Susuan alternatif


  

Susuan alternatif

 

Susuan alternatif adalah merupakan satu mekanisma terbaik bagi membantu anak arnab yang kehilangan ibu dalam tempoh menyusu.

 

Susuan alternatif perlu dilakukan jika perkara yang tidak diingini berlaku ke atas ibu arnab. Kebiasaan, faktor berikut adalah penyumbang utama yang memerlukan susuan alternatif dilakukan.

 

i.                     Berlaku kematian ibu dalam jangka masa menyusukan anak.

ii.                  Bilangan yang dilahirkan melebihi bilangan 8 ekor. Ini kerana, arnab mempunyai hanya lapan puting sahaja. Jika bilangan anak melebihi bilangan puting yang ada, ada potensi anak yang paling kecil dan lemah tidak mendapat susu yang mencukupi.

iii.                Ibu berpenyakit yang perlu dikaurantin berasingan dengan anak.

iv.                Ibu tidak mempunyai susu yang mencukupi untuk kesemua anaknya.

v.                  Ibu yang tidak bersedia menyusukan anak kerana merajuk akibat dari gangguan persekitaran serta musuh. Memegang anak berusia beberapa jam selepas dilahirkan dengan tangan juga boleh mempengaruhi emosi oleh ibu arnab, kerana bau yang berlainan dari badan anak yang dilahirkan adalah dianggap bau musuh jika tidak dibuat berhati-hati.

 


Ada dua kaedah susuan alternatif yang sesuai dipraktikkan jika berlaku kematian ke atas ibu arnab.

i.                    Kaedah susuan ibu angkat.

ii.                  Kaedah susuan buatan.

 

 

Kaedah Ibu angkat.

 

i.                    Memindahkan semua anak ‘yatim’ yang ada kepada ibu angkat, iaitu ibu arnab lain yang melahirkan anak dalam tempoh 7 hari.

ii.                  Bilangan anak ‘yatim’ yang boleh dipindahkan kepada ibu angkat hendaklah tidak melebihi 1/2 dari bilangan anak yang dimiliki ibu berkenaan tetapi maksima tidak melebihi dari 8 ekor keseluruhannya.

iii.                Jika bilangan anak ‘yatim’ lebih ramai dari bilangan anak sebenar ibu angkat, pemindahan hendaklah dilakukan berhati-hati.

iv.                Setelah selesai dilakukan pemindahan, tangan yang digunakan untuk memegang anak arnab ‘yatim’ hendak diusapkan ke muka ibu angkat untuk beberapa ketika bagi memastikan bahawa bau anak ‘yatim’ dapat diterima oleh ibu angkat.

v.                  Pemantauan berterusan perlu dilakukan untuk memastikan anak angkat dapat menyusu dengan baik. Jika berlaku sebaliknya, susuan alternatif perlu dilakukan. Susuan alternatif juga perlu dilakukan sekiranya anak yang kematian ibu melebih had maksima yang boleh diserahkan kepada ibu angkat.

 

 

Kaedah Susuan buatan.

 

Kaedah susuan buatan ialah pemberian susu dari sumber lain seperti susu kacang soya atau susu kambing. Menggunakan kaedah suapan botol penyusu atau picagari atau mekanisma lain yang sesuai untuk mewujudkan titisan susu.

Dalam kaedah susuan buatan, pemberian secara titis demi titis adalah paling sesuai dan praktikal. Ini untuk memastikan, titisan pertama telah habis ditelan sebelum titisan seterusnya diberikan. Kaedah ini boleh mengurangkan kesan kemungkinan anak arnab tersendak susu berbanding menggunakan lain.

Kuantiti yang disyorkan adalah sebagaimana berikut:

 

Umur

Kuantiti cc/ml

Kekerapan

1 hari hingga 1 minggu ( berat )

2-21/2

2 kali sehari

1 hingga 2 minggu

5-7

2 kali sehari

2 hingga 3 minggu

7-13

2 kali sehari

3 hingga 6 minggu

13-15 cc/ml

2 kali sehari

 

 

Ibu arnab menyusukan anak untuk tempoh 5 minit sahaja setiap hari. Penyusuan akan dilakukan didalam kotak anak pada waktu awal pagi dan lewat petang sahaja. Ibu arnab akan meninggalkan kotak anak sebaik sahaja tempoh menyusu kesemua anaknya selesai dan akan kembali semula untuk menyusukan anaknya mengikut selang masa yang tetap.