Al-Baqarah 1 ~286

                                                                      [Previous] [Next] [Home]

Al-Baqarah, dari Ayat 121~130 

121.  Orang-orang yang kami beri kitab kepada mereka pada hal mereka baca dia sebenar-benar bacaan, maka mereka inilah dikatakan beriman kepadanya, dan siapa-siapa yang tidak percaya kepadanya, maka ialah orang-orang yang rugi.

122. Hai Nabi Ismail !, ingatlah nikmat ku yang aku telah  kurniakan atas kamu, dan ingatlah bahawa se nya aku telah muliakan kamu atas bangsa-bangsa lain.

123. Dan hendaklah kamu takut kepada satu hari yang satu jiwa tidak akan dapat melepaskan sesuatu apa dari satu jiwa, dan tidak bakal diterima penebus daripadanya, dan tidak akan memberi  menafaat kepadanya satu safaat, dan mereka tidak akan diberi pertolongan.

124. Dan ingatlah tetakala Ibrahim diberi percubaan oleh Tuhan nya dengan beberapa perintah, lalu ia sempurnakan nya .  Ia berkata; “sesungguhnya aku hendak jadikan mu ketua bagi manusia”, ia bertanya; “dan dari anak cucu ku juga?”, ia jawab; “perjanjian ku tidak akan mengenai orang-orang yang zalim”.

125. Dan ingatlah tetekala kami jadikan rumah itu satu tempat berkumpul bagi manusia dan satu tempat keamanan, dan kami berkata; “jadikan lah sebahagian dari makam Ibrahim itu tempat sembahayang” dan kami perintah kepada Ibrahim dan Ismail; “bahawa se nya hendaklah kamu bersihkan rumah ku itu untuk orang-orang yang  tawaf dan yang tinggal tetap dan yang rukuk , yang sujud”.

126. Dan ingatlah tetakala Ibrahim berkata; “Ya Tuhan ku ! jadikan lah negeri Mekah ini satu negeri yang aman, dan kurniakan lah penduduk nya dengan buah-buahan, iaitu siapa-siapa yang beriman, dari antara mereka, kepada Allah dan hari kemudian”, Allah berkata; “tetapi barang siapa  yang kufur, maka aku akan beri kepadanya kesenangan sebentar, kemudian,  aku  akan tarik  dia kepada seksaan neraka, pada hal iaitu sejahat-jahat tempat tujuan”.

127. Dan ingatlah tetakala Ibrahim dan Ismail mendirikan tembok diatas asas-asas dari rumah itu sambil berkata; “Ya Tuhan kami ! terimalah amal dari kami, kerana sesungguhnya engkaulah pendengar, pengetahui”.

128. “Ya Tuhan kami ! dan jadikan lah kami berdua ini orang-orang yang menyerahkan diri kepada mu, dan jadikan lah dari anak cucu kami satu umat yang menyerah diri kepada mu, dan tunjuk kan lah kepada kami cara-cara kami berbakti, dan ampunkan kami, kerana sesungguhnya engkau pengampun, penyayang”.

129, “Ya Tuhan kami ! dan bangkitkan lah diantara mereka itu seorang Rasul dari kaum mereka, yang membacakan kepada mereka firman-firman mu dan mengajarkan kepada  mereka kitab itu dan kebijaksanaan dan membersihkan mereka, kerana sesungguh nya engkau lah yang gagah, yang bijak sana”.

130. Dan bukan kah tidak ada yang engkau dari agama Ibrahim itu melainkan orang yang membodohkan dirinya ? pada hal sesungguhnya kami telah pilih dia di dunia dan sesungguh nya di akhirat kelak, adalah ia seorang daripada mereka yang baik-baik.

 

Sumber dari;
[FB] http://www.facebook.com/groups/126379230729068/doc/446473088719679

Following via Twitter;
[Tw] https://twitter.com/knajidgawab2/status/653191079471091712



.
Comments