Ulasan Surah 59‎ > ‎

Khatam Terjemahan

                                                        [Previous] [Next] [Home]

[12] YUSUF, dari ayat 71~80;

71. Mereka bertanya sambil menghadap kepada mereka; “apakah yang kamu kehilangan ?”

72. Mereka jawab; “kami kehilangan piala raja, dan  barang siapa  boleh dapatkan dia, maka upahnya, gandum satu pikulan unta, dan  aku yang jadi tanggungan nya”.

73. Mereka berkata ; “demi Allah ! sesungguhnya kamu mengetahui bahawa tidak kami datang untuk membikin rumah dibumi ini, dan bukan lah kami pencuri”.

74. Mereka bertanya; “maka apakah balasan nya, jika betul kamu pendusta ?”

75. Mereka jawab; “balasan nya, barang siapa didapati mata benda itu pada kenderaan nya, maka dialah balasan nya”. Demikianlah kami balas orang-orang yang zalim.

76. Lalu mulailah ia periksa tempat-tempat barang mereka, sebelum memeriksa tempat barang  saudaranya, kemudian ia mengeluarkan dari tempat barang saudaranya, demikianlah kami aturkan tipu daya buat Yusuf, tidaklah boleh ia mengambil saudaranya menurut hukum raja, kecuali jika dikehendaki oleh Allah, kami tinggikan darjat-darjat orang yang kami kehendaki, tetapi atas tiap-tiap yang mempunyai ilmu, ada yang lebih mengetahui.

77. Mereka berkata; “jika ia mencuri, maka sesungguhnya saudara nya juga mencuri dahulu”, tetapi Yusof sembunyikan itu dalam dirinya dan tidak ia nyatakan nya kepada mereka, sambil berkata; “kamu sejahat-jahat darjat, dan Allah mengetahui apa  yang kamu terangkan”.

78. Mereka berkata; ”hai pembesar ! sesungguhnya ia ada mempunyai seorang bapa yang tua benar, lantaran itu, ambillah salah seorang dari kami sebagai  gantinya sesungguh nya kami lihat engkau daripada  orang-orang yang berbuat kebaikan”.

79. Ia berkata; “kami berlindung kepada Allah daripada menahan siapa-siapa, kecuali orang yang kami dapati padanya barang kami, kerana sesungguhnya kalau bagitu, adalah kami orang-orang yang zalim”.

80. Maka tetakala mereka telah putus asa daripada nya, mereka asingkan diri dengan berbisik-bisik kan, berkata yang tua dari antara mereka; “tidakkah kamu ketahui, bahawa bapa kita telah mengambil perjannjian dari kamu  atas nama Allah, dan bahawa dahulu kamu telah sia-siakan Yusuf ? lantaran itu, aku tidak mahu tinggalkan negeri  ini sehingga bapa ku izinkan kepada ku atau sampai Allah hukum kan bagi ku, kerana ia itu sebaik-baik penghukum”.


Sumber,
[] http://www.facebook.com/groups/207996292640205/doc/295145847258582

Following Twitter,
[] https://twitter.com/KaumMadyan/status/689806008349122561


.
Comments