SISTEM MAKLUMAT KANTIN (SISMAKAN)

[SMM] [PROSIK] [SISMAKAN] [SISMAS] [PROSES D6] [PROSES T3] [FORUM SMM] [DAFTEK] [EMIS] [UTAMA]
 
Data SISMAKAN akan dikutip pada 14hb Januari, 14hb Julai dan 30hb November. Pastikan perkara-perkara berikut:
1. Tarikh Tamat Kontrak telah diisi
2. Maklumat Sekolah telah dilengkapkan
3. Maklumat Pekerja lengkap. Jika Tiada Permit Kerja - sila taipkan TIADA
4. Maklumat Markah Pemantauan lengkap
5. Maklumat Bayaran Sewa lengkap
6. Betulkan Regional Settings sebelum mengemaskini data dan mengeksport data
7. Download SISMAKAN Versi 1.0 dan Versi 2.0 (Percubaan) [DOWNLOAD]
 
 
PENGENALAN
Dalam era teknologi maklumat, data merupakan aset penting untuk membuat keputusan. Oleh yang demikian, pihak Jabatan Pelajaran Negeri Selangor mengambil inisiatif untuk membina satu pangkalan data berkaitan maklumat kantin yang terdapat di setiap sekolah di negeri selangor.

sisMAKAN adalah satu sistem yang dibangunkan berasaskan Microsoft Access 2002 dan pembangunannya bermula pada 20/07/2006. Idea untuk membangunkan perisian ini dicetuskan oleh En. Man bin Aton, Penyelia Kesihatan Negeri Selangor dan dibantu oleh semua penyelia kesihatan dari semua daerah di Negeri Selangor.

Ujilari dan penyediaan dokumentasi dibantu oleh En Mohd Rozali bin Senik (Kakitangan Sumber Daerah Petaling), En Fauzi bin Samsudin (Kakitangan Sumber Daerah Petaling) dan En Abdul Aziz bin Othman (Kakitangan Sumber Daerah Kuala Selangor). Beberapa siri mesyuarat telah diadakan bagi memperhalusi sisMAKAN disamping mengemaskini manual dan ujilari menggunakan data sebenar telah dijalankan sehingga Julai 2008.

Pada 5hb Ogos 2008, satu taklimat telah diadakan di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 6 Blok E, Kementerian Pelajaran Malaysia. Taklimat ini dihadiri oleh YB Dr Wee Ka Siong, Timbalan Menteri Pelajaran serta Pengarah-Pengarah Pelajaran Negeri seluruh Malaysia. YB Timbalan Menteri telah mengusulkan supaya sisMAKAN digunapakai di seluruh Malaysia.
 
Versi SISMAKAN
1. SISMAKAN Versi 2.0 sedang dibangunkan dan anda boleh memuatturun slide yang memaparkan skrin-skrin utama SISMAKAN versi 2.0 untuk memberi komen dan cadangan supaya versi 2.0 ini menjadi sistem yang lebih mesra pengguna dan berupaya menyimpan rekod-rekod penting untuk kegunaan sekolah, PPD, JPN dan KPM. Versi 2.0 hanya boleh berfungsi untuk Microsoft Access 2003 (SP3) dan ke atas sahaja. Sebarang cadangan/komen boleh dihantar ke email hafaba@gmail.com
 
2. SISMAKAN Versi 1.0 telah melalui beberapa fasa penambahbaikan khususnya untuk menerima data sekolah dari SMM Versi 4.0. Anda boleh memuatturun versi 1.0 yang dikemaskini pada 10/04/2010. [Muat Turun SISMAKAN Versi 1.0 bertarikh 10/04/2010]
Č
Ċ
ď
Haris Fadzli Awang,
Jun 29, 2010, 5:24 AM
ć
ď
Haris Fadzli Awang,
Jun 29, 2010, 5:22 AM
Ċ
ď
Haris Fadzli Awang,
Jun 29, 2010, 5:17 AM
Comments