Khatam Suran 9

                                                                           [Surah 8] [Surah10
Ulasan Surah Yunus
(pengampunan),

Surah At-Taubah terdiri atas 129 ayat termasuk golongan surah-surah Madaniyyah. Surah ini dinamakan “At-Taubah” yang ererti pengampunan berhubung kata “At-Taubah” berulang kali disebut dalam surah ini.  Dinamakan juga dengan  “baraah” yang bererti berlepas diri yang disini maksudnya penyataan pemutusan perhubungan, disebabkan kebanyakan pokok pembicaraan nya tentang pernyataan pemutusan perjanjian damai dengan kaum musyrikin.

Berlainan dengan surah-surah yang lain, maka pada permulaan surah ini tidak terdapat basmalah, kerana surah ini adalah pernyataan perang total dengan erti bahawa segenap kaum muslimin dikerahkan untuk memerangi  seluruh kaum musyrikin, sedang basmalah bernafaskan perdamaian dan cinta kasih Allah.

Surah ini diturunkan sesudah Nabi Muhammad s.a.w . kembali dari peperangan Tabuk yang terjadi pada tahun 9H.     Pengumuman ini disampaikan oleh Saidina ‘Ali r.a. pada musim haji tahun itu juga.

Selain  daripada pernyataan pembatalan perjanjian damai dengan kaum musyrikin itu, maka surah ini mengandung pula pokok-pokok isi sebagai berikut; Keimanan, Hukum, Kisah, dan lain-lain.

 

SUMBER 1:
Khatam terjemahan ayat-ayat Al-Baraah (1-129)
,
[YG]
http://t.co/2v8Lmy3CWS
[GG] https://t.co/DSR2Jew9Yi
[FG] http://t.co/e70qX2GoZV
[GS] https://t.co/hSGGCdc5Vq

 

SUMBER 2:
1. Al-Quran & Terjemahan.
2. Al-Furqan & Terjemahan.

Comments