SOALAN LAZIM (FAQ)


Persoalan mengenai MyMode

1. Siapakah MyMode?

MyMode adalah sebuah entiti perniagaan yang dikendalikan oleh sebuah syarikat tempatan Asia Mobile Commerce Privilege (M) Sdn Bhd yang beribu pejabat di Ampang, Selangor. MyMode menawarkan perkhidmatan mudah-ahli (mobile services) dengan menggunakan teknologi terkini. Anda boleh mempelajari dengan lebih lanjut lagi tentang MyMode dilaman web rasminya di http://www.mymode.com.my/. Laman web syarikat boleh dikunjungi di sini http://www.asiam.com.my/.

2. Apakah teras perniagaan MyMode?

MyMode mengamalkan konsep perniagaan berperingkat, (Multi-Level-Marketing), dalam bidang perkhidmatan mobile. Sebagai ejen, anda boleh menjual produk mudah-alih MyMode tanpa perlu membuka rumah-kedai dan menyimpan stok. Produk yang ditawarkan adalah:

Kad-kad prepaid seperti Maxis, Celcom,  dan kad-kad reload, kad IDD/STD.


3. Saya bekerja/belajar dan tidak mempunyai banyak masa untuk perniagaan ini, bagaimanakah saya mengurus perniagaan ini?

Ramai daripada mereka yang menjalankan perniagaan ini bekerja atau belajar sepenuh masa. Ini bukanlah penghalang kepada anda untuk berjaya kerana konsep mobile perniagaan ini membolehkan anda memguruskan perniagaan secara sambilan. Ingat, tiada barangan fizikal yang perlu diangkut dan disimpan di gudang, tidak perlu menyewa premis perniagaan, tidak perlu melawat rumah-ke rumah.

Permintaan kad reload memang sedia wujud dan ia merupakan satu keperluan untuk pemilik telefon bimbit. Malah anda tidak perlu bersusah payah membuat produk demo untuk meyakinkan bakal pelanggan anda!

Fikirkan, mengapa anda ingin ke kedai telefon untuk reload sedangkan anda boleh reload telefon anda sendiri dan sekaligus menambah pendapatan? Sebagai ejen anda akan menikmati penjimatan kad prepaid daripada harga pasaran. Jika anda menjual dan menaja, pendapatan anda akan bertambah berlipat kali ganda.


4. Bagaimanakah hendak mendaftar menjadi ahli ?

Sila rujuk penerangan di bahagian Daftar.


5. Berapa banyakkah pendapatan yang boleh saya perolehi melalui MyMode?

Pendapatan yang boleh anda perolehi tidak terhad. Lebih banyak anda jual dan lebih ramai ejen dibawah anda, maka lebih banyaklah pendapatan anda. Ingat, konsep MLM (multi-level-marketing) MyMode membolehkan anda mendapat komisen sehingga sepuluh peringkat dibawah anda!

6. Saya berminat untuk menyertai perniagaan ini, tetapi saya menggunakan Post paid, adakah saya masih boleh menyertainya?

Sudah tentu, kerana anda masih berpeluang menjual kad prepaid tersebut kepada mereka yang menggunakan prepaid dan melantik agen-agen baru. Anda akan menikmati komisen dan ganjaran hasil dari penjualaan dan penajaan anda. Namun demikian, anda sendiri tidak berpeluang menikmati penjimatan kad prepaid kerana anda membayar bil telefon bimbit anda secara postpaid.


7. Adakah perniagaan ini boleh dipercayai dan selamat?

MyMode mempunyai lebih daripada 160,000 ejen di Malaysia jadi anda tidak perlu bimbang tentang kesahihan syarikat MyMode. MyMode mengambil segala langkah yang termampu untuk memastikan keselamatan data anda tidak dicerobohi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

SOALAN UNTUK AGEN 

1. Apakah yang saya perlu lakukan setelah menjadi ahli?

Anda perlu login ke http://www.mymode.com.my/dengan menggunakan :

Mobile No: Nombor telefon bimbit anda yang anda gunakan dalam pendaftaran
Password: Nombor PIN empat angka yang diberi oleh MyMode melalui SMS

Anda perlu login untuk mengemaskini maklumat mengenai diri anda seperti nama, alamat, no telefon, akaun bank untuk pembayaran bonus dan sebagainya.

Seperti yang dijelaskan pada awalnya, akaun anda akan diisi dengan 11 prepaid Points yang bersamaan dengan RM11.

