LAMAN WEB PERISIAN PENDIDIKAN
HARIS FADZLI BIN AWANG
Sebarang pertanyaan teknikal/cadangan berkaitan perisian-perisian yang terdapat dalam laman web ini, sila join FORUM [JOIN FORUM]

Jika ada rakan-rakan yang ingin mempromosi perisian pendidikan di laman web ini sila email kepada hafaba @ gmail.com perkara-perkara berikut:
1) Screen Capture perisian
2) Penerangan ringkas Perisian termasuk versi/build
3) Harga jualan atau PERCUMA
4) Link ke laman web (jika ada)

 [BROSUR PENDIDIKAN] [Jam Catur Ver 1.0] [SMM VERSI 4.02]

 [Download]

 SMM SEMAK
Dibangunkan untuk membantu Guru Data SMM dan Jurulatih Utama SMM menyemak data SMM versi 4. Sistem Semak ini di datangkan dalam dua versi iaitu versi Guru Data dan versi Jurulatih Utama

Versi Terkini:

SMM Semak versi 1.2.2 GD (untuk Guru Data)
SMM Semak versi 1.2.1 JU (untuk Jurulatih Utama)
[Pembangun Program: Cikgu Haris Fadzli Awang Tel:019-2292226 (SMS)]

 [Download] [Manual PROSIK]

PROSIK
Prosik ialah Program Sijil Kokurikulum. Digunakan untuk merekod nama unit, jawatan, penglibatan, pencapaian dan kehadiran kokurikulum Kelab/Persatuan, Unit Uniform, Sukan/Permainan dan rumah Sukan serta melaksanakan pengiraan 10% markah kokurikulum secara automatik. Di samping itu, Prosik juga boleh menyimpan rekod kehadiran, jurulatih, pencapaian sekolah, memproses Nombor Pendaftaran, memproses Rumah Sukan dan PLKN. Pengguna boleh mencetak laporan analisa, graf, sijil kokurikulum dan semakan markah.

PROSIK versi 1.4 Harga RM 300 sahaja
PROSIK versi 2.8.3 Harga RM 500 sahaja
[Pembangun Program: Cikgu Haris Fadzli Awang Tel:019-2292226 (SMS)]

PROSTREAM 
PROSTREAM ialah Program Streaming Murid T1. Program ini digunakan untuk memproses kelas murid D6 yang mendaftar masuk ke T1 sekolah tersebut. Streaming boleh dilakukan menggunakan Keputusan UPSR, Kaum dan Jantina. Data Murid D6 boleh diimport dari Sistem Maklumat Murid versi 4 (pihak sekolah perlu dapatkan dari PPD atau Feeder School atau JPN)

PROSTREAM versi 2.0 build 2010.12.12 Harga RM 300 sahaja
[Pembangun Program: Cikgu Haris Fadzli Awang Tel:019-2292226 (SMS)]

[Download] [Link 2] [7Zip] [Manual]
 

PROMESA
Promesa ialah Program Merentas Desa. Ia dibangunkan untuk memproses Nombor Peserta Merentas Desa dan Merekodkan Keputusan Merentas Desa. Di samping itu, Promesa juga boleh mencetak Sijil Pencapaian dan Sijil Penghargaan. Pastikan anda install 7Zip terlebih dahulu. Promesa didatangkan dalam dua versi iaitu:

PROMESA Client - digunakan oleh sekolah untuk daftar peserta
PROMESA Main - digunakan untuk memproses keputusan Merentas Desa

PROMESA Client - PERCUMA untuk Daerah Klang
PROMESA Main - PERCUMA untuk Daerah Klang 

PROMESA ver 1.0 RM 400 [Daerah Selain KLANG]
[Pembangun Program: Cikgu Haris Fadzli Awang Tel:019-2292226 (SMS)]

 
 
PROSHAD
Proshad ialah Program Statistik Kehadiran Murid. Ia dibangunkan untuk membantu Pengetua / Guru Besar / GPK HEM memantau kehadiran murid (Hadir / Tidak Hadir / Ponteng) mengikut Kelas. Laporan boleh dipaparkan mengikut tarikh dipilih, mingguan, bulanan dan tahunan. PROSHAD didatangkan dalam tiga versi iaitu:

PROSHAD versi 1.0 build 003 Harga RM 50
PROSHAD versi 2.0 alfa Harga RM 100 (Jangkaan 2011)
PROSHAD versi 3.0 alfa Harga RM 150 (Jangkaan 2011)
[Pembangun Program: Cikgu Haris Fadzli Awang Tel:019-2292226 (SMS)]

 [Download]

SISMAKAN
SISMAKAN ialah Sistem Maklumat Kantin. Ia dibangunkan untuk membolehkan pihak sekolah merekod Maklumat Pengusaha Kantin, Maklumat Pekerja Kantin, Bayaran Sewa Kantin, Markah Pemantauan, Kes Keracunan, Kontrak Kantin. Semua sekolah diwajibkan menggunakan perisian ini untuk merekod maklumat kantin. Sila eksport data kantin dan email ke hafaba @ gmail.com (rapat-rapat)

SISMAKAN versi 1.0 PERCUMA
SISMAKAN versi 2.0 alfa (Jangkaan 2011) 
[Pembangun Program: Cikgu Haris Fadzli Awang Tel:019-2292226 (SMS)]

[Download
 
PRO_AM
PRO_AM ialah ringkasan kepada Program Operasi Asas Matematik. Ia dibangunkan untuk kegunaan Guru-Guru Matematik Sekolah Rendah bagi melatih pelajar menyelesaikan operasi asas Matematik iaitu Tambah, Tolak, Darab dan Bahagi sehingga 6 digit. 

