Utama

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 dalam anjakan keempat memberikan fokus terhadap peningkatan kualiti profesionalisme guru.  Penegasan sama juga dizahirkan dalam Program Transformasi Kerajaan 2.0 (GTP 2.0) di mana ia mengesyorkan piagam baharu guru yang meliputi pembangunan profesionalisme berterusan (CPD) bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan.  Sehubungan itu Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Pendidikan (JPP) pada 16 Julai 2013 yang telah dipengerusikan oleh YAB Menteri Pendidikan Malaysia telah memutuskan agar CPD dilaksanakan bagi menjamin dan meningkatkan kualiti guru secara berterusan.

            Dalam Mesyuarat Program Di Bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, Bahagian Pendidikan Guru (BPG) dengan kerjasama Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) telah memutuskan bahawa semua Institut Pendidikan Guru Kampus (IPGK) terlibat dalam pelaksanaan CPD iaitu melaksanakan Kursus Pembangunan Kompetensi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan. Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu, Melaka telah diminta untuk mengendalikan peserta kursus tersebut dari negeri Melaka.  Bagi tahun 2014, jumlah peserta kursus yang perlu dilatih oleh Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu, Melaka ialah seramai 1019 orang.

  Objektif:

1. Meningkatkan kualiti guru dan kepimpinan/ pengurusan pendidikan.

2. Memastikan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) memperoleh (acquire), menambahbaik (improve), menguasai   (master) dan berkongsi (share) kompetensi untuk keberkesanan pengajaran dan pembelajaran (PdP), keberhasilan serta kemenjadian murid.

3. Menggalakkan PPP mengikuti latihan terancang dan sistematik yang merangkumi sesi latihan, pembelajaran dan pembangunan kendiri.

4. Memenuhi keperluan PPP mengikuti kursus wajib CPD sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh gred semasa.

 

Sasaran

 

Pegawai Perkhidmatan Pendidikan gred DG41/DG44 yang sedang berkhidmat di sekolah-sekolah dalam negeri Melaka.




Comments