Khatam Terjemahan

                                                               [Previous] [Next] [Home]

[10] YUNUS, dari surah 101~120; 

101. Katakan lah; “fikirkan lah apa yang ada dilangit-langit dan bumi, kerana tidak lah berguna tanda-tanda dan ancaman-ancaman bagi kaum yang tidak mahu percaya”.

102. Maka bukan kah mereka tidak menunggu melainkan seksaan sebagaimana kejadian-kejadian atas kaum yang telah terdahulu sebelum mereka ? katakan lah; “tunggulah ! sesungguhnya aku bersama kamu dari golongan orang-oranng yang menunggu”.

103. Kemudian kami akan selamatkan Rasul-Rasul kami dan orang-orang beriman, demikianlah wajib atas kami menyelamatkan mukmin.

104. Katakan lah; “hai manusia ! jika adalah kamu didalam syak tentang agama ku, tidaklah aku peduli, lantaran itu, aku tidak akan sembah mereka yang kamu sembah selain dari Allah, tetapi aku sembah Allah yang akan mematikan kamu, dan aku diperintah supaya sampai termasuk dalam golongan mukmin”.

105. Dan aku diperintah: “hadapkan lah, muka mu kepada agama itu dengan ikhlas, dan janganlah engkau termasuk golongan musrikin”.

106. Dan janganlah engkau seru –- selain dari Allah –  apa yang tidak boleh memberi menafaat kepada mu dan tidak boleh mensyaratkan mu, oleh kerana itu, jika engkau kerjakan, maka sesungguhnya engkau diwaktu itu, dari golongan orang-orang yang zalim.

107. Dan jika Allah kenakan bahaya kepada mu, maka tidaklah ada yang boleh melepaskan nya melainkan dia, dan jika ia  mahukan kebanyakan bagi mu, maka tidaklah ada yang  boleh tolak kurnianya, ia kenakan kebanyakan kepada siapa yang ia kenhendaki antara hamba-hamba nya, kerana ialah pengampun, penyayang.

108. Katakan lah; “ hai manusia ! sesungguhnya telah datang kepada kamu kebenaran dari Tuhan kamu, lantaran itu, barang siapa mengambil petunjuk, maka tidak ia mengambil pertunjukan melainkan untuk dirinya sendiri, dan barang siapa sesat maka sesungguhnya ia sesat buat kecelakaan dirinya, dan bukanlah aku penjaga atas kamu”.

109. Dan turutlah yang diwahyukan kepada mu , dan sabarlah hingga Allah menghukum, kerana iaitu sebaik-baik penghukum.


Sumber;
[] http://www.facebook.com/groups/325862384151136/doc/383246098412764

Following Twitter,
[] https://twitter.com/etiqaknajid2/status/688732850439323652


.

Comments