Ulasan Surah 112‎ > ‎

Al-Baqarah 1~286

                                                        [Previous] [Next] [Home]

Al-Baqarah, Ayat 131~140

141. Mereka itu satu umat yang telah lalu, merekalah akan dapat apa yang mereka telah kerjakan, dan kamulah akan dapat apa yang kamu telah kerjakan, dan kamu tidak akan  diperiksa dari hal apa yang mereka telah kerjakan.

142. Mereka yang bodoh daripaa manusia akan berkata; “apakah yang memalingkan orang-orang Islam itu daripada kiblat yang telah mereka hadapi ?”, kata lah; “kepunyaan Allah lah timur dan barat, ia memimpin siapa yang ia kehendaki kejalan yang lurus”.

143. Dan bagitu juga kami telah jadikan kamu satu umat yang terpilih supaya kamu jadi pembawa keterangan kepada manusia sedang Rasul itu jadi pembawa keterangan kepada kamu, dan kami tidak wajibkan kiblat yang engkau telah hadapi nya itu melainkan kerana kami hendak membezakan orang yang menurut Rasul  daripada orang yang berpaling atas dua tumitnya, kerana sesungguhnya hal itu, memang berat melainkan atas orang-orang yang diberi petunjuk kan oleh Allah, dan Allah tidak akan sia-siakan iman kamu, kerana Allah itu penyayang, pengasih kepada manusia.

144. Sesungguhnya kami melihat muka mu berpaling-paling kelangit lalu manusia palingkan mu ke kiblat yang engkau sukai.  Lantaran itu, palingkan lah muka mu  kepihak masjid yang mulia itu, dan dimana-mana sahaja kamu berada, hendaklah kamu palingkan muka-muka kamu kepihaknya, dan sesungguhnya orang-orang yang telah diberi kitab itu, tahu bahawa yang demikian, sebenarnya dari Tuhan mereka, dan tidak sekali-sekali Allah lalai dari apa yang mereka kerjakan.

145. Dan sesungguhnya jika engkau tunjukkan apa sahaja keterangn kepada orang-orang yang diberi kitab itu, mereka tidak akan turut kiblat mu, dan engkau bukan pula penurut kiblat mereka, dan sebahagian dari mereka bukan penurut kiblat sebahagian yang lain, dan sesungguh nya jika engkau turut kemahuan-kemahuan  mereka, sudah datang ilmu kepada mu, sesungguhnya adalah engkau diwaktu itu dari golongan orang-orang yang menganyayai.

146. Orang-orang yang kami telah beri kitab itu kenal kepadanya sebagaimana mereka kenal anak-anak mereka, tetapi ada sebahagian daripada mereka sesungguhnya menyembunyikan kebenaran pada hal mereka tahu.

147. Kebenaran itu dari Tuhan mu, lantaran itu, jangan lah engkau jadi seorang daripada mereka yang ragu-ragu.

148. Dan bagi tiap-tiap orang  ada satu jurusan yang ia menghadap kepada nya. Oleh sebab itu, berlumba-lumba lah  kamu mengerjakan kebaikan, kerana dimana sahaja kamu ada, Allah akan kumpulkan kamu sekelian, kerana sesungguhnya Allah itu amat berkuasa atas tiap-tiap sesuatu.

149. Dan dari mana sahaja engkau keluar, maka hendaklah engkau hadapkan muka mu kepihak masjid yang  mulia itu, kerana sesungguhnya perintah menghadap itu sebenarnya dari Tuhan mu, dan Allah tidak sekali-sekali lalai daripada apa yang kamu kerjakan.

150. Dan walau bagimana pun engkau keluar, maka hendaklah engkau hadapkan muka mu kepihak masjid yang mulia itu, dan walau dimana pun kamu ada, hendaklah kamu hadapkan muka-muka kamu kepihaknya, supaya tidak jadi alasan bagi orang-orang itu buat mencela kamu, kecuali orang-orang yang zalim dari mereka. Lantaran itu, janganlah kamu takut kepada mereka, tetapi hendaklah kamu takut kepada ku, dan kerana aku hendak sempurnakan nikmat ku atas kamu, dan supaya kamu terpimpin.

 

Sumber dari;
[] http://www.facebook.com/groups/399685406762278/doc/399686283428857

Following via Twitter;
[] https://twitter.com/KaumMadyan2/status/653490060323500032 


Comments