Cleft Lip and Palate Association of Malaysia Persatuan Klef Bibir dan Lelangit Malaysia

Berita terkini..... 

Kami mohon ma'af. Laman sesawang baru kami: www.clapam.org.my
sedang mengalami masalah teknikal. Kami akan cuba memulihnya secepat mungkin.

Pengemuman:

KARNIVAL KESIHATAN KLEF@ Hospital Sg Buloh
FORUM AWAM PENGURUSAN KLEF
Tarikh: 12hb Julai 2012
Tempat: Auditorium Hospital Sg Buloh
Waktu: 8:00 pagi- 1:00 tengahari
Semua dijemput hadir

Klinik-klinik Klef
  

    Tarikh: 9 hb Julai 2012
    Waktu: 2:30 ptg-3:30 ptg
    Tempat: Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia






 

 Jika anak anda megalami bibir atau lelangit rekah, jangan rasa tersisih kerana CLAPAM sedia memberikan bantuan.

Keadaan ini bukanlah sesuatu kecacatan kelahiran yang ganjil. Antara 700 bayi yang dilahirkan di Malaysia, seorang daripadanya lahir dengan bibir atau lelangit rekah.

Di CLAPAM kami telah mengenal pasti berbagai perkara yang boleh anda lakukan untuk mengurangkan rasa bimbang. Sesungguhnya kami bersedia membantu anda sebaik mungkin.

 SIAPA KAMI? 

CLAPAM ialah singkatan untuk “Cleft Lip and Palate Association of Malaysia” atau Persatuan Klef Bibir dan Lelangit Malaysia.

Kami adalah kumpulan sukarelawan terdiri daripada ibu bapa dan professional (seperti pakar bedah plastik, pakar pergigian dan ahli terapi pertuturan) yang mempunyai pengalaman dan terlibat secara peribadi atau profesional dengan kanak-kanak yang lahir dengan bibir atau lelangit rekah.

Matlamat kami? Untuk membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik ketika dilahirkan untuk kelihatan lebih baik, bertutur dengan sempurna dan menyesuaikan diri dengan masyarakat agar dapat menghadapi dunia dengan senyum lebar.

 MISI CLAPAM 

  1. Memberikan bantuan dan nasihat tentang pemakanan, pertuturan dan pendengaran. Terutamanya kepada ibu bapa yang baru menimang cahaya mata.
  2. Menerbit dan mengedar maklumat penting kepada ibu bapa dan pekerja dalam bidang perubatan.
  3. Menjadi penghubung antara ibu bapa dan para profesional.
  4. Menggalak dan menyokong sebarang penyelidikan berhubung dengan bibir dan lelangit rekah.
  5. Sekiranya bantuan kewangan tambahan diperlukan, berusaha mendapatkannya agar aktiviti dan rawatan tertentu dapat dilaksanakan dan peralatan boleh diperolehi.
  6. Menjalankan seminar berunsur pendidikan untuk pekerja-pekerja profesional, ibu bapa dan orang awam.
  7. Meluaskan aktiviti di peringkat kebangsaan.

BANTULAH KAMI MEMBAWA SENYUMAN KE BIBIR ANDA

 Sesungguhnya kami ingin membawa senyuman ke bibir anda sekeluarga. Tetapi kami memerlukan bantuan anda sama ada kecil atau besar agar matlamat ini terlaksana. Jadi….

  • Sertailah CLAPAM dan Bantu kami melaksanakan misi. Anda Cuma perlu mendapatkan borang keahlian daripada kami dan poskan kepada kami bersama-sama sumbangan/yuran anda.
  • Dalami pengetahuan tentang bibir dan lelangit rekah sebaik mungkin. Maklumat penting tentang perkara ini akan kami hantar jika diminta. Pada masa yang sama jangan lupa mendidik rakan-rakan atau saudara-mara anda tentang perkara ini.
  • Bantulah kami mengelolakan penubuhan Kumpulan Ibu Bapa tempatan dan membina satu rangkaian seluruh Negara yang mantap.
  • Jika boleh, berilah sumbangan sekerap mungkin, dan/atau membantu kami dalam kempen mengutip derma. Memandangkan segala usaha yang kami jalankan adalah secara sukarela kami hanya mengenakan yuran minimum sebanyak RM10.00 untuk bayaran pos dan kos alat tulis serta perbelanjaan lain yang berkaitan.

Jadi, tidak kira sama ada anda mempunyai anak yang mempunyai bibir atau lelangit rekah atau semata-mata ingin membuat kerja amal, kami sedia menerima anda sebagai ahli. Sertailah CLAPAM hari ini dan Bantu kami menghadapi masa depan bersama-sama anda dengan senyum lebar.  ___________________________________________________________