopi dengan bedak sejuk dan dicampurkan dengan air.

Usapkan dan gosokkan lulur kopi pada seluruh tubuh dan rasai aromanya sehingga kulit terasa halus.

Biarkan lulur kopi pada tubuh seketik agar aroma kopi menyerap ke seluruh tubuh.

Bilas lulur kopi tersebut dengan air yang bersih.

Subpages (1): Kopi Mak Dara
Comments