Laman Web Rasmi Gc-Math SMKT: AZA

   

PicasaWeb Slideshow

 
BIODATA

 NAMA: TN HJ AHMAD ZAMRI BIN AZIZ

JAWATAN: GURU CEMERLANG MATEMATIK DG54

TEMPAT BERTUGAS: SMK TUMPAT, 16200 TUMPAT, KELANTAN.

Dilahirkan di sebuah desa terpencil Kg Jubakar Pantai, Tumpat, Kelantan pada 1962. Berpendidikan awal di SK Sungai Tapang. Tingkatan 1 hingga 3 di SMK Dato' Biji Wangsa (1975 - 1977). Tingkatan 4 dan 5 di SMK Tumpat, Kelantan. SPM 1979 telah dinobatkan sebagai pelajar cemerlang SMK Tumpat. Sempat menghadirkan diri ke SMK Sultan Ismail Petra Kota Bharu selama 3 bulan sebelum ditawarkan tempat di Asasi Sains Universiti Malaya. Berkelulusan Sains dengan Pendidikan, B.Sc.Ed(Hons) dari Universiti Malaya pada tahun 1986. Mula berkhidmat dalam bidang pendidikan pada 1986 di SMK Chabang Empat, Tumpat, Kelantan. Berpengalaman mengajar matematik tambahan semenjak 1986 hingga sekarang. Pada 1999 menjawat jawatan Guru Kanan Sains dan Matematik di SMK Wakaf Bharu. Menjawat jawatan Guru Cemerlang pada tahun 2001. Pada tahun 2002 memenangi anugerah guru inovasi peringkat daerah, negeri dan kebangsaan dengan tajuk inovasi "Putar Gerak Tindih". Johan keseluruhan guru inovasi peringkat kebangsaan pada 2002. Terlibat dengan penggubalan kurikulum Matematik Tambahan dan Matematik PPSMI di bawah penyeliaan PPK. Pernah terlibat sebagai pemeriksa kertas Matematik dan Matematik Tambahan. Pernah menjadi panel penggubalan soalan Matematik Tambahan Lembaga Peperiksaan Malaysia. Panel penggubalan soalan ujian pengesanan Matematik dan Matematik Tambahan peringkat negeri kelantan sejak 1988. Menjadi Jurulatih Eksekutif (JE) dan Jurulatih Utama (JU) KOSM. Menjadi Jurulatih Utama Geometers Sketchpad. Diserap berkhidmat di SM Sains Pasir Puteh, Kelantan pada Jun 2003. Sekarang sedang berkhidmat di Sekolah Menengah Kebangsaan Tumpat, Kelantan bermula 09 September 2008. Aktif memperkasa PdP yang menerapkan kemahiran berfikir dengan mengaplikasikan lapan generik pedagogi yang utama. Sebagai pengerusi Guru Cemerlang Tumpat, memperkasakan Program Generik dan Program Perawat. Terkini dinobatkan sebagai Tokoh Guru Peringkat PPD Tumpat kategori PdP sempena perayaan hari guru 2014.

 

Hubungi saya:    zamrinor62@yahoo.com.my atau zamrinor62@gmail.com

 
Comments