Al-Baqarah 1~286

                                                           [Previous] [Next] [Home]

Al-Baqarah, dari Ayat 151~160

161. Sesungguhnya mereka yang tidak beriman, lantas mati, pada hal mereka tetap sebagai orang-orang kafir, maka adalah atas mereka laknat Allah dan melaikat dan manusia semuanya.

162. pada hal mereka akan kekal didalam nereka itu, dan tidak akan diringankan azab dari mereka, dan tidak akan dipedulikan mereka.

163. Dan Tuhan kamu itu, Tuhan yang tunggal, tidak ada Tuhan yang disembah melainkan dia, pemurah, penyayang.

164. Sesungguhnya tentang kejadian langit-langit dan bumi, dan tentang perubahan malam dan siang, dan tentang kapal-kapal  yang belayar dilaut dengan membawa air yang diturunkan oleh Allah dari langit, lalu dengan air itu ia hidupkan bumi sesudah matinya, serta ia tibarkan padanya tiap-tiap jenis binatang, dan tentang peredaran angin dan awan (mega) yang diperintah diantara langit dan bumi tentang itu semuanya adalah beberapa tanda bagi kaum yang mahu mengerti.

165. Dan sebahagian manusia ada yang menganggap lain daripada Allah sebagai sekutu yang mereka cintai nya sebagaimana percintaan mereka kepada Allah, tetapi orang-orang beriman itu terlebih cinta kepada Allah, pada hal alangkah besar penyesalan jika orang-orang yang derhaka itu tahu – diwaktu mereka melihat azab  -- bahawa se nya kekuatan itu semuanya bagi Allah, dan bahawa se nya Allah itu sangat pedih seksaan nya.

166. iaitu tetakala orang-orang yang diturut itu berlepas diri daripada mereka yang menurut, pada hal mereka melihat azab, dan putus daripada mereka sekelian sebab.

167. Dan orang-orang yang mengikut itu akan berkata; “alangkah baiknya jika kami dapat kembali satu kali kedunia, lalu kami berlepas diri daripada mereka sebagaimana mereka berlepas diri daripada kami ! begitulah Allah tunjuk kan amal-amal mereka jadi duka cita atas mereka, dan tidak sekali-sekali mereka akan keluar daripada nereka.

168. Hai manusia ! makanlah barang-barang yang baik dari apa yang dibumi, dan janganlah kamu turut langkah syaitan, kerana sesungguhnya ia itu musuh yang terang bagi kamu.

169. Ia hanya menyuruh kamu berbuat  kejahatan dan kejelekan, dan supaya kamu membikin palsu  atas nama Allah sesuatu yang kamu tidak tahu.

170. Dan apabila dikatakan kepada mereka; “turutlah apa-apa yang diturunkan oleh Allah”, mereka menjawab; “hanya kami hendak menurut cara-cara yang dilakukan oleh datuk-datuk kami”. Apakah mereka mahu menurut,  walau pun datuk-datuk nenek mereka tidak mengerti sesuatu dan tidak terpimpin dijalan yang lurus.

 

Sumber dari;
[] http://www.facebook.com/groups/knajidrocketmail2/doc/425231794196076


Following via Twitter;
[] https://twitter.com/P7PadangTerap/status/653739958679638017


Comments