Ternak Hobi
 

REBAN HOBI

 

 

 

 

Majoriti rakyat Malaysia menternak kerana hobi. Ternak jenis ini hanya untuk mengisi masa lapang sambil bermain-main dengan arnab bagi mengurangkan ketegangan perasaan selepas habis bertugas. Bilangan arnab yang diternak antara 2 hingga 20 ekor. Jenis atau spesis yang diternak adalah terdiri dari spesis fancy dan bernilai tinggi. Nilai pasaran antara RM80.00 hingga RM200.00 tiap seekor anak berusia 3 bulan. Spesis ini adalah sesuai untuk pengeluaran arnab baka fancy dan bulu serta untuk pertandingan kecantikan haiwan eksotik. Memiliki daya penarik yang tersendiri seperti mempunyai bulu yang gebu dan remang dalam pelbagai warna, telinga ke bawah, warna mata biru, grey, pink, ungu dengan saiz fizikal yang kecil. Berat badan antara 2 hingga 6 pound seperti Angora, lion head, giant angora, monggolian. Kemudahan reban/sel tidak begitu besar dan khusus. Kos pemakanan dan rawatan agak tinggi untuk menjaga kecantikan bulu. Penggunaan ruang dan kemudahan bangsal yang minimum. Hanya sesuai untuk pengeluaran arnab baka fancy dan tidak begitu komersial. Pasaran terhad. Kurang digemari oleh masyarakat kampung. Penjagaan oleh ahli keluarga.