Penyakit dan rawatan
 

Penyakit Telinga

Penyakit ini adalah disebabkan oleh jangkitan parasit yang dikenali sebagai psoroptes cuniculi dari kumpulan arachnid termasuk labah-labah dan kala jengking. Jangka hayat hidup parasit ialah 21 hari.Kawasan serangan ialah disekitar dalaman dan luaran cuping telinga.


Tanda-tanda jangkitan.

Terdapat kesan seperti lilin berwarna coklat pada sebelah atau kedua-dua telinga. Pada waktu ini, arnab berkenaan akan menunjukkan sifat-sifat suka menggaru atau mencakar telinga serta mengoyang-goyang kepala sepanjang masa untuk tempoh 1 atau 2 hari. Pada hari berikutnya, tanda-tanda kesan kuping berlilin berwarna coklat akan muncul pada bahagian yang digaru.


Kawalan

 

Penyakit ini amat mudah dikawal. Kebiasaannya, penggunaan minyak panas boleh membantu mengawal jangkitan. Penggunaan rawatan anti parasit   minyak panas seperti minyak gosok, minyak gasolin, minyak gamat serta minyak lain yang bersesuaian boleh digunakan. Kesemua minyak ini boleh melemas dan seterusnya membunuh parasit ini.

Cara menggunakan rawatan kaedah minyak panas

Menggunakan picagari atau penitis kecil,  titiskan 2-3 titik minyak panas pada bahagian yang diserang pada kekerapan 2 kali sehari.
Gosokkan dengan lembut bahagian yang dijangkiti. Jika jangkitan berada dibahagian dalam cuping, gunakan putik kapas atau gumpalan kapas bagi memberikan kesan maksimum pada bahagian yang dijangkiti. Ulangi rawatan untuk hari ke-2,4,6,8 dan 10. Teruskan rawatan pada  hari ke-14, 21  dan hari ke 28. Telur parasit boleh hidup untuk tempoh 21 hari dan rawatan sehingga 28 hari boleh membunuh kesemua telur yang masih terlekat dikawasan jangkitan.