Anda boleh menggunakan jumlah ini untuk membeli produk MyMode. Selain menggunakan sendiri produk MyMode, anda boleh menjual produk MyMode kepada ahli keluarga, rakan sekerja atau kenalan anda.

Anda digalakkan untuk memperkenalkan dan menaja ahli lain. Oleh kerana MyMode adalah syarikat MLM, (Multi Level Marketing), apabila bilangan ejen dibawah bertambah, maka lebih banyaklah pulangan yang anda akan perolehi.

Anda boleh mempelajari dengan lebih lanjut lagi tentang pelan pemasaran dan ganjaran menakjubkan di bahagian Pelan Pemasaran.


2. Mengapakah terdapat 11 PP (= RM11)  dalam akaun MyMode saya setelah saya menjadi ejen?

Seperti yang dijelaskan pada awalnya, akaun anda akan diisi dengan 11 prepaid Points yang bersamaan dengan RM11. Anda boleh menggunakan jumlah ini untuk membeli produk MyMode. Selain menggunakan sendiri produk MyMode, anda boleh menjual produk MyMode kepada ahli keluarga, rakan sekerja atau kenalan anda. Baki RM54 daripada RM65 yang anda bayar untuk menjadi ahli adalah untuk yuran pengurusan and perkhidmatan.


3.
Adakah saya perlu membuka akaun bank baru?

Tidak, anda boleh menggunakan akaun bank sedia ada. Jika anda tidak mempunyai akaun bank, maka anda perlulah membuka akaun bank baru di mana-mana bank yang anda suka. Kami menggalakkan ejen kami membuka akaun dengan MayBank kerana ia memudahkan urusan transaksi melalui ATM Maybank. Sila hubungi cawangan Maybank terdekat dengan anda untuk keterangan lanjut.

Maklumat akaun bank anda boleh di masukkan ke dalam akaun MyMode anda dengan login ke http://www.mymode.com.my/. Bank akaun diperlukan untuk tujuan pemindahan prepaid point dari akaun MyMode ke dalam akaun bank anda dalam bentuk wang tunai.


4. Apakah produk-produk yang boleh saya jual?

Anda boleh menjual produk mudah-alih MyMode tanpa perlu membuka rumah-kedai dan menyimpan stok. Produk yang ditawarkan adalah:

Kad-kad prepaid seperti Maxis, Celcom, dan kad-kad reload, kad IDD/STD.

Sila rujuk bahagian Produk untuk senarai produk yang boleh anda jual. Untuk senarai arahan SMS untuk membeli dan sebagainya sila rujuk bahagian Arahan SMS.


5. Bagaimanakah pembelian dan penghantaran produk dilakukan?

Pembelian dan penghantaran dilakukan melalui arahan SMS. Sila rujuk kepada bahagian Arahan SMS untuk keterangan lebih lanjut. Jika tidak ada kesesakan atau gangguan talian, penghantaran produk melalui SMS dilakukan hanya dalam 10 saat!


6. Berapakah harga prepaid bagi mereka yang telah menjadi ejen?

Sila rujuk bahagian Produk untuk keterangan lanjut.


7. Berapakah harga prepaid yang dapat dijual kepada pelanggan saya?

Terserah kepada anda selagi anda tidak mengalami kerugian. Tetapi jika anda baru bermula, adalah digalakkan supaya menjual pada harga pasaran sebab komisen yang akan anda perolehi masih kecil. Bagi mereka yang mempunyai ejen yang ramai dan mencapai pangkat tertentu, mereka boleh menjual dengan lebih murah dari harga pasaran untuk menarik lebih ramai pelanggan kerana komisen dan bonus mereka adalah besar bagi setiap jualan.


8. Apakah yang saya perlu jika saya hendak reload telefon bimbit saya, rakan saya atau pelanggan saya?

Pastikan baki mata prepaid dalam akaun MyMode anda mencukupi. Setiap kali anda menghantar arahan SMS kepada MyMode untuk reload, jumlah yang anda reload (harga kad prepaid yang anda ingin beli) akan ditolak dari baki akaun MyMode anda (bukan akaun bank). Dalam masa yang sama, anda akan mendapat komisen hasil daripada pembelian ini yang dimasukkan terus ke dalam akaun MyMode anda. Untuk menambah nilai dalam akaun MyMode anda sila rujuk soalan 14 dibawah.

Anda perlu menghantar tempahan melalui arahan SMS seperti berikut:

Arahan SMS: no_PIN_anda<jarak>kod produk<jarak>kuantiti

Contoh: 1234 01 2    ATAU   1234 m30 2

Hantar ke: 0123033076 atau 0162018555 atau 0196933199.

