Penjagaan gigi


 

English version

Menu Utama

Klef bibir & Lelangit

Pengurusan kanak-kanak klef 

Penyusuan

Penjagaan gigi

Pembedahan

Keahlian

Kisahku

Penaja Clapam

Hubungi kami

 

 Forum (BARU!)

Pautan CLAPAM

Cleft lip and Palate Association (UK)

 The Smile Train

http://www.mymam.com.my

 Email CLAPAM

Setiap manusia dilahirkan dengan 2 set gigi iaitu gigi susu (ketika bayi) dan gigi kekal (mula tumbuh ketika berusia 6 tahun).

Bagi bayi klef, penjagaan gigi susu amat penting kerana jika gigi dibiarkan rosak, gigi kekal tiada panduan untuk tumbuh. Cara memberus gigi yang betul perlu diajar kepada anak berkeadaan klef agar gigi mereka kuat dan sihat. Sebaik saja gigi keluar, bersihkan gigi selepas makan/menyusu. Hujung tuala/kain yang lembut yang dibasahkan boleh digunakan untuk membersihkan gigi sebelum mengguna berus gigi. Apabila anak itu pandai memegang berus gigi, ajarkan cara menggosok gigi dengan ibu/bapa sama-sama menggosok gigi. Buat permulaan, tidak perlu menggunakan ubat gigi. Jadikan aktiviti memberus gigi suatu yang menyeronokkan dan lakukan secara bersahaja. Apabila anak itu pandai berkumur dan bersedia untuk menggunakan ubat gigi, gunakan cuma sedikit sahaja ubat gigi.

Banyakkan minum air kosong, elakkan meminum air yang manis dan jus buah-buahan yang ada gula sebagai tambahan. Juga elakkan memakan coklat dan gula-gula. Amalkan pemakanan yang sihat.

Bawalah anak itu berjumpa doktor pakar gigi kanak-kanak. Pengalaman pertama di klinik gigi akan mempengaruhi emosi anak itu tiap kali dia berjumpa doktor gigi. Jangan tunggu apabila ada masalah pergigian baru dibawa anak itu berjumpa doktor gigi. Cuba jadikan lawatan ke klinik gigi suatu yang menyeronokkan agar anak ini tidak berasa takut apabila ke sana. Berjumpalah doktor gigi 6 bulan sekali untuk rawatan pemeriksaan gigi.

Gigi yang sihat dan bersih mencerminkan kesihatan tubuh badan!