Ulasan Surah 58‎ > ‎

Al-Baqarah 1~286

                                                        [Previous] [Next] [Home]

Al-Baqarah, dari Ayat 131~140

131. Ingatlah tetakala Tuhan nya berkata kepada nya; “serahkan lah diri mu“ ia menjawab; “aku serahkan diriku kepada Tuhan bagi sekelian alam”.

132. Dan  telah  berpesan Ibrahim kepada anak-anak nya dan juga Yakub, supaya mereka berpegang dengan agama itu; “Hai anak-anak ku  sesungguhnya Allah telah tentukan agama itu untuk kamu, oleh yang demikian, jangan lah kamu mati melainkan didalam keadaan kamu jadi muslimin”.

133. Adakah kamu hadir tetakala Yakub hampir mati, waktu itu ia berkata kepada anak-anak nya; “apakah yang kamu akan sembah kemudian daripada ku ?”, mereka jawab; “kami akan sembah Tuhan mu dan Tuhan bagi bapa-bapa mu : Ibrahim dan Ismail dan Ishak, satu Tuhan yang tunggal, dan kepada  nya lah kami menyerah diri”.

134. Mereka itu satu umat yang telah lalu, mereka lah akan dapat apa  yang mereka telah kerjakan, dan kamulah yang akan dapat apa yang kamu telah kerjakan, dan kamu tidak akan diperiksa  dari hal apa yang mereka telah kerjakan.

135. Dan mereka berkata; “jadilah yahudi-yahudi atau nasrani, nescaya kamu dapat pertunjuk”, kata kan lah; “tidak bagitu ! bahkan Taurat lah agama Ibrahim yang lurus, dan bukan ia daripada mereka yang musrik”.

136. Katalah; “kami beriman kepada Allah, dan kepada apa yang telah diturunkan kepada kami, dan kepada apa yang telah diturunkan kepada Ibrahim dan Ismail dan Ishak dan Yaakub dan anak cucu nya, dan kepada apa yang telah diberikan kepada Musa dan Esa, dan kepada apa yang diberikan kepada  nabi-nabi dari Tuhan mereka. Kami tidak membezakan antara seseorang daripada mereka, dan kepada nya lah kami berserah diri”.

137. Maka sekiranya mereka itu beriman  sebagaimana kamu beriman, nescaya mereka terpimpin, dan jika mereka berpaling, nascaya tidak ada mereka melainkan didalam perpecahan, tetapi Allah akan selamatkan mu daripada kejahatan mereka,  kerana ialah pendengar, pengetahui.

138. “Pencelupan Allah ! dan siapakah yang lebih baik pencelupan nya daripada  Allah ? dan akan dia lah kami sembah”.

139. Katalah; “apakah kamu mahu membantah kami tentang urusan Allah, pada hal iaitu Tuhan kami dan Tuhan Kamu, dan bagi kami lah amal-amal kami, dan bagi kamulah amal-amal kamu, dan kepada nya lah kami berikhlas ?

140. “atau apakah kamu berani berkata, bahawa Ibrahim dan Ismail dan Ishak dan Yaakub dan anak cucunya itu  adalah orang-orang yahudi atau nesara”,  katalah; “apakah kamu terlebih mengetahui atau kah  Allah ? dan bukan kah tidak ada yang terlebih anyanya daripada orang yang menyembunyikan keterangan dari Allah yang ada padanya ?”, dan tidak sekali-kali Allah itu lalai daripada apa yang kamu kerjakan.

 

Sumber dari;
[] http://www.facebook.com/groups/367537353415/doc/10151062609648416

[] http://www.facebook.com/groups/436932532997691/doc/461279453896332

Following via Twitter;


Comments