Jawatankuasa

Kata Alu-aluan


Kata Aluan-aluan

AMIRUDDIN BIN ZAINUDDIN


Pada kesempatan ini saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada AJK E-Buletin pensyarah Jabatan Ilmu Pendidikan (JIP) kerana berjaya menerbitkan Buletin Jabatan Ilmu Pendidikan buat pertama kalinya. Sesungguhnya, penerbitan E-Buletin ini mencerminkan kesungguhan pihak JIP dalam menggembleng tenaga untuk menjayakan budaya kerja sepasukan.

    Usaha murni ini merupakan satu saluran kepada pensyarah Jabatan Ilmu Pendidikan khasnya dan guru pelatih amnya untuk menghasilkan penulisan ilmiah dan kajian mereka. Peluang seperti ini bukan sahaja dapat memperkembangkan profesionalisme,  malah menghasilkan pensyarah yang mampu memberi sumbangan dalam bidang penulisan ilmiah. Melalui e-Buletin ini, pensyarah JIP akan dapat  menyumbang berita, buah fikiran, hasil kajian, analisis dan rumusan untuk dikongsi bersama seluruh pendidik dan khasnya kepada warga IPG Kampus Ilmu Khas.

    Sumbangan daripada pelbagai pihak akan dapat menyuburkan lagi budaya menyelidik. Matlamat ini selaras dengan transformasi pendidikan menghendaki setiap warga di IPG mengamalkan penyelidikan demi meningkatkan tahap profesionalisme keguruan.

    Akhir kata, saya ingin merakamkan ucapan tahniah kepada semua pihak yang telah berusaha menerbitkan e-Buletin Jabatan Ilmu Pendidikan 2012. Semoga usaha murni ini akan berterusan sehingga menjadi budaya dalam kalangan pensyarah di IPIK.

Selamat Maju Jaya.

        ' BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’  

            ' JIP EFEKTIF , JIP PRODUKTIF’ 


Amiruddin Bin Zainuddin
Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan
Institut Pendidikan Guru Kampus Malaysia
Kampus Ilmu Khas
KUALA LUMPUR