Khatam Terjemahan

                                                      [Previous[ [Next] [Home]

An-Nahl, dari ayat 81~90;  

81. Dan Allah adakan bagi kamu, dari benda-benda yang ia telah jadikan itu tempat-tempat pernaungan, dan ia jadikan bagi kamu dari gunung-gunung itu tempat-tempat tinggal, dan ia jadikan bagi kamu pakaian yang menjaga kamu daripada panas, dan pakaian-pakaian yang memelihara kamu waktu peperangan kamu, demikianlah ia sempurnakan nikmat nya atas kamu supaya kamu mahu menyerahkan diri.

82. Tetapi jika mereka berpaling, maka sesungguhnya tidak ada kewajiban atas mu, melainkan penyampaian yang terang.

83. Mereka tahu nikmat Allah, kemudian mereka ingkari dia kerana kebanyakan mereka, ialah orang-orang yang tidak berterima kasih.

84. Dan ingatlah hari yang kami akan bangkitkan dari tiap-tiap yang kami akan bangkitkan dari tiap-tiap umat, seorang saksi, kemudian tidak akan di izinkan kepada orang-orang yang tidak percaya, dan tidak pula akan diminta mereka membikin keredaan.

85. Dan alangkah dahsat nya apabila orang yang mengenai itu lihat azab ! maka  tidaklah akan di ringankan  azab bagi mereka, dan tidak akan diberi tempoh kepada mereka.

86. Dan apabila orang-orang musrik itu lihat sekutu-sekutu mereka, mereka berkata; “hai Tuhan kami ! mereka ini lah sekutu-sekutu kami yang kami seru selain dari mu”, maka mereka itu hadapkan kepada mereka perkataan; “sesungguhnya kamu pendusta”.

87. Dan mereka hadapkan kepada Allah, pada hari itu, penyerahan, dan hilanglah daripada mereka apa yang mereka ada-ada kan.

88. Orang-orang yang tidak percaya dan berpaling dari jalan Allah, kami tambah bagi mereka azab atas azab lantaran mereka adakan kerosakan.

89. Dan ingatlah hari yang kami akan bangkitkan pada tiap-tiap umat seorang saksi atas mereka dari antara mereka, dan kami jadikan mu saksi atas mereka, dan kami turunkan atas mu  kitab  yang menerangkan  tiap-tiap sesuatu dan sebagai  pertunjuk dan rahmat dan khabar senang bagi muslimin.

90. Sesungguhnya Allah  suruh berlaku adil dan berbuat kebaikan dan menolong keluarga yang hampir dan melarang dari mengerjakan yang keji dan yang munkar dan kezaliman, ia nasihati kamu, supaya kamu ingat.

 

Sumber,
[] http://p108shahalam.blogspot.my/2016/02/surah16.html

Following twitter,
[] https://twitter.com/P148AyerHitam/status/695254615357411328






.
Comments