Untuk kod produk, sila rujuk kepada bahagian Produk.

Setelah menghantar arahan ini, anda akan menerima jawapan dari MyMode beserta arahan bagaimana untuk top up kredit telefon bimbit berkenaan.


9. Bagaimanakah cara pelanggan saya membayar saya jika mereka ingin top up telefon bimbit mereka melalui saya?

Mereka boleh membayar secara tunai kepada anda atau mereka boleh bank in ke akaun bank anda (bukan akaun MyMode) atau apa saja cara asalkan anda menerima wang tersebut.


10. Apakah yang saya perlu jika saya ingin menaja ejen baru?

Untuk menaja anda hanya perlu menghantar arahan SMS kepada MyMode. Sila rujuk bahagian Arahan SMS untuk keterangan lanjut. Sebelum menaja pastikan baki mata prepaid dalam akaun MyMode anda mencukupi. Ini kerana setiap kali anda menaja, RM65 akan ditolak dari baki akaun MyMode anda dan dimasukkan ke dalam akan ejen baru.

Jadi bakal tajaan anda perlu membayar RM65 kepada anda dahulu sebelum anda mendaftarkan beliau. Ejen baru akan mendapat nombor PIN dari MyMode melalui SMS dan penyata baki RM11 tertera dalam akaun MyMode ejen baru.

Anda juga mendapat komisen penajaan sebanyak RM1.00 atau RM10.00 atau tambahan RM8 sebagai MP mengikut pangkat anda yang akan di masukkan terus kedalam akaun anda.


11. Jika saya tidak mempunyai downline atau tidak menaja, adakah saya tidak akan mendapat apa-apa bonus?

Anda masih mendapat bonus melalui penggunaan sendiri dan penjualan prepaid. Tetapi jika anda ingin mendapatkan pendapatan hingga ribuan ringgit, anda perlu menaja. Lebih ramai downline anda lebih besarlah ganjaran kewangan yang anda terima. Dengan downline yang ramai akan menerima pelbagai bonus seperti Personal Retail Discount, Overriding Bonus, Unilevel Bonus, CM Club Bonus dan mobilepreneur.


12. Bilakah pemberian komisen dan bonus kepada para ejen dilakukan?

MyMode akan membayar komisen dan bonus setiap minggu iaitu pagi khamis bagi transaksi isnin hingga ahad minggu sebelumnya.  Sila login ke akaun MyMode anda di http://www.mymode.com.my/ untuk melihat butiran bonus terperinci.


13. Bagaimanakah pembayaran bonus dilakukan?

Bonus dibayar dalam bentuk point ke dalam akaun MyMode anda (bukan akaun bank) yang boleh diakses dengan login ke laman web syarikat di http://www.mymode.com.my/. Point tersebut boleh ditukar kepada wang tunai (1 prepaid point = 1 RM) dan dimasukkan ke dalam akaun bank anda. Anda hanya menghantar arahan SMS kepada MyMode untuk melaksanakan pemindahan ini. Sila rujuk Soalan 14 untuk keterangan tentang pemindahan prepaid point ke akaun bank anda.


14. Bagaimanakah cara untuk memasukkan wang (topup) ke dalam akaun MyMode saya?

1.      Masukkan wang ke akaun bank syarikat MyMode:
Bank:        MayBank Berhad
Nama:       ASIA MOBILE SDN BHD
No akaun: 
564052403623

2.      Hantar arahan SMS ini untuk memberi tahu MyMode:

Arahan SMS: no_PIN_anda <jarak>bank<jarak>mbb<jarak>tarikh<jarak>masa<jarak>     jumlah_yang_dimasukkan(tanpa perkataan 'RM')

Contoh: 1234 bank mbb 0101 143209 500

Hantar ke:
0123033076 atau 0162018555 atau 0196933199 atau mana2 nombor mymode.

Nota:

Format tarikh (HHBB) dimana H - hari, B - bulan
Format masa (jjmmss) dimana j - jam, m - minit, s - saat

Untuk arahan-arahan SMS yang lain sila rujuk ke bahagian Arahan SMS

Jangan masukkan wang ke akaun MyMode jika anda BELUM menjadi ejen! Anda perlu mendaftar melalui kami dan membuat pembayaran kepada kami dahulu dengan mendaftar di bahagian Daftar.

 

Anda juga boleh menambah wang dengan menggunakan Kad ATM Maybank anda di ATM Maybank.


