Home 首页

      汉民国民型华文学校

      Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Han Ming

      Batu 14, Jalan Puchong, Selangor Darul Ehsan. Telefon/faks 03 80611641



      敬致:汉民华文学校家长/监护人

      项目:资源回收大行动

      回收日期:22/9/12 (星期六)
      时间:7.30am-9.30am
      回收地点:学校C门出口走廊

      汉民华文学校共同邀请您,携手推行资源回收大行动。

      指定回收的物品如下:

      1 所有纸类
      报纸,杂志,作业簿,课本,纸皮,漫画,A4纸,盒纸,日历,小说,杂纸,纸桶等。

      2 旧衣服
      衣服,裙,沙龙,袜子,裤,毛巾,窗帘布,棉布,床单,被单,等。

      3 旧电器
      电脑,电视机,VCD机,风扇,热水壶,冷气机,传真机,吹风桶,烫斗,打印机,果汁机,电饭锅,等。

      4 塑料及铝罐
      水桶,餐具,铝罐,矿泉水瓶,塑料桌椅,白色塑料袋(洗澡,洗头,洗碗,洗衣,抹地罐等)。

      提醒:

      1.今天开始收集旧资源,自行分类打包。活动当天一起送到学校回收。当天回收收入全数归学校,旧衣服将捐给慈善团体。

      2.谢绝玻璃。

      亲爱的父母,回收是让自己有个居住好环境。

      教育孩子做环保吧!




      学校近期公告



      SEJARAH SEKOLAH

       
      SJK( C ) Han Ming ditubuhkan pada tahun 1921. Sekolah ini telah melangkau usia selama 87 tahun. SJK( C ) Han Ming terletak di batu 14 Puchong. Sekolah ini merupakan sebuah sekolah bantuan penuh kerajaan.
       
      Pada awalnya, bangunan sekolah hanya berbumbung atap dan berdinding papan sahaja, Beberapa tahun kemudian jumlah penduduk kian bertambah. Dengan bantuan Nazir, SJK ( C ) Han Ming berdaftar secara rasmi. Jabatan Pendidikan telah meluluskan sebanyak 2 ekar tanah sebagai tapak pembinaan sekolah.
       
      Pada tahun 1951, dengan bantuan Lembaga Pengurus Sekolah Han Ming, bilangan bilik darjah telah bertambah daripada 4 buah kepada 7 buah bilik darjah, manakala bilangan murid turut bertambah.
       
      Pada 5 September 1973, Persatuan Ibu Bapa dan Guru telah ditubuhkan dibawa arahan Jabatan Pendidikan . Pada tahun 1978, Jabatan Pendidikan memberi peruntukan sebanyak RM 1 550 000 untuk mendirikan sebuah blok bangunan dua tingkat. Jabatan Negeri Selangor pula memperuntukkan sejumlah RM 5 ribu untuk membina gelanggang boleh keranjang.
       
      Pada tahun 1988, bilangan murid telah meningkat secara mendadak hingga mencecah empat ratus orang. Susulannya, SJK( C ) Han Ming berjaya dinaik taraf menjadi sekolah Gred B.
       
      Pada tahun 90-an, penempatan penduduk di kawasan Puchong telah menigkat, oleh itu, bilangan kemasukan murid turut bertambah sejajar dengan kepadatan pendudukdi sekitar sekolah.
       
      Pada tahun 1991, sempena ulang tahun sekolah yang ke-70, Lembaga Pengurus, PIBG dan Persatuan Murid Tua telah menerbitkan srbuah majalah yang memuatkan sejarah penubuhan SJK(C) Han Ming. Memandangkan sumbangan yang diterima masih tidak mencukupi untuk pembinaan dewan sekolah, disebabkan faktor kemelesetan ekonomi, pelbagai aktiviti untuk menambahkan jumlah kutipan telah dilaksanakan. Antaranya, Jualan Amal oleh peniaga-peniaga yang sudi menyumbangkan hasil jualan kepada pihak sekolah.
       
      Pada tahun 1998, Nan Yang Siang Pao yang bekerjasama dengan Carlsberg telah menganjurkan Konsert Amal dan hasil kutipannya amat memberangsangkan. Setahun kemudian, Power Hitz  juga turut menganjurkan Konsert Amal bagi menambahkan dana yang diperlukan.Akhirnya, sumbangan yang diterima daripada individu yang bermurah hati telah berjaya menampung baki dana yang diperlukan. Justeru, perbelanjaan bagi membina dewan SJK(C) Han Ming telah mencukupi dan pembinaan telah terlaksana dengan jayanya.
       
      Pada tahun 2001, Persatuan Bekas Murid Tua telah menganjurkan Konsert Amal bagi mengumpulkan dana untuk membina tembok batu yang lebih selamat di sekeliling sekolah. Pihak sekolah pula bertanggungjawab mengupah pekerja untuk mengawal keselamatan sekolah, di samping pemasangan CCTV yang lebih menjamin keselamatan harta benda dan warga sekolah.
      Di bawah peruntukan Rancangan Malaysia ke-7, sekolah telah layak untuk menerima peruntukan bagi pembinaan satu blok bangunan tiga tingkat.
       
      Seterusnya, bilangan murid semakin meningkat dan ini telah menaikkan taraf sekolah kepada sekolah gred A.
       
      Syarikat Pemaju Talam telah bermurah hati membina satu blok bangunan setingkat sebagai sumbangan kepada sekolah.
       
      Selanjutnya, hasil gigih  Dato Seri Ong Kar Ting, telah berjaya mengenengahkan dua syarikat gergasi di Malaysia  iaitu IOI Group dan SP Setia untuk menanggung perbelanjaan sebuah blok bangunan tiga tingkat.
       
      Pada tahun 2008, Kerajaan Negeri Selangor telah menghulurkan sumbangan sebanyak RM 20 ribu untuk menampung pembinaan pondok menunggu bas bagi kegunaan murid-murid.
       
      Kini, pihak sekolah sedang bekerja keras  untuk mengumpulkan dana bagi menampung perbelanjaan pembinaan sebuah blok bangunan 4 tingkat yang baru dan masih dalam proses pembinaan. Segala sumbangan sama ada  daripada pihak individu atau syarikat tertentu amat diharapkan bagi merealisasikan pelaksanaan pembinaan bangunan tersebut.