Horoskop Arnab
 

KEPERIBADIAN ARNAB

Arnab merupakan zodiak yang mempunyai ciri paling gembira, berbakat, senang di dampingi, rendah hati (tidak sombong), tidak mudah ditipu, bercita-cita tinggi tetapi tidak terlalu melampau dan sentiasa beruntung dalam perkara yang dilakukan. Tiada sesiapa pun yang mengabaikan arnab kerana mereka merupakan teman yang baik dan tahu cara untuk menghargai diri sendiri. Arnab juga bersifat sosial, sifat marah yang terkawal, berbudi bahasa, licik, tenang dan sensitif kepada yang lain.

 

TAHUN ARNAB

Tahun arnab dipercayai oleh masyarakat cina sebagai tahun untuk diplomasi dan pemujukan. Tahun yang baik bagi untuk perniagaan, pengeluaran juga merupakan tahun yang baik bagi perniagaan berkaitan perubatan tradisional dan jamu. Akan tetapi masyarakat cina percaya mereka perlu berhati-hati dan jangan terlalu menurut kehendak dan kelengahan.

 

KEPERIBADIAN MEREKA YANG LAHIR PADA TAHUN ARNAB

 

LELAKI: Tidak ketara, bijaksana, mendengar kata, bersopan santun dan beradab, diplomatik dan jarang berkonfrontasi

 

PEREMPUAN: Bijaksana, bertimbang rasa, baik, sensitif, dan suka menyukakan hati orang.

 

Tahun ini adalah tahun yang bertenaga bagi mereka yang dilahirkan tahun arnab, oleh itu fokus dalam perancangan anda untuk masa depan anda. Bagaimanapun, oleh kerana akan terdapat banyak kuasa api di sekeliling, berhati-hati pada risiko kerosakan kesihatan emosional atau fizikal. (breakdown) Pulihkan semula diri anda dengan lebih banyak kuasa air lebih-lebih lagi di arah Timur. Bahagian Timur Selatan atau Barat Selatan di rumah atau bilik tamu anda akan bermanfaat dari barangan air juga. Pastikan yang barangan air itu diletakkan pada sebelah kiri pintu utama apabila anda memandang ke luar dari dalam rumah.

 

TAHUN: 1903, 1915, 1927, 1939, 1951, 1963, 1975, 1987, 1999

 

Nota: Ini adalah kepercayaan masyarakat cina, bahan bacaan adalah sebagai tambahan pengetahuan.

 

dipetik dari

 

http://www.serenapowers.com/mychinese.html

http://www.holymtn.com/astrology/rabbit.htm

http://ms.wikipedia.org/wiki/Arnab_(zodiak)

http://northeast.org.sg/spring_janfeb2007/_malay/07_features/01_springfeature_a.html

 oleh : Cik Z