Klef bibir Lelangit


 

English version

Menu Utama

Klef bibir & Lelangit

Pengurusan kanak-kanak klef 

Penyusuan

Penjagaan gigi

Pembedahan

Keahlian

Kisahku

Penaja Clapam

Hubungi kami

 

 Forum (BARU!)

Pautan CLAPAM

Cleft lip and Palate Association (UK)

 The Smile Train

http://www.mymam.com.my

 Email CLAPAM

Apa itu klef?

Klef ialah fenomena kongenital yang melibatkan 1 dalam 700 kelahiran bayi baru di Malaysia. Ketika peringkat awal kehamilan, bahagian muka terjadi di tempat yang berasingan, kemudian akan bercantum menjadi muka. Jika pencantuman ini gagal, klef akan terjadi. Klef bibir dan lelangit boleh terjadi berasingan atau keduanya sekali.

Klef bibir:

Ianya mungkin sedikit rekahan di bahagian bibir atas atau rekahan sepenuhnya di sebelah atau kedua belah bibir atas. Kekadang rekahan ini mungkin terus ke dalam hidung. Klef unilateral ialah rekahan di sebelah bibir sahaja dan klef bilateral ialah untuk dua rekahan di bibir tersebut.

 

Klef lelangit:

Apabila bumbung mulut (lelangit) tidak bercantum, akan terdapat rekahan/lubang di lelangit. Ini mungkin di bahagian lelangit lembut (bahagian belakang dekat tekak) atau di bahagian lelangit keras (bahagian lelangit dekat mulut) atau kedua-duanya.

 

Klef bibir dan lelangit:

Keadaan ini ialah apabila bibir dan lelangit terdapat rekahan/lubang