PRO_AM versi 1.0 - PERCUMA 
[Pembangun Program: Cikgu Haris Fadzli Awang]

 

[Download]

SIFIR
SIFIR adalah program yang dibangunkan khusus untuk membantu murid-murid sekolah rendah menghafal sifir. Latihan boleh dilakukan mengikut urutan sifir atau soalan rawak. Setiap jawapan murid direkod dan dianalisa bagi mengenalpasti sifir yang sukar diingat oleh murid berkenaan.

SIFIR versi 1.0 - PERCUMA 
[Pembangun Program: Cikgu Haris Fadzli Awang Tel:019-2292226 (SMS)]

[Download
 
 
DAFTEK
DAFTEK ialah Sistem Pendaftaran Sekolah Menengah Teknik. Data Murid layak ke Sek Teknik hendaklah diperolehi dari KPM. DAFTEK boleh merekodkan kehadiran, bayaran dan cetakan resit bayaran.

DAFTEK versi 1.0 Harga RM 400 
[Pembangun Program: Cikgu Haris Fadzli Awang Tel:019-2292226 (SMS)]
 

 
SISMAS
SISMAS ialah Sistem Maklumat Sukan. Ia dibangunkan khusus untuk Kejohanan Olahraga Daerah Klang. SISMAS didatangkan dalam dua versi iaitu:

SISMAS Client - digunakan oleh sekolah untuk pendaftaran peserta
SISMAS Server - merangkumi 5 modul iaitu modul Buku Kejohanan, Modul Proses Saringan, Modul Keputusan Akhir, Modul Pentathlon dan Heptathlon

Semua sekolah daerah Klang yang terlibat dalam Olahraga dikehendaki memuatturun SISMAS Client. Sila hadir taklimat perisian
[Pembangun Program: Cikgu Haris Fadzli Awang Tel:019-2292226 (SMS)]
 

SPP
SPP ialah Sistem Pengurusan Pustakawan. Ia dibangunkan oleh Cikgu Mohammad Iznan bin Azmi, JU Kebangsaan Kaunseling. SPP boleh digunakan untuk merekodkan pinjaman, pemulangan, denda lewat, nilam dan sebagainya.

 

[Pembangun Sistem: Cikgu Mohammad Iznan bin Azmi Tel: 013-966 6062]

[Maklumat Lanjut]

 

SPK
SPK ialah Sistem Pengurusan Kaunseling.   Ia dibangunkan oleh Cikgu Mohammad Iznan bin Azmi, JU Kebangsaan Kaunseling. Ia boleh digunakan untuk merekodkan temujanji dengan kaunselor dan sebagainya.

[Pembangun Sistem: Cikgu Mohammad Iznan bin Azmi Tel: 013-966 6062]

[Maklumat Lanjut]

   
   
   
   
 
FORUM SMM - Membolehkan guru data SMM berkongsi masalah melibatkan SMM dengan JU daerah dan JU negeri dan mendapatkan penyelesaian kepada masalah tersebut.
 
 
EMIS - Menyediakan sistem Semak EMIS Online untuk kemudahan Guru Data sekolah. Sistem ini PERCUMA
 

 TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI LAMAN WEB INI. SILA KLIK MENU DI ATAS UNTUK

MENDAPATKAN MAKLUMAT LANJUT SERTA MEMUAT TURUN PERISIAN-PERISIAN.

 

<< == MOHON BANTUAN ==>

Saya memerlukan ruang storan untuk meletakkan fail-fail perisian bagi kegunaan guru-guru seperti Sistem Semak SMM, Sistem Maklumat Kantin, Program Sijil Kokurikulum dan sebagainya. Penggunaan Free File Hosting meletakkan iklan-iklan yang tidak sesuai dibaca dan tempoh penyimpanan hanya 7 hari bermula dari tarikh upload. Oleh itu, jika rakan-rakan ada perkhidmatan server percuma dan berminat untuk menempatkan fail-fail tersebut, bolehlah email kepada saya.

KONGSI FAIL

Jika rakan-rakan ada membangunkan perisian-perisian untuk kegunaan dalam pendidikan atau menyediakan slaid-slaid taklimat, kursus atau nota dan berminat untuk berkongsi fail tersebut, sila email kepada saya.

[Ke Chatroom] hafaba@gmail.com [FORUMBuku Tetamu

(C)opyright 2006 By Haris Fadzli Awang - SMK Convent, Klang