Khatam Surah 19

                                                                   [Surah 18][Surah 20]

Ulasan Surah MARYAM.

Surah Maryam terdiri atas 98 ayat, termasuk golongan surah-surah Makkiyyah, kerana hampir seluruh ayatnya diturunkan sebelum Nabi Muhammad s.a.w.  hijrah ke Madinah, bahkan sebelum sahabat-sahabat beliau hijrah ke negeri Habsyi. Menurut riwayat Ibnu Mas’ud, Ja’far bin Abi Thalib membaca kan permulaan surah Maryam ini kepada raja Najasyi dan  pengikut-pengikutnya diwaktu ia ikut hijrah bersama-sama sahabat-sahabat yang lain ke negeri Habsyi.

Surah ini dinamai “Maryam”, kerana surah ini mengandung kisah Maryam, ibu Nabi Isa a.s.  yang  serba ajaib, iaitu melahirkan puteranya Isa a.s.,  sedang ia  sebelumnya belum pernah dikawini atau dicampuri oleh seorang laki-laki pun. Kelahiran Isa a.s. tanpa bapa, merupakan suatu bukti kekuasaan Allah s.w.t. pengutaraan kisah Maryam sebagai kejadian yang luar biasa dan ajaib dalam surah ini,  diawali dengan kisah kejadian yang luar  biasa dan  ajaib pula, iaitu dikabulkan nya doa Zakaria a.s.  oleh Allah s.w.t., agar beliau dianugerahi seorang putera sebagai pewaris dan pelanjut cita-sita dan kepercayaan beliau, sedang usia beliau sudah sangat tua dan isteri beliau seorang yang mandul, yang menurut ukuran ilmu biologi tidak mungkin akan terjadi.

 

SUMBER 1:
Khatam terjemahan ayat-ayat Maryam (1-98)
,
[YG]
http://t.co/VAFwVIUNZ8
[GG] https://t.co/BzQD2et1ib
[FB] http://t.co/jefFcw5sc3

[GS] https://t.co/T7tngWY26S 

SUMBER 2:
1. Al-Quran & Terjemahan.
2. Al-Furqan & Terjemahan.


Comments