15. Bagaimanakah untuk mengeluarkan prepaid point dari akaun MyMode saya ke akaun Bank saya?

Bonus dan komisen anda dikira setiap hujung minggu dan dimasukkan terus ke akaun Mymode anda dalam bentuk 'prepaid point' (1 prepaid point = RM1.00). Anda boleh mengeluarkan bonus dan komisen terkumpul anda dengan menghantar arahan SMS berikut:

Arahan SMS: No_PIN_anda<jarak>cash<jarak>jumlah_yg_dikeluarkan(tanpa perkataan 'RM')

Contoh: 1234 cash 1000

Hantar ke: 0123033076 atau 0162018555 atau 0196933199

Setelah arahan anda diterima, jumlah tersebut akan dipindahkan ke akaun bank yang anda telah sediakan dalam profile anda. Jadi pastikan maklumat bank anda adalah tepat.

*Setiap pemindahan wang dari akaun MyMode anda ke akaun bank anda, akan dikenakan bayaran sebanyak RM2 sebagai kos perkhidmatan. Jumlah ini akan  ditolak terus dari jumlah yang anda keluarkan. Anda akan diberitahu melalui SMS selepas wang tersebut masuk ke dalam akaun bank anda.


16.Bagaimanakah untuk mendapatkan semula nombor PIN saya jika saya terlupa?

Untuk mendapatkan nombor PIN anda semula, anda perlu bantuan dari penaja anda kerana dia boleh menggunakan telefon bimbitnya untuk menghantar arahan SMS kepada MyMode supaya menghantar no PIN anda itu melalui SMS kepada telefon bimbit anda. Sila rujuk bahagian Arahan SMS jika tajaan anda memerlukan bantuan daripada anda berkenaan hal ini.


17. Apakah prepaid Points (PP)?

Prepaid Points atau PP merupakan sistem pembayaran yang ditawarkan kepada ejen MyMode. Para ejen boleh mengumpul dan menggunakan PP untuk membeli produk-produk MyMode secara online dan melalui SMS tanpa menggunakan wang tunai atau kad kredit.

Setiap kali anda menerima komisen atau bonus, anda akan dibayar dalam bentuk PP. PP dikumpul didalam akaun MyMode anda yang boleh dipindahkan ke akaun bank yang anda tetapkan. Anda juga boleh menambah nilai PP anda dengan memasukkan wang ke akaun syarikat. Sila rujuk soalan 14 untuk keterangan lanjut. 1PP bersamaan dengan RM 1.


18. Telefon bimbit saya kehabisan kredit, bolehkah saya menggunakan telefon lain kerana saya tetap menggunakan PIN yang sama dalam arahan SMS saya kepada MyMode?

Tidak boleh. Anda perlu menggunakan telefon bimbit yang telah didaftarkan dengan MyMode. Jadi anda perlu tambah nilai telefon bimbit yang kehabisan kredit itu sebelum anda boleh berurusan dengan MyMode.


19. Berapa lamakah saya perlu tunggu jawapan dari MyMode apabila menghantar arahan SMS?

Jika tidak berlaku kesesakan talian, anda akan menerima jawapan SMS daripada MyMode hanya dalam beberapa saat dan tidak lebih dari seminit.

20. Bagaimanakah cara untuk berjaya dalam program ini?

Terdapat tiga cara utama untuk berjaya dalam MyMode iaitu melalui:

Mengguna Produk
Anda boleh menggunakan produk MyMode sendiri dengan menambah nilai (top up) telefon bimbit anda. Dengan cara ini, anda akan mendapat komisen, bukan tuan punya kedai.

Menjual
Pendapatan anda akan bertambah apabila anda menjual produk MyMode kepada orang lain. Mereka akan top up telefon bimbit mereka melalui anda, bukan lagi kedai telefon dan anda akan mendapat komisen .

Menaja
Menaja ejen baru merupakan satu-satu cara yang membolehkan anda melipat-gandakan pendapatan anda. Perniagaan berkonsep MLM ini akan membolehkan anda memperolehi pendapatan sehingga ribuan ringgit melalui penajaan. Ini kerana anda mendapat komisen bagi setiap produk yang dijual atau setiap penajaan yang dilakukan oleh anda dan ejen dibawah anda.

 

Anda ada soalan yang tidak disenaraikan diatas? Jangan khuatir...luahkan persoalan anda di MyPoint2U Forum. Kami sedia mendengar dan menyelesaikan masalah anda.